Dalam bulan Jun inilah, kita selalu perasan banyak logo syarikat akan di-pelangi-kan. Tindakan ni nampak tak semena-mena kalau kita tak tahu apa-mena. Sebenarnya, syarikat-syarikat ni ikut menyambut bulan pride.

Bulan pride (sengaja tak terjemah dalam bahasa Melayu) adalah bulan sambutan kesaksamaan golongan elgibiti. Bulan ni dipilih sebab mengenang rusuhan Stonewall, New York pada Jun 1969.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebab era 60-an adalah dekad golongan elgibiti ditekan, jadi diorang bersosial dekat kelab dan bar elgibiti lah. Sindiket jenayah nampak peluang untung besar kat bar elgibiti, jadi keluarga penjenayah Genov (Genovese Crime family) conquer bar elgibiti Greenwich Village. Stonewall Inn dibeli, ubahsuai sikit dan dibuka semula lepas setahun dibeli pada 1966.

Presint Polis Ke-6 New York makan suap dari Genov. Biasa polis korup akan kantoikan serbuan ni ke mafia ni sebelum kejadian serbuan sebenar. Mafia ni siap ugut patron bar elgibiti kaya mereka yang terdesak nak simpan seksualiti mereka sebagai rahsia.

Tapi serbuan pada 28 Jun 1969 beza. Berbekalkan waran tangkap, polis serbu kelab, berkasar dengan patron, menyita alkohol haram, menangkap 13 orang lain. Patron lain dan penduduk setempat mula berkumpul di Stonewall Inn. Dalam beberapa minit saja, rusuhan besar-besaran berlaku hingga melarat ke 5 hari.

Stonewall Inn.

Insiden hitam kat Stonewall Inn jadi penggerak utama untuk badan elgibiti perjuangkan hak elgibiti kat AS. Kesannya, ribuan manusia berarak dari Stonewall Inn ke Central Park pada 1970. Obama pun khaskan kawasan rusuhan sekitar Stonewall Inn sebagai tugu negara, nak iktiraf sumbangan sumbangan ke hak elgibiti.

Meme setiap bulan pride

Pernah dengar “pink money”? Itu adalah kuasa beli komuniti elgibiti. Dengan populasi dari 5-10% dari populasi global, mereka mengeluarkan GDP $4.6 trilion, keempat terbesar di dunia. Dengan bulan pride, syarikat dapat sasarkan mereka sebagai pengguna utama.

Dalam buku Identity, Francis Fukuyama jelaskan bahawa demokrasi liberal kontemporari ni tak selesaikan masalah thymos. Thymos ni bahagian jiwa yang dambakan pengiktirafan. Isothymia adalah tuntutan untuk dihormati sebagai setara, megalothymia pula kemahuan untuk dilihat superior.

Meme bulan June 2.0.

Demokrasi liberal moden pula ada masalah amali dalam pengormatan setara untuk semua orang. Bila bangsa atau satu negara rasa tak dihormati, mengapikan lagi nasionalisme agresif. Isothymia, yang pada asalnya diguna untuk dilihat setara, boleh dipacu sampai ke megalothymia. Mengiktiraf semua setara juga mengenepikan golongan yang rasa (dan lihat diri sendiri) superior.

Pengisytiharan Kemerdekaan AS dah nyatakan “all men created equal”, tapi sejarah membuktikan perdebatan besar pasal “all men”. Whites tanpa harta, blacks, orang asal, wanita tak dikategorikan sebagai “all men” tu.

Kata Hegel, sejarah manusia dipacu oleh perjuangan demi pengiktirafan (struggle for recognition). Pengiktirafan sejagat dah dicabar lama dah dalam banyak bentuk; bangsa, agama, mazhab, etnik, jantina.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau abad ke-20 politik didominasi oleh isu ekonomi, abad ke-21 didominasi oleh isu identiti. Kiri lebih fokus pada kepentingan kumpulan yang dipinggirkan (imigran, wanita, elgibiti dll), kanan pula tengok diri sebagai patriot untuk jaga identiti nasional yang tradisional. Politik identiti di mana-mana adalah “struggle for the recognition of dignity”.

Dalam aspek thymos, kepercayaan kita ada sisi yang berhak untuk dihormati adalah elemen yang pacu “struggle for recognition”. Selagi golongan elgibiti berasa camni, selagi itu perjuangan diorang akan berterusan. “Struggle” seperti inilah yang akan membentuk dunia untuk dekad, abad selepas ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik UiTM yang minat untuk menulis. Juga membangunkan LamAlifBa sebagai blog ilmiah. Menolak untuk menjadi seorang idealis. Berminat dengan ilmu.

Comments are closed.