Semua orang menyukai laut, kerana keindahan yang sangat menakjubkan. Tersembunyi di sebalik alunan ombak ialah sebuah dunia yang takkan boleh sesuai untuk manusia.

Tetapi dalam dunia ini, terlalu banyak yang berlaku setiap hari. Sama seperti hutan, dasar laut pun ada kategori tropika dan kutub.

Daripada zon tropika hinggalah kutub ini, ada 1,500 spesis tapak sulaiman yang ditemui secara meluas daripada pesisiran pantai hinggalah laut dalam 6,000 meter daripada permukaan.

Tapak sulaiman mungkin sejenis haiwan yang kelihatan sangat pelik untuk dibandingkan dengan ikan, siput atau kehidupan lain.

Berkaki banyak dan ada anak-anak kaki untuk bergerak, tapak sulaiman hidup tanpa tulang belakang. Apabila bercakap tentang anak-anak kaki, itulah cara sebenar tapak sulaiman bergerak.

Benang-benang bersulur ini akan berhinggapan pada sesuatu, yang bantu menggerakkan seluruh tapak sulaiman.

Sedang bergerak.

Anak-anak kaki ini berfungsi dengan cara yang seakan-akan sama dengan sistem hidraulik. Kalau secara saintifik, sistem ini digelar vaskular. Mungkin bunyinya agak rumit dan membosankan.

Tetapi sistem ini memang sangat penting, kerana bantu tapak sulaiman (dan landak laut) bernafas pun. Kiranya itulah kaki… itulah paru-paru… dan itu juga saluran penghadaman. Tanpa sistem ini, tapak sulaiman boleh pupus pun.

Sangkaan bahawa tapak sulaiman hanya mempunyai lima lengan sebenarnya tidak betul. Banyak saja spesis tapak sulaiman yang ada lebih daripada lima lengan. Ada yang mencecah 40 lengan pun.

Sebesar satu meter.

Dan tapak sulaiman boleh menumbuhkan lengan baru jika terc3d3ra atau terputus. Mekanisme ini membolehkan tapak sulaiman lari daripada pem4ngs4 untuk menyelamatkan diri.

Tetapi proses ini memakan masa sangat lama, kadangkala setahun pun… dan beberapa spesis boleh membuat tapak sulaiman baru pun. Jika satu lengan dan organ penting di tengah terpisah, ia boleh menjadi tapak sulaiman baru (yang lain daripada tapak sulaiman asal).

Dalam proses mengembalikan lengan.

Jadi di sini semua boleh faham bahawa lengan tapak sulaiman memang penting. Kerana di situlah terletak mata tapak sulaiman. Walaupun tidak jelas kelihatan, tapak sulaiman sebenarnya mempunyai mata di setiap penjuru lengannya.

Mata.

Tapak sulaiman berlengan lima ada lima mata – berlengan 40 ada 40 mata, mengesan cahaya dan kegelapan cukup untuk menyesuaikan diri dalam persekitarannya. Jadi seluruh badannya perlu dijaga dengan baik. Sebab itulah tapak sulaiman mempunyai perisai menarik.

Kulit beberapa jenis tapak sulaiman berkelengkapan dengan duri-duri halus. Dan lapisan kulit di atas pula dibuat daripada karbonat kalsium yang kuat.

Dan tapak sulaiman sebenarnya tidak mempunyai d4r4h. Sebaliknya tapak sulaiman mempunyai sistem peredaran yang menggunakan air laut. Dipam menggunakan sistem vaskular seperti diceritakan, air laut memang mempunyai peranan dalam kehidupan seekor tapak sulaiman.

Setiap spesis juga mempunyai diet pemakanan berlainan, secara langsung mengekalkan imbangan alam semulajadi. Banyak yang memakan alga, siput dan porifera. Tetapi spesis “crown-of-thorns” memakan polip yang tumbuh pada terumbu karang.

Sementara itu ada spesis yang hanya memakan bahan organik atau bahan n4j1s haiwan laut. Maka masing-masing ada tugasan penting untuk menjaga laut, dan haiwan ini sudah lama mendiami Bumi.

Dijangka tapak sulaiman boleh ditemui sejak 450 juta lalu – tetapi sukar disahkan kerana b4ngk4i tapak sulaiman akan r3pvt dengan pantas kecuali saraf tunjangnya saja yang sangat susah untuk dicari.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.