Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai sebuah agensi khas yang menumpukan perhatian sepenuhnya pada pendidikan, sains dan kebudayaan.
Nama agensi ini adalah UNESCO, yang bertujuan untuk memupuk keamanan dunia dan kesejahteraan sejagat.
Pihak UNESCO pula dilengkapkan dengan sebuah suruhanjaya khas untuk warisan dunia. Dan setiap tahun, suruhanjaya ini akan mengadakan sebuah sesi perbincangan untuk memberi anugerah UNESCO baru… ataupun menarik balik anugerah yang telah diberi.
Sejak tahun 2004, bandar Liverpool telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang keistimewaan Liverpool, hingga diberi anugerah sedemikian rupa.
Liverpool selama ini berjaya mengamalkan perancangan bandar yang seimbang. Memang banyak bangunan baru dinaikkan. Tetapi bangunan-bangunan ini dibina tanpa perlu merθbθhκαn bangunan lama.
Melihat bagaimana Liverpool mengimbangi seni bina baru dan lama, pihak UNESCO pun tidak melengahkan masa (Jones, 2020). Mereka berasa Liverpool layak selayak-layaknya.
Namun selepas mengadakan sesi perbincangan pada Julai 2021 di Fuzhou, pihak UNESCO sekali lagi tidak membuang masa. Mereka menggµgµrkan Liverpool daripada senarai UNESCO (Macaskill, 2021). Memang patut ia dianggap satu tamparan hebat.
Kerana Liverpool selama ini sentiasa berusaha untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah kuasa dominan dalam perkara berunsurkan kebudayaan. Tengok zaman dulu misalnya, Liverpool membida untuk dapat status Bandar Muzik (Wright, 2009).
Memahami Kenapa Liverpool Dapat Anugerah
Liverpool dan Birkenhead adalah dua bandar sangat penting dalam sejarah England. Inilah pintu masuk utama untuk laluan perdagangan. Semua barangan harus dipunggah di limbungan-limbungan kapal yang disediakan.
Setiap barang pula dikenakan yuran yang bantu membangunkan bandar Liverpool. Namun sejak tahun 1887, bandar Manchester tidak berhenti memberi jari tengah pada Liverpool. Kerana semua kapal boleh pergi terus ke bandar Manchester tanpa berlabuh di Liverpool. Mereka telah membina sebuah terusan daripada Sungai Mersey hingga Sungai Irwell.
Jadi limbungan kapal Liverpool dibiar sepi, dengan pihak perbandaran terpaksa mengecilkan skop perdagangan. Hari ini limbungan kapal ini menjadi sumber tarikan kebudayaan.
Pembangunan bandar tidak mengabaikan dermaga-dermaga air Liverpool (Moscardini, 2008). Atas sebab inilah bandar ini mendapat status UNESCO.
Cita-Cita Berubah
Apabila Liverpool mengubahkan sistem politik, ada semangat baru menyapai cuping telinga datuk bandar. Pada tahun 2012, bandar Liverpool memberi izin perancangan untuk sebuah projek pembangunan ONE.
Pemimpin bandar pada waktu ini adalah anak jati Joe Anderson. Kalau ikut perancangan, projek ONE akan menaikkan beberapa bangunan di Commercial District, the King’s Dock, the Lime Street Gateway dan banyak tempat lain.
Tidak lupa juga pada Rancangan Liverpool Waters bernilai £5.5 bilion yang akan menaikkan sebuah zon pencakar langit (O’Sullivan, 2021).
Dalam mata satu pihak, ini adalah pembangunan pesat yang diperlukan. Tetapi pihak lain berpendapat sebaliknya, bahawa pembangunan pesat sebegini menjadi usaha vandalisme terhadap dermaga air bandar (Wainwright, 2021).
Mengambil kira semua perkara yang berlaku, pihak UNESCO tiada pilihan lain. Malah bertahun-tahun, ramai orang berkempen untuk menggagalkan projek-projek mega ini dengan hujah tentang betapa pentingnya menjaga status UNESCO.
Bagi mereka, memang mengejutkan tengok UNESCO tunggu begitu lama. Dan apabila UNESCO bertindak, pihak pengurusan bandar hilang arah. Mereka telah menyerahkan dokumen rayuan dengan hujah bahawa UNESCO perlu buka mata tentang kepentingan ekonomi pekerjaan untuk menghidupkan semula komuniti miskin bandar (Hamilton, 2021).
Mungkin rayuan ini akan diterima kelak, andainya ada perubahan pada dasar kelayakan UNESCO. Tetapi dalam keadaan ini, nampaknya pengurusan bandar lebih mengutamakan kepentingan perut marhaen untuk dibandingkan dengan status kebudayaan.
Sejarah nampaknya berulang untuk Liverpool. Dulu bandar ini gagal mengekalkan status sebagai pusat perdagangan rantau. Sekarang Liverpool gagal untuk mengekalkan status warisan di rantau tersebut.
RUJUKAN:
Hamilton, C. (2021, Julai 22). Liverpool stripped of Unesco World Heritage status. BBC.
Jones, Z.M. (2020). Cultural Mega-Events: Opportunities and Risks for Heritage Cities. Routledge.
Macaskill, A. (2021, Julai 21). UNESCO strips English city of Liverpool of its world heritage status. Reuters.
Moscardini, A. (2008). Liverpool City Center: Architecture and Heritage. Bluecoat Press. Halaman 10.
O’Sullivan, F. (2021, Julai 23). Liverpool’s Waterfront Loses Its Unesco World Heritage Listing. Bloomberg.
Wainwright, O. (2021, Julai 21). Liverpool has been vandalising its waterfront for a decade – it’s shocking Unesco didn’t act sooner. The Guardian.
Wright, J. (2009, November 16). Liverpool bids to be UNESCO City of Music. Liverpool Echo.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih