Di Malaysia, filem berasaskan zombi sangat sukar mendapat tempat di hati masyarakat. Setakat hari ini, kita hanya memiliki beberapa sahaja filem zombi tempatan iaitu Zombi Kampung Pisang, Kl Zombi, Antidot, Zombitopia dan Belaban Hidup.
Antara kesemua filem tersebut, Zombi Kampung Pisang yang bergenre kelakar-seram dianggap sebagai filem zombi terbaik negara.
Perasan tak dalam filem itu, zombi bergerak dengan sangat perlahan. Buktinya watak Mat Karan dan Derih sudah dua kali dikepung oleh zombi tetapi masih lagi tidak dikokak.
Cuba bayangkan jika Mat Karan dan Derih berada dalam filem Alive dan World War Z, pasti awal-awal lagi mereka sudah dikokak dek zomba.
Persoalannya sekarang kenapa zombi Malaysia sangat perlahan?
Mungkin ada yang cakap kita hanya mengadaptasi perwatakan zombi daripada negara Eropah. Sebenarnya, pergerakan zombi yang sangat perlahan iaitu ada kaitan dengan budaya kita iaitu membuang masa dan suka berehat.
Sebagai contoh dalam filem Zombi Kampung Pisang, kita dapat melihat segerombolan zombi hanya melepak dan berbual kosong sahaja.
Antaranya adalah watak Pak Munawer suruh para zombi undi dirinya sebagai pemimpin ketika sembang kosong.
Ditambah pula beberapa zombi jantan ada buat bunyi tikus ketika zombi betina sedang berjalan dihadapannya.
Selain itu, kita juga dihidangkan dengan zombi yang suka merempit. Mereka tiada langsung inisiatif untuk mengkokak baki beberapa manusia lagi sebagai mana zombi dalam World War Z yang berusaha memanjat tembok.
Jadi senang cerita pergerakan zombi Malaysia begitu perlahan itu adalah refleks kepada sikap kita yang gemar melepak dan membuang masa.
Buktinya hari ini kita boleh melihat budaya melepak semakin membarah dalam masyarakat Malaysia. Lihat sahaja di kedai mamak, terdapat beberapa kumpulan pemuda yang duduk di situ hampir 3 ke 4 jam hanya untuk menikmati permainan atas talian.
Sepatutnya mereka boleh gunakan masa tersebut untuk aktiviti yang lebih bermanfaat. Namun kita tak boleh salahkan mereka kerana budaya melepak itu sendiri menunjukkan institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan telah gagal.
Keluarga seharusnya menyediakan persekitaran rumah yang selesa bagi membolehkan anak muda kekal di rumah. Masyarakat boleh mengadakan pelbagai acara bagi menarik anak muda aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Kerajaan pula perlu menyediakan kemudahan infrastruktur seperti futsal dan gim terbuka untuk digunakan oleh anak muda. Namun, kita hampir gagal menyediakan kesemuanya.
Bila sudah gagal, maka makin bercambahlah masalah sosial seperti rempit yang dipaparkan dalam Zombi Kampung Pisang.
Tambahan pula, kita sangat dikenali dengan budaya “OTW” iaitu satu pesanan yang menandakan kita sudah lewat. Itu belum cerita lagi tentang kaunter perkhidmatan yang ada 10 tapi buka 3 sahaja sehingga menyebabkan urusan kita terganggu dan sangat lewat.
Tapi betul ke membuang masa dan suka berehat adalah sebahagian daripada budaya kita?
Menurut Godinho Eredia orang Melayu hanya menggunakan waktu terluang untuk bersenang-lenang.
Frank Swettenham pula menyatakan orang Melayu suka membuang waktu kerana faktor geografi. Hal ini kerana orang Melayu lebih gemar menjala ikan dalam masa yang lama untuk mendapatkan banyak hasil. Sepanjang tempoh menunggu hasil itu, orang Melayu hanya berehat sahaja.
Pendapat lain ada mengatakan lelaki Melayu hanya menangkap ikan, memburu di hutan dan membajak di sawah milik sendiri sahaja. Perempuan Melayu pula hanya tahu duduk di rumah sambil menyiang ikan dan menumbuk padi sahaja. Itu dijadikan sebagai alasan bahawa orang Melayu memang sangat malas.
Sebenarnya itu bukanlah sifat malas kerana Syed Hussein Al-Attas berpendapat, orang Melayu tidak gemar bekerja di ladang orang lain kerana mereka miliki ladang sendiri. Pada kaca mata British, itulah adalah sifat malas dan ditambah pula upah yang diterima amat rendah.
Kesimpulannya, jika berlaku zombi apocalypse dan penularannya berasal dari kawan anda yang gemar gunakan perkataan “otw”, usah khuatir kerana mungkin zombi itu bergerak dengan sangat perlahan.
Jadi kita miliki banyak masa untuk lari menyelamatkan diri.
RUJUKAN:
Al-Fatihah Md Adnan & Normaliza Abd Rahim. (2014). Kritikan sosial dalam filem Melayu; Zombi Kampung Pisang. Journal of Business and Social Development, 2(2), 62-73. Dipetik daripada https://jssm.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/11/7.pdf
Azizi Yahaya, Amir Hamzah Abdul & Sharifudin Ismail (2010) Budaya lepak di kalangan remaja: Implikasi kepada pembentukan institusi keluarga Melayu. pp. 1-9. Dipetik daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10442/1/BUDAYA_LEPAK_DI_KALANGAN_REMAJA_DI.pdf
Fatin Nadhirah Binti Muhamad Anuar Loh. (2021). Analisis kritikan sosial dalam filem Melayu: Zombi Kampung Pisang. Tesis. Universiti Malaysia Kelantan. Dipetik daripada http://umkeprints.umk.edu.my/11785/1/FATIN%20NADHIRAH%20BINTI%20MUHAMMAD%20ANUAR%20LOH.pdf
Syed Hussein Al-Attas. (1989). Mitos pribumi malas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih