Kalau korang jalan jalan di tepi pantai dan nampak benda ni, ini bukanlah sejenis gerudi. Ni sebenarnya telur ikan jerung.
Selepas ikan jerung betina dari keluarga Bullhead disenyawakan, mereka akan lepaskan telur mereka di kawasan yang dipenuhi rumpai dan batu karang laut. Rupa telur ikan jerung yang mirip gerudi ini membenarkan telur telur ini berpaut pada celah batu karang dan rumpai laut dengan bagus dan menyukarkan ia daripada dibawa pergi oleh ombak dan arus lautan.
Telur ini mengambil masa yang lama untuk menetas, yakni sekitar 8 bulan. Jadi, selain daripada berpaut pada batu dan rumpai laut, permukaan telur ini yang licin dan keras membenarkan penumbuhan alga di atasnya.
Lama kelamaan telur ini akan berubah menjadi hijau atau dipenuhi dengan rerumpai laut dan sekaligus menyukarkan pemangsa laut lain daripada mencari telur ini sebagai makanan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply