Pernahkah anda terfikir tentang bagaimana seorang suami yang mencurangi isterinya boleh bertindak untuk membeli hadiah istimewa seperti rantai emas atau membawa isterinya melancong ke luar negara? Atau bagaimana seorang ayah yang mempunyai kurang waktu bersama anak-anak akan cenderung untuk membeli pelbagai mainan dan hadiah untuk anaknya? Atau mungkin anda pernah terfikir bagaimana seorang teman wanita yang mendera teman lelakinya seringkali memujuk kembali teman lelakinya dengan romantis sekali?
Menurut Sigmund Freud, dalam teorinya iaitu Teori Psikoanalitik, tindakan itu dikenali sebagai “Ritual and Undoing’. Ianya adalah salah satu cara manusia untuk mempertahankan egonya, atau juga dikenali sebagai ‘Defense Mechanism’.
‘Defense Mechanism’ ialah tindakan manusia untuk melarikan diri mereka daripada sesuatu kejadian, perbuatan mahupun pemikiran yang tidak diingini. Ia terbahagi kepada lebih 12 cara menurut Sigmund Freud, termasuklah ‘Ritual and Undoing’. Sebagai manusia normal, kita sering menggunakan defense mechanism ini dalam kehidupan seharian secara tidak sedar, hal ini bertujuan untuk membuang perasaan bersalah, gelisah, keresahan, ketakutan, kesakitan dan perasaan lain yang tidak menyenangkan.
Berbalik pada kisah seorang suami yang mencurangi isterinya, lalu si suami membeli hadiah buat si isteri. Secara psikologinya, dapat kita lihat disini bahawa tindakan yang dibuat oleh suami tersebut adalah satu cara untuknya membuang perasaan bersalah yang dirasai. Oleh sebab itu, suami tersebut menutup kesalahannya dengan membeli hadiah buat si isteri. Dengan cara ini, suami tersebut akan merasa lega.
Sama kesnya apabila kita tidak sengaja terlanggar seseorang di sebuah pasaraya, secara tidak sedar kita akan terus mengucapkan kata maaf sebagai tanda kita menyesali perbuatan tersebut. Cara ‘Ritual and Undoing’ ini dapat menghilangkan perasaan bersalah dan resah yang dialami. Yang lebih menariknya, ianya adalah sesuatu yang normal dan semulajadi sebagai seorang manusia. Tindakan itu adalah salah satu cara manusia untuk mengundur kembali sesuatu tindakan yang tidak disenangi dengan cara menutupinya dengan perbuatan lain yang positif.
Kesimpulannya, ‘Defense Mechanism’ ini ialah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia untuk menjaga kestabilan emosi dan membentuk personaliti yang baik. Namun, seperti yang kita tahu, ianya sering digunakan secara tidak sedar. Oleh itu, menjadi satu kewajipan untuk kita belajar cara mengawalnya dengan baik kerana apabila ‘Defense Mechanism’ digunakan secara tidak sihat, ianya akan membawa kepada pelbagai kemungkinan seperti menjauhkan diri kita daripada berhadapan dengan realiti dan juga menjadi salah satu cara untuk menipu diri sendiri.
Artikel dikirimkan oleh Izzah Z untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih