Dengar sahaja suara takbir bergema di jagat raya, itu menandakan kita semua sudah memasuki 1 Syawal dan meninggalkan bulan Ramadan yang mulia. Suara takbir itu juga memberikan kegembiraan kepada kita kerana inilah satu-satunya masa kita dapat berkumpul bersama saudara-mara yang telah lama terpisah.

Namun ketika Covid-19 menyerang Malaysia, selama dua tahun berturut-turut kita tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana sekatan perjalanan oleh kerajaan. Buat pertama kalinya, kita hanya terduduk sepi pada malam raya sambil mengenangkan keluarga di kampung. Di tambah lagi, alunan takbir raya dilaungkan dengan irama yang sungguh syahdu dan mendayu-dayu, pasti membuat kita bertambah sedih.

Anda perasan tak sesuatu yang pelik tentang takbir raya di negara kita? Apabila menjelang sahaja raya, pasti takbir akan dialunkan dengan cukup syahdu dan mendayu-dayu. Padahal di negara-negara Arab, takbir raya dilaung dengan penuh semangat sebagai simbolik kemenangan umat Islam menjalani puasa.

Malah ada yang beranggapan aluan takbir raya mendayu-dayu menyalahi konsep. Katanya, rasa sedih yang tiba ketika mendengar takbir raya bukanlah kerana mengenangkan kebesaran Allah tetapi lebih kepada tidak dapat beraya, teringat kampung halaman, makanan dan sebagainya.

Persoalannya sekarang apa sebab takbir raya di negara kita mendayu-dayu, adakah kerana kita merupakan bangsa yang gemar bermain emosi?

Sebenarnya takbir raya mendayu-dayu yang menjadi trademark di negara kita ini berasal daripada alunan tarannum jiharkah. Kepulauan Melayu dikatakan telah terdedah dengan beberapa jenis alunan tarannum sejak abad ke-7 iaitu ketika Kekhalifahan Umayyah memegang tampuk pemerintahan dunia Islam.

Salah satu alunan tarannum tersebut adalah tarannum jiharkah yang berasal daripada Parsi dan telah diubahsuai oleh qari-qari dari Hijjaz mengikut budaya setempat. Bermula dari situ, tarannum jiharkah telah digunakan sebagai salah satu alunan untuk membaca Al-Quran

Jadi dekat mana part mendayu-dayu tu?

Cuba dengar tarannum jiharkah di sini, pasti anda akan dapat mengesan alunan mendayu-dayu apabila ayat Al-Quran dibaca.

Secara asasnya tarannum jiharkah memang dikenali sebagai alunan yang sangat sinonim dengan sifat mendayu-dayu dan sedih. Kebiasaannya, tarannum jiharkah akan dialunkan ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan perihal hari kiamat, rintihan dan doa. Penggunaan tarannum jiharkah yang lembut, menusuk kalbu dan tenang pasti boleh memberikan kesan emosi yang mendalam buat kita ketika mendengar.

Bagi mereka yang ingin merasakan kekhusyukan dan keinsafan yang sedalam-dalamnya ketika membaca Al-Quran, bolehlah menggunakan taranum jiharkah. Walau bagaimanapun, para Quraa di Malaysia akan jarang menggunakan tarannum jiharkah untuk mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Tapi jangan risau kerana tarannum jiharkah masih lagi menjadi amalan pari qari yang berasal daripada Mesir.

Senang cerita elemen mendayu-dayu dalam tarannum jiharkah inilah yang mengaruhi alunan takbir raya sehingga menjadi sayu dan sedih. Jadi selepas ini jika anda yang cuba membandingkan antara takbir kepulauan Melayu dan negara Arab, cakap sahaja bahawa kita alunkan takbir menggunakan tarannum jiharkah. Tidak menjadi kesalahan untuk alunkan takbir mendayu-dayu kerana tarannum jiharkah merupakan salah satu jenis tarannum yang digunakan untuk membaca Al-Quran.

RUJUKAN:

Azrin Wahid. (2021, Mei 13). Perlukah takbir raya dialunkan mendayu-dayu. Ini penjelasannya. Utusan TV. 

Nurul Auji Hasbullah, Ahmad Sanusi Azmi & Adnan Mohamed Yusoff. (2020). Ilmu tarannum di Malaysia: Amalan dan kaedah melagukannya. E-Proceeding of The 2nd International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2020, 13-23. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply