Apabila berbicara mengenai Starbucks ianya merupakan kedai kopi paling masyhur di dunia. Di Malaysia sahaja, Starbucks menjadi lambang status sosial seseorang insan dengan mempamerkannya melalui media sosial.

Tahukah anda bahawa Starbucks merupakan francais kedai kopi paling terkenal di dunia dan mempunyai lebih daripada 28,000 cawangan di 76 buah negara.

Namun begitu, ramai tidak tahu Starbucks mengalami kegagalan di Australia. Berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan francais Starbucks di Australia.

 1. Pertumbuhan Yang Terlalu Pesat

Starbucks China dikatakan membuka cawangan baru setiap 15 jam. Ianya merupakan bukti bahawa francais Starbucks ini mendapat sambutan hangat di pelbagai negara.

Namun, nasib tidak menyebelahi Starbucks Australia apabila terpaksa menutup sebahagian cawangan mereka.

Pada Julai 2000, Starbucks membuka cawangan pertama mereka di Sydney dan semenjak itu francais tersebut terus berkembang dengan begitu pantas.

Sejak tahun 2000 sehingga 2008, Starbucks Australia dikatakan telah membuka sebanyak 87 cawangan.

Kehadiran Starbucks di Australia yang begitu pesat dan mudah didapatkan didakwa menjadi punca kegagalan premis ini untuk terus bertahan.

Pembukaan cawangan baru di pelbagai lokasi membuatkan Starbucks kurang bernilai di mata masyarakat Australia.

Strategi pembukaan begitu banyak Starbucks akhirnya memakan diri apabila rakyat Australia tidak peduli dengan kebanjiran premis itu.

Malahan ketika kebanyakan cawangan Starbucks ditutup, rakyat Australia hanya hidup seperti biasa tanpa adanya demontrasi ataupun rapat umum.

2. Rugi dan terpaksa membuat pinjaman

Sepanjang tahun 2000 sehingga 2007 Starbucks bertapak di Australia, pihak pengurusan Starbucks Australia mengalami kerugian sebanyak RM426 juta.

Pada ketika itu, pengurusan Starbucks Australia berada dalam situasi sukar di mana pihak mereka terpaksa membuat pinjaman dari Amerika Syarikat sebanyak RM220 juta.

Oleh kerana situasi tersebut, Starbucks terpaksa menutup 61 cawangan mereka di seluruh Australia.

Walaupun francais besar Starbucks ini mendapat sambutan meluas di pelbagai negara lain tetapi ternyata Starbucks tidak mampu menarik minat warga Australia.

3. Kepelbagaian pilihan kopi tempatan Australia

Australia adalah sebuah negara yang merupakan antara pasaran kopi terbesar di dunia. Dianggarkan juga pendapatan daripada industri ini mencecah nilai RM24 billion pada tahun 2018 sahaja.

Sememangnya industri kopi di Australia tidak asing lagi kerana ianya telah bermula sejak tahun 1930. Hal ini kerana migran yang datang dari Eropah telah membawa perubahan dan banyak pengaruh kepada budaya kopi Australia.

Hal ini dapat dilihat apabila, migran dari Itali dan Greece telah membawa masuk budaya kafe serta memperkenalkan espresso kepada penduduk Australia.

Kafe ini menjadi tempat untuk bertemu dan bersantai bersama rakan-rakan serta mengenali barista tempatan.

Rakyat Australia lebih menggemari kopi flat white dan Australia macchiato iaitu merupakan menu istimewa mereka selepas daripada kedatangan migran dari Eropah.

Dua menu ini menjadi pilihan rakyat Australia dan boleh didapatkan di pelbagai café tempatan.

Starbucks mengetengahkan budaya kopi Amerika Syarikat yang menjadikan kopi sebagai satu komoditi. Di mana Starbucks mempunyai menu asas dan menawarkan minuman yang tinggi gula.

Hal ini tidak digemari oleh rakyat Australia yang lebih meminati kopi yang bertentangan dengan ciri kopi dari Amerika.

Beberapa faktor ini berjaya menyumbang kepada penutupan 61 cawangan Starbucks di Australia.

Dapat dirumuskan bahawasanya biarpun sesebuah perniagaan itu miliki nama besar tetapi strategi dan kuasa beli itu amat penting bagi memastikan perniagaan tersebut terus mandiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.