Anda pernah tak tengok Sphnix Agung Giza? Bukan yang di Sunway tu, tapi yang di Giza punya. Perasan tak yang tu takde hidung?
Eh, haah la. Baru nampak takde hidung. Kenapa eh?
Sebelum kita cari tahu macam mana hilangnya hidung Sphnix ni, saya nak cerita macam mana ia dibina.
Sphnix ni dibina semasa zaman pemerintahan Firaun Khafre. Firaun Khafre ni ialah anak kepada Firaun Khufu yang membina Piramid Agung Giza.
Para sejarawan umumnya setuju bahawa Sphinx Agung Giza dibuat untuk Firaun Khafre sekitar tahun 2603-2578 SM.
Khafre kemudiannya turut meneruskan tradisi membina piramidnya sendiri tetapi yang sedikit lebih kecil berbanding ayahandanya.
Balik kepada Sphnix, Sphnix Agung Giza ni sebenarnya pernah dicat warna cerah. Sisa-sisa pigmen merah, kuning, dan biru menunjukkan Sphinx ni pernah dicat dalam warna cerah.
Sphinx ni sebenarnya ialah makhluk mitos yang penting dalam tamadun Mesir. Di era Mesir Purba, Sphinx dianggap sebagai penjaga roh dan kebanyakannya digambarkan sebagai lelaki.
Sphnix digambarkan memakai mahkota firaun serupa macam Sphinx Agung Giza tu. Sebenarnya Sphnix banyak diletakkan di dalam kompleks kuil dan kubur. Cumanya, yang paling besar dapat kita lihat semestinya Sphnix Agung Giza.
Balik kepada persoalan asal kita, siapa yang hilangkan hidung Sphnix ni?
Ada beberapa cerita teori yang menjelaskan kenapa hidung Sphinx Agung Giza ni hilang. Salah satu cerita yang paling femes ialah hidung Sphinx patah disebabkan tembakan meriam dari pasukan Napoleon Bonaparte.
Tapi, Kapten Angkatan Laut Denmark dan penjelajah Frederic Louis Norden pernah lukis Sphinx ni memang takde hidung. Anehnya lukisan ni dibuat pada pertengahan abad ke-18, jauh sebelum tentera Napoleon menyerang Mesir. Jadi, teori Napoleon ni kita boleh tolak terus.
Sejarawan Arab abad ke-15, al-Maqrīzi pun pernah tulis pasal hidung Sphnix ni. Menurutnya, Muhammad Sa’im al-Dahr, seorang Muslim Sufi ialah dalang disebalik kerosakan hidung Sphinx Agung Giza.
Sekitar tahun 1378, Sa’im al-Dahr berjumpa petani sekitar yang mempersembahkan korban kepada Sphinx agar mendapat hasil pertanian yang baik.
Sa’im al-Dahr pun tak setuju lah dengan tindakan syirik petani tu, terus Sa’im al-Dahr rosakkan Sphnix. Masyarakat setempat waktu tu percaya tindakan Sa’im mendatangkan kemurkaan dewa.
Sejak dari itu, kompleks piramid Giza dan Sphnix tertimbus dengan pasir akibat ribut pasir yang kerap berlaku di sekitar Giza.
Tapi, ahli arkeologi Mark Lehner yang membuat kajian berkenaan Sphnix menyimpulkan yang hidungnya sengaja dipatahkan antara abad ke-3 dan ke-10 Masihi. Lah, mana satu yang betul ni?
Hingga kini, keberadaan hidung Sphinx Agung Giza masih menjadi misteri, sama seperti siapa yang menjadi dalang atas kehilangannya.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih