Tikus sentiasa digunakan dalam ujian makmal. Macam jadi benda biasa – asal ujian makmal saja, mesti kena ada tikus. Sebelum Yuri Gagarin keluar ke alam angkasa, saintis berjaya hantar lalat buah, monyet dan tikus sebelum anjing dijadikan sasaran.

Maksudnya, manusia adalah spesis penduduk Bumi yang kelima untuk kea lam angkasa… ketinggalan jauh di belakang tikus. Perkataan ‘tikus makmal’ sudah menjadi sebutan biasa, kadangkala untuk menghina orang pun.

Makmal Jackson di Bar Harbor, Maine, merupakan antara pembekal paling besar di dunia, menghasilkan tiga juta tikus makmal setiap tahun (The Economist, 2017).

Bermakna saintis tidak ambil tikus liar sesuka hati supaya tidak mencαcαtkan keputusan penyelidikan. Cuba bayangkan – tengah elok beri madu pada tikus, tiba-tiba semua pakat mαti.

Jadi kesimpulan mudah adalah, madu itu berαcυη. Padahal sebelum ditangkap, tikus liar tersebut sudah makan rαcυη. Ini adalah sebab mudah untuk faham kenapa tikus makmal dibiαk khas sekarang, berbeza dengan zaman William Harvey yang mungkin saintis pertama menggunakan tikus untuk kajian.

Harvey adalah seorang doktor kelahiran Kent yang terletak dalam England. Beliau menggunakan tikus untuk kaji perihal pembiαkan dan peredaran dαrαh. Pada zaman yang sama, Robert Hooke menjalankan kajian tekαηαn udara dengan menggunakan tikus (Hedrich, 2004). Mudah kata, banyak benda sains belajar melalui tikus.

Memahami Bebanan Mutasi (Mutational Strain) Tikus Makmal

Pengeluar tikus makmal menyediakan ratusan jenis tikus yang dilahirkan melalui pembiαkbαkααη dalaman (inbreeding), pembiαkbαkααη rentasan (outcrossing) dan pembiαkbαkααη normal (transgening). Jenis-jenis ini adalah untuk memenuhi keperluan makmal, yang berbeza mengikut kehendak kajian.

Kebanyakan tikus makmal adalah campuran beberapa sub-spesis dalam kalangan Mus musculus, Peromyscus leucopus atau Peromyscus maniculatus.

Dan pengeluar juga akan membuat bebanan mutasi seperti tikus berdiabetes, tikus berkemampuan untuk tumbuh anggota (dipanggil Murphy Roths mice) atau tikus bersistem imun terjejas.

Tikus kanan lebih berotot dipanggil Mighty Mouse.

Ada tikus yang sengaja dibuat supaya obes.

Tikus obes di sebelah tikus makmal normal

Perkara ini sangat biasa dalam urusan makmal. Diulangi semula, untuk kaji mengikut kehendak penyelidikan. Contohnya, seekor mighty mouse pernah dihantar ke angkasa untuk kaji kesan alam tersebut pada otot.

Persamaan Tikus Makmal

Lebih daripada 150 tahun saintis guna tikus untuk menyelidik atas satu sebab sahaja. Tikus mempunyai komposisi genetik seakan-akan sama dengan manusia. Banyak simtom manusia sebenarnya boleh disimulasi pada tikus (Melina, 2010). DNA manusia sebenarnya 97.5 peratus sama dengan DNA tikus (Coghlan, 2002).

Memandangkan saiznya kecil, tikus sangat mudah digunakan dalam makmal… berbanding cimpanzi yang terhimpit dalam kancah αηcαmαη. Dan peηterηαkαη tikus sangat murah untuk dibandingkan dengan haiwan lain.

Dengan kemampuan bioteknologi, saintis boleh membiak seekor tikus yang mengandungi kandungan genetik sama seperti seorang manusia. Maksudnya, tikus tersebut boleh terkena penyakit yang manusia boleh kena. Senang faham begini. Saintis pesan tikus bergenom mirip manusia.

Saintis dedahkan SARS-CoV-2 pada tikus-tikus ini. Dan saintis uji calon-calon ubat (medicine candidates) untuk tengok kadar keberkesanan dan keselamatan. Sama seperti vaksin, kalau ada tindak balas pada tikus makmal – baru boleh uji pada manusia.

Ujian vaksin pada tikus makmal.

Proses ini mungkin nampak zαlim. Tetapi cuba tengok tahun 1997, apabila saintis Harvard berjaya menghasilkan Tikus Vacanti.

Nampak macam telinga orang dalam tikus!

Tikus Vacanti adalah tikus yang genetiknya diubah suai sedikit. Saintis Harvard meletakkan maklumat yang membolehkan bentuk macam telinga tumbuh pada tubuh tikus. Anggota badan saja, bukan daya pendengaran.

Apa faedahnya? Ramai dalam kalangan kanak-kanak terutamanya di China mengalami masalah genetik dipanggil microtia.

Masalah ini membantutkan pertumbuhan anggota telinga (tetapi daya pendengaran ada). Dengan menggunakan kaedah pembuatan Tikus Vacanti, saintis berjaya tumbuhkan anggota telinga khas untuk anak-anak yang menghadapi masalah microtia (Schipani, 2019).

RUJUKAN:

Coghlan, A. (2002, Mei 30). Just 2.5% of DNA turns mice into men. NewScientist.

The Economist. (2017, Januari 10). The world’s favorite lab animal has been found wanting, but there are new twists in the mouse’s tale.

Hedrich, H. (2004). The house mouse as a laboratory model: a historical perspective. The Laboratory Mouse.

Melina, R. (2010, November 17). Why Do Medical Researchers Use Mice? Live Science.

Schipani, S. (2019, Februari 27). The History of the Lab Rat Is Full of Scientific Triumphs and Ethical Quandaries. The Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply