Hari ini smartphone sudah menjadi keperluan semua orang di Malaysia terutamanya tidak kira sama ada B40 ataupun T20. Tapi masalahnya, telefon pintar sekarang ini mudah rosak ataupun berteknologi tinggi. Hal ini sekaligus memberikan kesan kepada golongan B40 kerana mereka terpaksa menukar telefon pintar baharu bagi mendapatkan performance yang mantap.

Jika kita imbas kembali ketika era pra-smartphone, telefon bimbit berjenama Nokia sangat sukar untuk rosak. Malah jatuh berkali-kali pun masih lagi berfungsi dan siap boleh dibaling untuk menghalau anjing liar yang datang mengganggu. Tidak seperti smartphone, terkadang letak di kocek seluar pun boleh rosak.

Persoalannya kenapa smartphone cepat rosak, adakah ini semua agenda kapitalis yang nak kikis duit kita semata-mata?

Rindu yang tidak pernah kesampaian

Rasanya semua tahu setiap tahun begitu banyak model telefon pintar telah dilancarkan dengan pelbagai teknologi yang tak masuk dek akal. Bagi sesetengah orang, itu satu perkara bagus kerana setiap syarikat telefon pintar akan menghasilkan produk yang mampu memuaskan hati pelanggan.

Tetapi tanggapan tersebut agak separuh benar kerana kita sebenarnya berada dalam upgrade culture. Bermaksud segala alat elektronik hanya dapat digunakan secara optimum dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Selepas itu, alat elektronik akan menjadi usang dan sesuai dipamerkan di muzium.

Sebagai contoh, baru-baru ini pihak Apple ada menyatakan bahawa model iPhone 8 tidak akan lagi menerima update terbaru iaitu iOS 16. Hanya iPhone X keatas sahaja dapat menerima update tersebut tetapi ada model yang tidak mampu mengoptimumkan fungsi iOS 16. Cuba bayangkan jika iPhone 4s masih menerima iOS 16, pasti ramai golongan B40 akan dapat menggunakan produk Apple.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Andai kata perkara itu terjadi, lama kelamaan Apple boleh bungkus kerana tiada sesiapa lagi yang mahu dapatkan iPhone 5 ke atas. Maka boleh dikatakan, smartphone yang cepat rosak ini sebenarnya membantu syarikat untuk terus relevan dan sentiasa menjadi pilihan pengguna.

Selain itu, peningkatan teknologi dan reka bentuk juga menjadi asbab mengapa smartphone mudah rosak. Seperti peningkatan teknologi, suatu ketika dahulu RAM 500mb dan kamera 10mp sudah dianggap cukup power. Tapi hari ini, sudah ada smartphone yang tawarkan RAM 12gb dan kamera 200mp. Jadi smartphone lama sudah tidak lagi mampu berfungsi dengan baik dan jika dipaksa juga akan rosak.

Bagi reka bentuk pula ketika iphone generasi pertama keluar, smartphone itu berjaya merevolusikan dunia. Dengan saiz poket serta pengguaan touch screen, banyak syarikat terpaksa mengikuti trend ini. Apabila Samsung muncul dengan penghasilkan smartphone yang lebih besar melalui Galaxy Note, syarikat lain pun wajib ikut. Cuba bayangkan jika, Nokia masih lagi mengeluarkan handphone sabun tetapi dikuasakan oleh android, pasti pelik gamaknya.

Di samping itu, banyak syarikat yang cuba menturuti kehendak pelanggan yang sangat pelik. Hari ini pelanggan mahukan smartphone yang besar, tipis dan skrin tidak mudah pecah. Bagi syarikat smartphone, itu merupakan permintaan yang tidak masuk akal. Ini kerana mereka perlu menghasilkan screen yang lebih tipis tetapi dengan ketahanan begitu tinggi.

Tidak seperti 3310, skrin tebal dan tahan lama boleh digunakan berikutan saiznya yang kecil. Apa yang boleh dibuat oleh syarikat smartphone untuk mengurangkan risiko skrin pecah adalah menggunakan bahan berkualiti tinggi sahaja. Kalau nak lagi selamat, boleh pakai tempered glass tetapi kalau jatuh dekat jalan tar boleh menangis.

Kesimpulannya, setiap produk itu akan lahir dengan kelebihan dan kekurangan. Mungkin smartphone hari ini sangat power dari aspek teknologi. Bagi ketahanan pula adalah sangat rapuh seperti iman anda.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Red Zombie. (2018, September 17). Why smartphone screens break so easily. Dipetik daripada https://redzombie.com/blogs/news/why-smartphone-screens-break-so-easily

Stevens, C. (2006, November 28). Crave talk: Why do all our gadgets break? Cnet. Dipetik daripada https://www.cnet.com/tech/computing/crave-talk-why-do-all-our-gadgets-break/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply