World Wrestling Federation (WWF) memang meninggalkan kenangan tidak terhingga bagi generasi yang sempat menontonnya.
Ramai dalam kalangan peminat masih boleh melanggan untuk tengok perbezaan antara dimensi gusti dulu dan sekarang. Antara 1997 hingga 2000, memang WWF sering menjadi sebutan.
Dengan ahli-ahli gusti hebat seperti Dwayne Johnson, Mark Calaway, Steve Austin, Glenn Jacobs dan Vince McMahon sendiri, WWF ialah sebuah pengembaraan pelbagai dimensi – daripada “antihero vs big establishment” (Austin lawan McMahon), “evil vs evil” (Undertaker lawan Kane) dan “greater conspiracies” (Corporate Ministry).
Malah WWF tidak lari daripada isu, seperti Bret Hart sengaja ditewaskan tanpa kerelaan di Montreal (tempat asalnya).
Dan juga adiknya Owen Hart yang jatuh daripada siling stadium.
Memang panaslah ketika itu – dengan Big Boss Man kena g4ntvng di Wrestlemania… dan Kane dib4k4r.
Disambung pula dengan kebangkitan Triple H setelah berkahwin dengan Stephanie McMahon.
Tetapi pada 5 Mei 2002, WWF telah membuat satu pengumuman besar. Kempen “Get the F Out” dilancarkan untuk menjenamakan syarikat semula daripada WWF ke WWE (tetapi logo WWF ke WW).
Macam pelik sebuah gergasi gusti tukar nama sewenang-wenangnya. Sudah bunyi macam Microsoft tukar nama jadi Macrohard pula. Atau Apple menjadi Pear. Atau Tesla Motors menjadi Edison Motors. Memang lain macam.
Semuanya bermula pada tahun 2000, apabila pejabat WWF menerima saman daripada pihak World Wide Fund for Nature (nama sebenar World Wildlife Fund). Katanya pihak Gusti telah menjalankan perniagaan yang tidak adil.
Semuanya pasal jenama “WWF” itu sendiri. Kiranya memang WWF lawan WWF. Memang benar kedua-duanya berkongsi jenama WWF sejak tahun 1979. Tetapi mereka ada buat perjanjian pada tahun 1994.
Bahawasanya WWF (Gusti) tidak boleh menggunakan jenama ini di peringkat antarabangsa.
Pada 10 Ogos 2001, sebuah mahkamah di United Kingdom berpihak kepada WWF (Alam Semulajadi). Jadi McMahon kalahlah. Tetapi WWF (Gusti) pantang beralah.
Mereka memfailkan rayuan – tetapi tujuh bulan kemudian, WWF (Gusti) menukar web rasminya daripada “wwf.com” ke “wwe.com”. Semua unsur WWF ditukarkan menjadi WWE, termasuk bacaan saham di bursa.
Namun WWF masih tidak berpuas hati. Dengan tamak ia meminta pampasan AS$360 juta. Rayuan difailkan McMahon mengambil masa selama lima tahun, yang ditolak Mahkamah Rayuan. Mungkin McMahon sudah tahu – tetapi ketika itu, semua sudah biasa dengan WWE.
Pihak WWF pula gagal memperolehi pampasan seperti diminta. Mereka mungkin menang dari segi jenama. Tetapi WWE berjaya mempertahankan produknya, kerana semua video yang mengandungi logo WWE tidak diharamkan mahkamah.
Bermakna WWE dibenarkan menyiarkan video-video lama. Hanya video dan barangan baru saja wajib menggunakan WWE. Perintah mahkamah kemudian mewajibkan WWE “membuang” logo WWF dalam video-video lama.
Sebab itulah mereka terpaksa mengaburkan logo WWF, satu kerja yang sangat meletihkan oleh kerana jumlah episod banyak.
Bermula episod ke-1,000 pada Julai 2012 pula, WWE dibenarkan menggunakan logo WWF bagi video-video lama (tidak perlu kabur pula).
Ia merupakan satu keputusan yang flip flop. Tetapi WWE masih terkenal di seluruh dunia, dengan kuasa jenama jauh menandingi WWF.
Perolehannya menghampiri AS$960.4 juta buat tahun 2019 sahaja, dengan divisyen WWE Network yang seakan-akan sama seperti Netflix, Hulu, Amazon TV dan sebagainya, khas untuk “WWE Universe” (penyokong) menonton WWE Superstar (ahli gusti) dan WWE Legends (ahli gusti lama).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih