Napoleon Bonaparte dan Ad.olf H.i.tler (penulis akan gunakan nama Penguasa Jerman bagi menggantikan nama beliau atas dasar keselamatan), dua tokoh terkemuka ini dipisahkan oleh sejarah lebih dari 100 tahun lamanya, namun kedua-duanya menanam benih kejatuhan mereka dengan menye.rang negara yang sama. Namun, walaupun gagal, mungkin dua pencerob.ohan yang paling penting dalam sejarah ketenteraan moden ini telah mengubah keseimbangan kuasa di Eropah dengan ketara.
Napoleon Bonaparte, seorang lelaki yang akan mengubah sejarah Eropah selama-lamanya bukan sekadar dengan kemahiran ketenteraannya, tetapi dengan idea-idea rev.ol.usi Perancis yang tersebar di seluruh benua. Dan Si Penguasa Jerman, mungkin salah seorang tokoh bersejarah yang paling mengerikan di mana cita-citanya telah mengheret dunia ke dalam kancah pe.ra.ng yang menyaksikan kema.tian lebih dari 50 juta orang di seluruh dunia.
Napoleon dilahirkan di Corsica, sebuah pulau di luar pantai barat Itali. Hak pemilikan pulau itu telah berubah dalam beberapa tahun menjelang kelahiran Napoleon, pulau-pulau tersebut pada suatu masa dahulu merupakan sebahagian daripada Republik Genoa di Itali.
Semasa Napoleon dilahirkan, ia kemudian dimiliki oleh Perancis tetapi dia bukan seorang Perancis. Napoleon yang muda itu bahkan tidak boleh berbahasa Perancis, manakala majoriti penduduk pulau itu berbahasa Itali, dan dia harus mempelajarinya pada masa muda, namun dia akan menggunakan bahasa Perancis di sepanjang hayatnya dengan campuran loghat Corsica yang kuat.
Seperti Napoleon, Penguasa Jerman juga tidak pernah dilahirkan di negara yang akan menjadikan dia seorang pemerintah. Penguasa Jerman dilahirkan di Braunau, Austria tetapi tidak menghadapi kesukaran bahasa seperti yang dialami oleh Napoleon memandangkan Austria adalah sebuah negara yang berbahasa Jerman.
Di saat ketika kedua-duanya bangkit meraih kekuasaan, persamaan di antara mereka berdua amat mudah untuk ditemui. Penguasa Jerman mencetuskan Pe.ran.g Dunia Kedua pada tahun 1939 dan dengan pantas mencapai kemenangan melalui tentera Jermannya sehinggalah pada tahun 1941 dia menjadi pemerintah de facto di Eropah.
Pada zaman Napoleon, pe.rang rev.ol.usi berakhir dengan Perancis menjadi kuasa besar yang dominan di Eropah ketika Napoleon dengan penuh kemahiran membuka jalannya ke tampuk kekuasaan sehingga dia akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja Perancis dan, seperti Penguasa Jerman, sebagai pemerintah Eropah pada tahun 1812.
Satu-satunya negara yang menentang pemerintahan Penguasa Jerman dan Napoleon adalah Great Britain. Dilindungi oleh laut dan armada Tentera Laut Dirajanya, negara kepulauan yang kuat itu terbukti menjadi penghalang berterusan bagi kedua-dua pemimpin dalam mengejar kekuasaan mereka yang tidak pernah berakhir.
Pada tahun 1807, setelah kemenangan Perancis dalam pera.ng perikatan keempat, Napoleon telah mempesonakan Tsar Rusia sepenuhnya dan berjaya menandatangani perjanjian damai yang membawa kepada satu Perikatan di antara kedua-dua negara. Tujuan utama perikatan itu adalah agar Rusia menyertai ‘Continental System’, yang dirancang oleh Napoleon, ia berperanan sebagai satu solusi untuk mengalahkan British.
Continental System secara efektif menghentikan perdagangan mana-mana negara Eropah dengan Britain. Dengan kuasa besar seperti Rusia yang menyertai sistem ini, Napoleon berharap ia akan melemahkan Britain lebih jauh dan mendesak British untuk datang ke meja rundingan dengannya.
Tetapi perikatan dengan Napoleon, yang sebelum persekutuan itu wujud, pernah dianggap sebagai ‘Antichrist’(Dajjal jika menurut Islam) di Rusia, sangat tidak popular, akhirnya Tsar terpaksa mengalah kepada bangsawan Rusia dan kapal-kapal yang berkecuali mulai tiba di pelabuhan Rusia untuk perdagangan. Melihat Continental System sedang terancam, Napoleon sedar bahawa dia perlu campur tangan secara ketenteraan untuk mendesak Alexander.
Napoleon dan Penguasa Jerman memiliki tentera yang hebat dan kedua-duanya percaya bahawa tentera mereka adalah yang terbaik dalam Sejarah. Napoleon dianggarkan memiliki sejumlah kekuatan 670,000 tentera, manakala Penguasa Jerman 3,100,000. Tentera Perancis juga mempunyai 200,000 ekor kuda, 1,500 meria.m dan 25,000 kapal pengangkut pelbagai jenis. Operasi Barbarossa menampilkan sebanyak 3,350 kereta kebal, 2.000 pesawat penge.bom, 600.000 ekor kuda, 600.000 kenderaan dan artileri berat terdiri dari 7.500 meriam.
Sera.ngan Napoleon
Napoleon menyera.ng Rusia pada bulan Jun iaitu pada pertengahan musim panas di Rusia. Latar belakangnya adalah Rusia pada dasarnya tidak ambil serius tentang Continental System yang diusulkan Napoleon, dan era Napoleon bukanlah masa yang baik untuk diplomasi. Oleh itu, Napoleon menyeran.g dengan tentera terbesar yang pernah dilihat oleh Eropah, sekitar 600,000 orang.
Napoleon pada dasarnya mempraktikkan prinsip pertem.puran yang besar, atau pertem.puran pemus.nahan, di mana dia akan terlibat dalam suatu pertem.puran atau pertemp.uran yang akan menjadi sangat sengit sehingga ia mematahkan semangat musuhnya untuk berjuang. Dia sangat mahir dalam hal ini, dan telah memainkan peranan yang lebih baik dari satu dekad untuk menunjukkan kepada Eropah betapa besarnya perte.mp.uran yang dia (dan para marshalnya) boleh cetuskan.
Walau bagaimanapun, orang-orang Rusia telah biasa dengan permainan ini sebelum itu dan kepimpinan tentera mereka telah memenangkan Tsar. Oleh itu, mereka berundur dari Rusia Barat tanpa terlibat dalam pertembungan yang besar dan memerintahkan tentera mereka dan beberapa kumpulan Cossack untuk membumihanguskan tanah air mereka.
Kita harus perhatikan sejauh manakah Napoleon beroperasi pada masa ini dan juga fakta bahawa ini adalah era di mana benda yang paling cepat bergerak adalah manusia dengan kuda dan pengangkutan pula adalah gerabak dengan haiwan. 600,000 tentera memerlukan banyak makanan dan bekalan.
Walaupun dia telah mempersiapkan sumber bekalan lebih baik daripada kebiasaan dalam kempen ini, tentera Napoleon masih perlu bergantung kepada diri sendiri untuk mencari makanan, ia menjadi semakin sukar berikutan taktik bumi hangus yang dilakukan oleh Rusia dan tentangan penduduk awam setempat.
Napoleon mempunyai beberapa pilihan sekiranya dia menyedari apa yang dilakukan oleh orang Rusia. Dia boleh menyerah atau menarik diri. Dia boleh kembali untuk mengukuhkan kedudukannya dan membuat persiapan untuk kempen yang lebih panjang, mungkin menghabiskan musim sejuk di suatu tempat dan merancang untuk tahun kedua bagi kempen tersebut. Atau dia boleh berjudi dan mendesak Moscow, yang tentunya akan memaksa Rusia sama ada berte.mp.ur atau kehilangan maruah dan moral.
Sudah tentu dia memilih pilihan terakhir. Pada saat ini, tekanan juga diberikan kepada Rusia untuk berper.an.g, dengan Jeneral Kutuzov yang berusia 67 tahun diberi kuasa perintah. Kutuzov sebenarnya telah menganjurkan taktik pergeseran semasa perbincangan dalaman Tentara Rusia (sebenarnya, dia telah melakukannya selama bertahun-tahun tanpa gagal) tetapi setelah mendapat perintah, dia memahami bahawa perte.mp.uran tak boleh dielakkan.
Hasilnya adalah Perte.mpu.ran Borodino. Ini adalah gambaran semula kempen, dan per.an.g sudah lama berjalan, jadi penulis hanya akan meringkaskan saja. Napoleon menang, mengakibatkan kor.ban yang besar kepada musuh dan memaksa mereka untuk berundur, tetapi kemenangan itu hanyalah taktikal, tentera Rusia masih utuh dan mampu saja untuk terus berper.an.g.
Pada saat perte.mpu.ran yang genting, dengan seluruh sayap tentera Napoleon bertembung dengan semua sayap tentera Rusia, Napoleon menolak untuk mengerahkan pasukan simpanan elitnya, iaitu pasukan Pengawal Diraja, yang mungkin akan mampu menghancurkan Tentera Rusia yang pada waktu itu sedang komited sepenuhnya.
Napoleon kini memiliki Moscow, tetapi sekali lagi mereka menghadapi taktik bumihangus, Rusia sebahagian besarnya telah mengosongkan, membakar, dan memus.nahkan sumber-sumber di kota itu sendiri. Napoleon tinggal di Moscow selama beberapa minggu untuk menilai kedudukannya dan menunggu persidangan dengan Tsar. Namun, dengan segera ia semakin jelas bahawa kedudukan Rusia masih cukup kuat bagi Tsar untuk terus berper.ang.
Lebih penting lagi, tentera Napoleon telah mengalami kor.ban yang besar, bukan hanya dari Borodino, tetapi dari eksepdisi menuju ke timur itu sendiri. Dia berada jauh di dalam wilayah musuh, dengan saluran bekalan yang rapuh ke depot baratnya dan pasukannya sedang merosot di sebuah kota yang kosong.
Napoleon pada dasarnya terpaksa berundur, dia berharap dapat pergi ke kota yang lebih barat dengan saluran bekalan yang lebih baik di mana dia dapat menghadapi musim sejuk dan mungkin berlanjutan hingga ke musim bunga. Oleh itu, dia ber.angkat pada bulan Oktober, dan di sinilah kesejukan, kekurangan makanan (dia menjejaki tanah yang tandus lagi), dan wabak tifus melanda angkatan tenteranya.
Musim sejuk tidak mengalahkan Napoleon, ini tentunya tidak adil bagi Rusia, baik komander mahupun rakyat biasa cenderung untuk menafikan kredit di atas kemenangan mereka yang mahal ini. Tetapi itu pengakhiran kepada kempen Napoleon, keyakinannya, dan kemungkinan empayarnya. Napoleon akan terus berjuang dan sering meraih kemenangan, tetapi ini adalah satu kekalahan yang besar.
Satu perkara yang harus diperhatikan adalah bahawa di saat dia boleh menggantikan kehilangan anggota tenteranya, dia sering menghadapi masalah untuk menampung kehilangan kuda-kuda per.ang, yang kadang-kadang menyebabkan dia bermasalah dalam mengejar musuh yang dikalahkan (pasukan berkuda digunakan untuk menghabisi pasukan musuh yang kalah).
Ser.angan Penguasa Jerman
Baiklah, bagaimana dengan Jerman? Ya, Jerman juga menyer.an.g Kesatuan Soviet pada bulan Jun. Nampak persamaan corak di sini? Bulan Jun masih musim panas, perubahan iklim belum mengubah peredaran musim ketika ini. Walaupun begitu, secara jujurnya penulis percaya kesilapan perhitungan Jerman lebih berasas daripada Napoleon.
Penguasa Jerman amat cenderung dalam pera.n.g penak.lukan yang sesuai dengan ideologi ketuanan perkaumannya, dia yakin bahawa dia adalah seorang genius ketenteraan yang mampu memimpin orang Jerman yang unggul secara semula jadi menuju kemenangan. Politik NAZl Jerman ketika itu menghalang perbezaan pendapat dan perancangan ketenteraan yang berkesan.
Menyera.n.g pada bulan Jun selalunya lebih optimum bukan hanya kerana musim panas, tetapi kerana ianya berlaku di antara musim hujan dan musim luruh (yang menghasilkan tanah berlumpur). Namun, masih ada terlalu banyak lumpur di tanah ketika pasukan Jerman mula bergerak. Ini merosakkan kenderaan bermotor, kereta kebal atau trak. Terdapat beberapa titik perubahan penting dari pencero.bohan sebelumnya, iaitu laluan kereta api dan radio memberikan komunikasi dan logistik yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, Soviet menggunakan ukuran landasan yang berbeza daripada Jerman, beberapa wilayah (negara Kesatuan Soviet bukan hanya Rusia) mempunyai sambungan rangkaian kereta api yang teruk pada permulaannya, dan Tentera Merah merosakkan laluan apabila mereka berundur. Sebilangan wilayah menyambut baik kehadiran Jerman (antaranya Ukraine, walaupun kemudian mereka menyesal kerana ideologi perkauman), tetapi kebanyakannya, termasuk Rusia melihat ini sebagai waktu yang tepat untuk melancarkan penentangan yang patriotik.
Jerman memang menguasai sejumlah wilayah dengan sangat pantas dan kedudukan Soviet sama sekali tidak menentu, tetapi Jerman masih memandang rendah cabaran yang ada di hadapan mereka. Sudah terang lagi bersuluh, situasi logistik Jerman bermasalah, dan akan menyebabkan mereka mendapat masalah besar memandangkan garis dalaman mereka terlalu melebihi had dan lemah dalam menentang Tentera Merah yang bergerak dengan lebih mudah dan pantas.
Kita fokus pada Pusat Berkelompok Tentera, walaupun masalah yang mendasar sudah biasa wujud di seluruh sayap, ini merupakan salah satu masalah yang menarik, contohnya Perte.mpu.ran Moscow. Tentera Jerman menanggung sekitar setengah juta ko.rba.n di saat mereka tiba di Moscow pada bulan Oktober. Dalam dua minggu akan datang mereka akan kehilangan 50,000 orang lagi dalam Operation Typhoon (Pertem.puran Moscow) sahaja, tidak termasuk kumpulan tentera lain dan operasi di Medan Timur.
Tentera simpanan hanya dapat menggantikan sekitar 380,000 orang, menampung kekurangan besar buat seketika. Tetapi selain askar, Jerman juga berterusan melakukan kesilapan dari segi logistik dan operasi. Mereka menghabiskan terlalu banyak sumber makanan dan bahan bakar daripada apa yang mereka jangkakan dengan faktor sehingga 50%. Menjelang Disember, sebahagian besar kereta kebal yang dikerahkan ke Moscow tidak lagi dapat digunakan sama ada kerana cuaca dan pertem.puran.
Mereka kehilangan trak dan kenderaan pengangkut bekalan dan terlalu sedikit kereta api yang boleh bergerak. Apa yang lebih penting lagi, mereka masih lagi terikat dalam pertem.puran dengan Tentera Merah, sehingga mereka terpaksa diberi pilihan antara peluru dan pakaian tebal untuk musim sejuk, jeneral Jerman lebih memilih peluru (walaupun peluru masih tetap tidak mencukupi).
Kita juga harus mengulas mengenai Tentera Merah. Secara strategiknya, Moscow tidak berjaya tetapi tidak juga tewas, mereka tidak perlu bertahan, tetapi mereka tetap memilih bertahan juga, bermakna idea bahawa Tentera Merah berada dalam posisi berjuang atau ma.ti adalah masih relevan. Ia mempunyai kepentingan strategik dari segi landasan kereta api, tetapi tidak sama seperti Perte.mpu.ran Borodino demi Tsar pada zaman Napoleon, kerana mereka terus berjuang.
Tentera Merah telah mengalami ko.rba.n yang besar pada saat ini dan merosot akibat kor pegawainya yang dibersihkan, tetapi mereka berkumpul kembali, terutamanya ketika Marsyal Zhukov dilantik untuk mengetuai barisan pertahanan Moscow. Penduduk Moscow yang kebanyakan dari mereka adalah kaum wanita, akan menggali parit dan membina kubu pertahanan lapangan untuk memantau sebarang kehadiran ke kota dan berbagai titik di barisan hadapan.
Jerman kehilangan tenaga, dan beranggapan bahawa Tentera Merah hampir runtuh, tetapi bukan itu yang berlaku. Soviet masih berte.mpu.r dan yang lebih penting, masih mampu mengerah dan mengatur strategi. Di sepanjang Operasi Barbarossa berjalan, mereka mengerah lebih dari satu juta orang menjadi puluhan angkatan tentera yang baru. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mereka ini adalah kerahan paksaan dari setiap golongan, ini sebenarnya tidak berlaku. Ya, memang ada beberapa kerahan tentera yang baru dilatih, tetapi tetap ada tentera regular dipindahkan dari Timur dan Siberia.
Kelebihan yang mereka ada dalam mengendalikan bahan mentah dengan mudah dimanfaatkan sebagai kilang persen.jataan di timur Ural dan mula meningkatkan hasil pengeluaran untuk menyokong pasukan tentera. Semua sumber dan penambahbaikan ini akan dimainkan kerana Soviet bukan sahaja mempertahankan Moscow, tetapi menyera.n.g balas.
Rumusan
Rusia sudah tentu bukanlah gergasi yang tidak akan dikalahkan dalam hal pepera.ngan, tetapi pencero.bohan ke atas mereka itu sendiri yang sering menghadapi banyak masalah. Jarak dan bentuk muka bumi yang terlibat sering menyukarkan pergerakan logistik. Mereka juga mempunyai ramai komander dan tentera yang sangat baik. Menjaga sumber bekalan dan kestabilan moral semestinya sukar, memperbesar kesan penolakan pera.ng asimetri. Dan ya, musim sejuk adalah faktor utama yang memeningkan kepala pencer.oboh.
Napoleon dan Penguasa Jerman mempunyai beberapa masalah yang serupa dan berbeza. Persamaan yang paling umum adalah tekad mereka untuk melancarkan kempen sejauh ke wilayah Rusia dalam kempen yang baru berjalan satu musim. Mereka tidak mengambil masa untuk menggabungkan kelebihan yang mereka ada kerana faktor politik. Mereka tidak mengambil kira kepentingan faktor logistik dalam kempen mereka yang mengakibatkan mereka mengalami kemerosotan teruk.
Kedua-duanya melakukan kesalahan semasa menentang tentera Rusia, tetapi ianya adalah bentuk kesalahan yang berbeza, dan Rusia berjaya memanfaatkan kedua-dua kes tersebut. Napoleon tidak merancang taktik bumi hangus dan berjudi untuk terus mara tanpa keperluan logistik yang tepat (yang mungkin tetap mustahil terlaksana jika dia mahu sekali pun).
Walaupun akhirnya dia tetap dikenang kerana memenangi pertemp.uran melawan Rusia, itu bukanlah kemenangan sebenar yang dia harapkan, yang bermaksud dia gagal dalam objektif secara keseluruhannya, dan terpaksa berundur secara besar-besaran. Namun dia tetap bertanggungjawab membawa idea Rev.olusi Perancis ke seluruh Eropah
Manakala kelenturan ideologi Jerman sangat membataskan perancangan per.an.g, dan kesalahan kritikal dilakukan pada tahap strategik, logistik dan politik kerana ketidakcekapan dan rasa keyakinan yang berlebihan. Namun Penguasa Jerman melakukan usaha pencer.obohan yang ketara dan mencapai tahap yang boleh ‘dibanggakan’ walaupun tewas kerana dia telah menghapuskan 13% populasi rakyat Soviet secara langsung dan tidak langsung.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya ternyata gagal dalam konteks ‘menceroboh ketika musim sejuk’. Dalam sejarah, hanya Empayar Mongol saja yang berjaya menak.luki Rusia melalui seran.gan semasa musim sejuk.
RUJUKAN:
Austin, Paul Britten (1996). 1812: The Great Retreat. Greenhill Pr.
Zamoyski, Adam (2004). Moscow 1812: Napoleon’s Fatal March. London: HarperCollins.
Cooper, Matthew (1984). The German Army, 1933–1945: Its Political and Military Failure. New York: Bonanza Books.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih