Ketika Pe.rang Vietnam (1967-1972), Amerika Syarikat pernah menggunakan teknologi pengubahsuaian cuaca supaya musim angin monsun terus berpanjangan ke atas Vietnam yang dapat melumpuhkan saluran bekalan tentera Vietnam.
Pada penghujung tahun lepas (2020), banyak media melaporkan China telah meningkatkan usaha pengubahsuaian cuaca. Meloncatlah golongan-golongan teori konspirasi sama seperti pembinaan Matahari buatan (artificial sun) baru-baru ini.
Kita jangan terkejut, telah berdekad lamanya manusia cuba bangunkan teknologi pengubahsuaian cuaca, terutamanya pengubahsuaian supaya suatu tempat yang kering kontang menjadi hujan.
Sehingga kini, manusia telah mampu menghujankan beberapa tempat tetapi dalam skala yang kecil. Contohnya, ketika sukan Olimpik 2008, China pernah awalkan cuaca hujan supaya ketika hari Sukan Olimpik, hujan tidak berlaku dan langit menjadi cerah.
Pengubahsuaian ini dilakukan melalui teknologi pembenihan awan dengan menembak perak iodida (silver iodide) ataupun cecair nitrogen supaya dapat meningkatkan ketumpatan titisan air sampai ke tahap titisan itu jatuh menjadi air hujan.
Dalam beberapa tahun akan datang, China berhasrat untuk meningkatkan kecekapan teknologi pengubahsuaian cuaca dalam skala yang besar supaya banyak kawasan dapat menerima hujan. Perkara ini tujuannya untuk menyelesaikan beberapa masalah seperti kekurangan bekalan air, mengawal kawasan kemarau dan memelihara tanaman dan ternakan.
Sekarang, bukan setakat China, banyak negara fokuskan pembangunan teknologi pengubahsuaian cuaca melalui pembenihan awan. Tipikalnya menjurus kepada kawalan hujan.
Saintis mempunyai aspirasi untuk menghalang bencana seperti taufan ataupun ribut melalui teknologi pengubahsuaian cuaca. Kajian telah pun dibuat, tetapi masih belum cekap teknologinya untuk melakukan perkara tersebut.
Penggunaan teknologi pengubahsuaian cuaca bagi tujuan pepe.ra.ngan adalah tidak mustahil seperti yang pernah berlaku ketika Pe.ran.g Vietnam. Tetapi tindakan ini telah diharamkan oleh United Nations (UN).
Kita tidak menafikan manusia, serba sedikit, mampu mengubah cuaca, tetapi masih setakat pembenihan ke atas awan. Kita tidak menolak perkara ini.
Yang kita menolak ialah HAARP boleh kawal cuaca sedangkan teknologi HAARP yang berasaskan gelombang radio sah-sah tidak boleh digunakan untuk kawal cuaca. Manusia lakukan proses pembenihan awan pun menggunakan bahan kimia, bukannya gelombang komunikasi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih