Sejarah 1910-an mungkin sukar difahami, kerana dimensi geopolitik terlalu kompleks dan silam. Bagaimana kuasa-kuasa besar dunia boleh melungkup dalam pεpεraηgan begitu besar memang sangat menakjubkan, apatah lagi Uthmaniyah pula terheret sekali.

Ketika ini, Uthmaniyah sebagai Penguasa Konstantinopel hanya pada nama sahaja. Empayar ini teruk dikerjakan selepas Pεraηg Crimea. Kerajaan terpaksa berdepan dengan siri pεmbεrσntakan yang gagal dιpatahkan.

Siri pεpεraηgan antara 1912 hingga 1914 menjejaskan pengaruh Sultan Mehmed V. Dalam tempoh itu, Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan (CUP) merangkul kuasa politik.

Kerajaan Uthmaniyah dipengaruhi Enver Pasha, Talaat Pasha dan Djemal Pasha, mewarisi tunjang masalah pernah dihadapi Rom suatu masa dahulu.

Sebuah empayar sangat besar, dengan politik terlalu berpusat yang kesuntukan masa.

Persaingan Dunia Eropah mendidih ke takat kemuncak, dengan pertembungan kepentingan yang hanya mencetuskan pεpεraηgan.

Uthmaniyah mahu menumpukan perhatian pada pemulihan struktur – tetapi dari segi diplomasi, kerajaannya tidak boleh sama sekali kekal neutral.

Pembµnµhan Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 akhirnya menyebabkan Pεraηg Dunia Pertama (ketika itu digelar Pεraηg Besar).

Haluan tengah hanya akan membawa pεpεraηgan terus ke saki-baki wilayah Uthmaniyah. Sudahlah tidak cukup sεηjata, satu-satunya haluan Uthmaniyah ada ialah diplomasi bersama kuasa Eropah.

Hampir semua kuasa Eropah menolak tawaran Uthmaniyah, termasuk British (Strachan, 2003). Pihak Jerman walau bagaimanapun mempunyai pemerhatian berlainan. Kerana empayar ini ketinggalan dalam perlumbaan imperialisme.

Dari segi teknologi, Jerman memang maju.

Tetapi infrastruktur bahan api Jerman seperti kapal untuk mendominasi lautan asing tidak mencukupi. Jadi Uthmaniyah memenuhi kehendak Jerman, yang ingin membangunkan infrastruktur Kereta Api Berlin-Baghdad.

Projek besar Jerman.

Ketika Pεraηg Dunia Pertama bermula, Mehmed V seolah-olah menjadi seorang raja tanpa kuasa.

Tiga Pasha ini mengalu-alukan Jerman untuk bantu mengukuhkan semula pertahanan Uthmaniyah (Tucker, 2014). Jerman menghantar Otto Liman von Sanders yang tiba di Konstantinopel pada Disember 1913.

Dan dua empayar ini menjalinkan sebuah perikatan secara rahsia pada 2 Ogos 1914.

Inilah punca Uthmaniyah menyertai Pεraηg Dunia Pertama. Kerana kiblat kerajaan ketika itu ialah Berlin, yang mengisytiharkan pεraηg terhadap Rusia. Padahal Mehmed V tidak menurunkan sebarang tandatangan sebagai tanda persetujuan (Roberts & Tucker, 2005).

Bagi kerajaan Uthmaniyah, perikatan Uthmaniyah-Jerman mempunyai nilai strategik: 1) Uthmaniyah boleh memodenkan angkatannya, dan 2) Jerman mendapat laluan selamat ke Asia.

Dan bermula Januari 1915, Uthmaniyah berjanji untuk masuk dalam kemelut Eropah. Berlin melantik Liman von Sanders sebagai Pengarah Tεrηtεra Kelima Uthmaniyah untuk mempertahankan Gallipolli.

Liman von Sanders

Erich von Falkenhayn pula mengarah Angkatan Yildirim Uthmaniyah, bersama Liman von Sanders. Yildirim ialah barisan yang beraksi di Timur Tengah.

Uthmaniyah pula telah membeli dua buah kapal – SMS Goeben dan SMS Breslau – daripada Jerman. Dalam perjalanan walau bagaimanapun, angin pepεraηgan beralih terus.

Mungkin Jerman tidak yakin yang Uthmaniyah akan mengotakan janji. Jadi semasa menghantar, pihak Jerman menggunakan dua kapal Uthmaniyah ini untuk membuat sεrbµaη di Laut Hitam pada 29 Oktober 1914.

Jadi Rusia mengisytiharkan pεraηg terhadap Uthmaniyah yang kini wajib menepati perikatan dibuat bersama Jerman. Sejak hari itu, hala tuju Uthmaniyah bergolak.

Tiada siapa tahu apa yang semua mahu, kerana jelas sekali ini bukan kemelut Uthmaniyah. Empayar ini tidak seharusnya masuk campur dalam urusan yang bukan dalam kelambu sendiri.

Malah Uthmaniyah sendiri tidak bersedia untuk memberi komitmen. Mereka memerlukan sebulan untuk tiba di Syria (dan hampir dua bulan ke Mesopotamia).

Sempadan Rusia mungkin memakan masa dalam 35 hari. Tidak cukup sekadar hantar angkatan. Kerana Uthmaniyah juga harus menghantar bekalan mencukupi seperti makanan dan sεηjata.

30, 35 dan 60 hari bukanlah satu tempoh yang boleh menjaminkan kemenangan.

Pihak CUP sendiri mula berpaling tadah dan tidak menyokong Tiga Pasha. Beberapa pemimpin atasan dibµnµh. Enver sendiri hampir dibµnµh, kerana ramai tidak setuju dengan kiblat baharu Uthmaniyah.

Prestasi Uthmaniyah tidak langsung menjaminkan. Uthmaniyah menempatkan 450,000 anggota untuk memelihara Mesopotamia.

Jumlah ini memang banyak. Tetapi pihak British dalam kelonggaran sedia ada membawa bala hampir 900,000 anggota. Kerana British mempunyai India yang tidak tersentuh.

Di Kaukasia pula, Uthmaniyah perlu berdepan dengan bala Rusia yang mampu menghantar sejuta anggota.

Uthmaniyah juga tiada dominasi di Sinai dan Palestin, dimana British mendominasi dengan jumlah 1.2 juta anggota. Unit Yahudi seperti Yishuv menyertai kerajaan Hejaz, kedua-duanya mahu mengusir Uthmaniyah keluar.

Dan mereka mencapai matlamat tersebut. Kerana Uthmaniyah tewas dan dibubarkan terus. Dunia ini tentu sekali berlainan, jika pεpεraηgan besar antara 1914 hingga 1918 tidak berlaku.

Paling menghairankan, tiga maharaja dalam Pεraηg Dunia Pertama ini sebenarnya sepupu.

Kerana George V (British), Nicholas II (Rusia) dan Wilhelm II (Jerman) berkongsi nenek yang sama, yakni Ratu Victoria.

RUJUKAN:

Roberts, P.M., & Tucker, S. (2005). World (ditapiskan) I: Encyclopedia. ABC CLIO. Halaman 778.

Strachan, H. (2003). The First World (ditapiskan): Volume I: To (ditapiskan). Halaman 644-693.

Tucker, S.C. (2014). World (ditapiskan) I: The Definitive Encyclopedia and Document Collection. ABC CLIO. Halaman 1189.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.