Perasan tak bermula dari Train To Busan sehingga ke All Of Us Are Dead, zombi Korea Selatan bergerak dengan sangat laju. Jika dibandingkan dengan The Walking Dead dan Zombi Kampung Pisang, zombi Korea masih lagi sangat laju.
Kenapa jadi begitu, adakah pengarah filem dan drama daripada Korea sengaja membikin zombi bergerak dengan sangat laju bagi menambah elemen dramatik?
Jawapannya adalaj tidak kerana pergerakan zombi Korea yang sangat laju dipengaruhi oleh budaya ppalli-ppalli.
Buat pengetahuan semua, budaya ppalli-ppalli yang bermaksud cepat dan pantas merupakan sebahagian daripada identiti masyarakat Korea.
Bermakna segala perkara yang dilakukan oleh masyarakat Korea mestilah senantiasa cepat dan pantas. Malah nak masak Maggi pun mereka tidak boleh tunggu selama 3 minit. Letak sahaja air panas, terus sahaja ngap maggi itu.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah budaya ppalli-ppali boleh menjadi sangat sebati dalam sanubari masyarakat Korea?
Semuanya bermula apabila tamat sahaja Perang Saudara di antara Korea Selatan dan Korea Utara yang telah membunuh ribuan nyawa tidak berdosa.
Ketika itu Korea Selatan berada dalam keadaan paling malam sekali apabila negara mereka hampir musnah kerana perang. Malah Korea Selatan juga menjadi negara paling miskin di Asia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih rendah daripada Bangladesh pada hari ini.
Sementara jiran mereka iaitu Korea Utara dan Jepun sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak pesat.
Bagi memastikan Korea Selatan tidak terus ketinggalan, presiden Park Chung-hee telah melaksanakan Five-Year Economic Plans dengan budaya ppalli-ppalli menjadi tunjang utama.
Park Chung-hee berharap pemilihan budaya ppalli-ppalli ini mampu mengubah masyarakat dan negara Korea menjadi lebih berdaya saing di dunia. Hal ini demikian kerana Park Chung-hee berpendapat, Korea menjadi miskin adalah disebabkan oleh sikap sambil lewa dan suka melambatkan masa.
Jadi dengan adanya budaya ppalli-ppalli, ia dapat membantu Korea keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dalam masa 10 tahun sahaja, Korea bejaya menembusi industri berat dan salah satunya syarikat yang memulakannya adalah Samsung. Pada asalnya Samsung hanyalah sebuah kedai runcit biasa sahaja sebelum dana daripada pemerintah mengubah syarikat itu kepada salah satu pemain dalam industri berat.
Bukan setakat itu sahaja, Korea sudah mula menghasilkan produk sendiri untuk dieksport ke luar negara. Hasilnya hari ini, Korea menjadi ekonomi ke-13 terbesar di dunia dan KDNK mereka telah meningkat sebanyak 370 kali ganda hanya dalam masa 60 tahun sahaja dengan pengamalan budaya ppalli-ppalli.
Budaya ppalli-ppalli juga telah mengubah masyarakat Korea menjadi manusia yang sangat menepati masa. Bayangkan sahajalah, mereka akan berlari dan berjalan dengan pantas bagi mengelakkan diri tertinggal bas. Hal ini dapat dilihat dalam siri All Of Us Are Dead apabila begitu ramai pelajar berlari dengan pantas agar tidak lewat ke sekolah.
Malah di kaunter-kaunter khidmat pelanggan, anda tidak perlu menunggu terlalu lama kerana kesemuanya buka dan mereka berurusan dengan sangat pantas.
Di samping itu, beberapa projek infrastruktur untuk rakyat juga disiapkan dengan sangat laju. Sebagai contoh, Lebuhraya Gyeongbu sepanjang 428km berjaya dibina dalam tempoh masa lebih kurang 2 tahun 5 bulan sahaja.
Budaya ppalli-ppalli ini sudah cukup mengambarkan mengapa Korea mampu menjadi maju dalam masa yang sangat singkat.
Namun tidak semua perkara mengenai budaya ppalli-ppalli ini indah belaka. Budaya ppalli-ppalli ini membuatkan masyarakat Korea bekerja dalam keadaan sangat tertekan kerana mereka perlu pantas dan menepati masa.
Perkara ini juga membuatkan masyarakat Korea kurang rehat dan terpaksa bersaing untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.
Mungkin dari sini zombi Korea dicipta menjadi laju untuk mengkokak mangsanya bagi mengambarkan sendiri cara dan kehidupan seharian masyarakat Korea.
Senang cerita zombi Korea adalah refleks kepada cara hidup masyarakat itu sendiri.
Sama sebagai mana Zombi Kampung Pisang yang gemar merempit, sembang politik dan makan otak, itu adalah refleks kepada cara hidup kita.
RUJUKAN:
Chrissantosra. (2012, Mac 5). Korea’s “Pali-pali” culture and it’s dynamism. Dipetik daripada https://chrissantosra.wordpress.com/2012/03/05/koreas-pali-pali-culture-and-its-dynamism/
Hwang Hie-shin. (2010, Jun 18). Ppalli ppalli facilitated miracle on Han River. The Korea Times. Dipetik daripada http://www.koreatimes.co.kr/www/news/biz/2012/09/291_67900.html
Jung Hyung-jung. (2013, November 19). Korean saying “Ppalli Ppalli” need composure. The Impact. Dipetik daripada https://theimpactnews.com/columnists/2013/11/19/korean-saying-ppalli-ppalli-need-composure/
Kjølstad, K. (2020, November 27). The “Ppalli ppalli” culture: Is the love for fast pace dying? Embbasy Of The Republic Of Korea To Norway. Dipetik daripada https://overseas.mofa.go.kr/no-en/brd/m_21237/view.do?seq=103
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih