Kita semua tahu bahawasanya hampir keseluruhan aspek perniagaan dikuasai oleh taiku-taikun besar yang digelar sebagai chaebol.
Hal ini membuatkan syarikat-syarikat kecil Korea termasuklah perusahaan kecil dan sedarhana (SME) sukar untuk bertahan.
Malah ianya mengundang kritikan beberapa pihak apabila chaebol seolah-olah tidak mahu SME berdiri sama tinggi dengan mereka.
Situasi ini lantas semakin menjauhkan jurang antara chaebol dan SME terutama dalam aktiviti eksport.
Bayangkan chaebol masih lagi menguasai 70% eksport barangan Korea ke pasaran antarabangsa.
Semuanya bermula apabila chaebol ini diberikan modal oleh pihak pemerintah bagi membaik pulih ekonomi Korea Selatan.
Perkembangan terlalu pesat chaebol pada awalnya memberikan kesan yang baik kepada ekonomi tetapi selepas itu membunuh terus SME.
Perkara itu seolah-olah sukar diatasi apabila chaebol menguasai hampir keseluruhan ekonomi Korea Selatan. Samsung sahaja menguasai lebih 20 peratus nilai eksport Korea Selatan keluar negara.
Monopoli chaebol tidak menganggu gugat SME untuk menyediakan lebih 80 peratus peluang pekerjaan kepada rakyat Korea.
Walau bagaimanapun, SME sangat sukar untuk bersaing dibeberapa sektor yang dikuasai oleh Chaebol kerana kurang mendapat keuntungan.
SME juga tidak mampu melawan peperangan harga yang dimainkan oleh chaebol dimana mereka mampu menjual sesebuah produk dengan murah.
Manakala, SME perlu mengambil kira segala kos untuk menetapkan harga. Jadi walaupun chaebol menjana keuntungan besar, ianya terus membunuh kerana SME tidak mampu tawarkan harga yang sama seperti chaebol.
Dalam hal ini Korea Selatan perlu campur tangan bagi memastikan ekonomi negara senantiasa stabil. Perkara ini pula sangat sukar untuk terjadi kerana kebanyakkan chaebol sangat rapat dengan sang pemerintah.
Chaebol juga boleh lakukan kerjasama dengan SME untuk memberikan projek kepada mereka.
Namun ianya dibimbang Chaebol akan mengambil kesempatan dengan menawarkan harga agak murah kepada SME untuk menguruskan projek. Senang cerita SME sangat tersepit di Korea dan dibimbangi akan terus lumpuh.
Situasi ini diburukkan lagi dengan kehadiran Covid-19 kerana SME adalah syarikat yang paling terkesan.
Perkenalan norma baharu seperti penjarakan sosial dan penutupan premis lebih awal membuatkan SME semakin sukar mendapatkan keuntungan.
Apa yang boleh dibuat oleh SME adalah dengan menjual produk ataupun menyediakan perkhidmatan dengan potongan harga. Ianya dibuat bagi memastikan SME tidak rugi besar dan wang modal dapat dikembalikan.
Persoalannya, apa akan jadi kepada SME Korea? Hampir setiap hari mereka dihimpit oleh chaebol yang mendominasi ekonomi Korea.
Ditambah lagi dengan kehadiran Covid-19 yang terus memusnahkan kemandirian SME. Mungkin pihak pemerintah Korea Selatan boleh memberikan bantuan sewajarnya dan mendesak para chaebol memberikan sedikit ruang kepada SME.
Namun, chaebol terlalu berkuasa di Korea Selatan dan kalau tidak berpihak kepada mereka kelak binasa badan.
Artikel juga boleh dibaca di lama dan portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih