Tahukah anda, kerajaan Andalusia dengan Turki Uthmaniyah sempat berdiri pada zaman yang sama. Timbul persoalan, mengapa Uthmaniyah tidak hantar bantuan semasa Andalusia teruk kena serangan Reconquesta Sepanyol?

Pada tahun 1480, Kempen ketenteraan Reconquesta telah mencapai kemuncaknya di tangan Fernando II of Aragon dan Isabel I of Castile. Di waktu itu, Sultan Beyazid II dari Turki Uthmaniyah sedang sibuk menghadapi peperangan dengan Mamluk di Mesir dan cuba merampas Morea daripada Venetians.

Sedangkan ketika itu, sebahagian besar jajahan kerajaan Islam Andalusia sudah 200 tahun jatuh ke tangan kerajaan Kristian. Zaman Taifah iaitu perpecahan Andalusia benar-benar menjatuhkan kekuatan Islam. Cordoba sudah jatuh pada 1236.

Yang tinggal di waktu itu cuma Emirate of Granada yang kecil dan kerajaan Islam itu sudah sedia membayar ufti kepada kerajaan Castilee sejak 1250. Tidak hairanlah, ia dengan mudah jatuh ke tangan musuh semasa pengepungan tahun 1492.

Jika kita melihat garis masa, Sultan Mehmet al-Fateh dari Uthmaniyah menawan Constantinople pada 1453, iaitu 39 tahun sebelum kejatuhan Granada. Mengapa al-Fateh tak dapat tolong?

Jawapannya terletak pada angkatan laut Sepanyol.

Sepanyol sudah mempunyai armada laut yang maju dan kuat berbanding Uthmanyiah yang masih belum mahir dengan pertempuran di lautan. Teknologi perkapalan Sepanyol sudah terkehadapan sementara Uthmaniyah masih menggunakan kaedah dayungan tradisional.

Namun, jawapan yang paling tepat adalah kerajaan Turki Uthmaniyah yang sedang berpusat di Constantinople semasa kejatuhan Granada itu, sedang sibuk menghadapi peperangan di barat dari sekeliling arah. Memanglah tak sempat nak tolong Andalusia.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply