Dalam bahasa yang mudah, Singapura sekarang sedang kepanikan. Walaupun kadar penularan (virulent rate) koronavirus (2019-nCoV) sedang berkurangan Singapura masih lagi berada di tempat ketiga di belakang Jepun (89) dan China (34,610).

Hanya 40 orang sahaja yang disahkan positif 2019-nCoV. Namun negara jiran ini telah mengasaskan suatu tindakan bersistem bernama Disease Outbreak Rseponse System Condition (DORSCON) semasa berdepan dengan SARS pada tahun 2003.

Dan kerajaan Lee Hsien Loong telah menganjakkan piawaian DORSCON daripada Kuning ke Jingga (Mohan & Jalelah, 2020). Kalau Lee Kuan Yew mengasaskan sistem ini lebih awal, penularan SARS akan diklasifikasikan sebagai Jingga juga.

Dibawah DORSCON Jingga, 2019-nCoV disahkan mudah merebak antara-orang tetapi masih belum menelan Singapura. Impaknya kepada masyarakat Singapura ialah kawalan lebih ketat yang memungkinkan kuarantin, imbasan suhu badan dan apa-apa yang Singapura rasa sesuai.

Dan DORSCON-Jingga ialah selangkah lagi daripada Merah yang bermaksud 2019-nCoV telah merebak dengan serius yang mewajibkan penutupan sekolah dan pejabat. Ia diisytiharkan selepas tiga kes baharu timbul yang tidak diketahui asal usulnya dan DUA daripadanya menamakan Malaysia negara terakhir dikunjungi (Ai-Len & Khalik 2020). Kerajaan juga telah melarang sebarang aktiviti selepas sekolah tetapi kurikulum masih berterusan kerana kerajaan takut jika pelajar-pelajar usia remaja keluar rumah (Goh, 2020)

Jadi apabila kerajaan melompatkan kadar kesedaran penularan daripada Hijau ke Jingga, rakyat boleh lagi menganggap peny4kit ini normal. Namun memandangkan DORSCON-Jingga telah diisytiharkan, apa yang akan berlaku agaknya?

Panik.

Dengan begitu pantas masyarakat Singapura membuat tindakan persediaan terhadap kebarangkalian DORSCON-Merah. Mereka membanjiri pasaraya-pasaraya besar untuk mengumpulkan bekalan makanan.

Biskut, mee segera dan kopi merupakan antara makanan paling laris di Singapura. Apa-apa makanan yang lanjut tarikh luput disebat tanpa fikir panjang.

Jelas sekali makanan yang dipilih dalam tin mudah dimasak untuk digaulkan dengan nasi putih. Tidak dilupakan iaitu keperluan sanitasi seperti syampu dan tisu tandas.

Ada yang sampai tingga satu paket sahaja.

Gambar ini dipetik terus dari sumber.
Kami TIDAK bersetuju dengan kapsyen di atas.

Malah rak-rak minuman ker4s pun dis3rbu juga.

Memandangkan rakyat Singapura tidak pasti berapa lama kerajaan perlu ambil untuk menvmb4ngkan 2019-nCoV, macam-macam perkara perlu disediakan. Keperluan makanan selesai. Tidak pelik jika setiap rumah sudahpun tersedia dengan mesin-mesin penapis air. Jadi keperluan air bersih pun selesai, apatah lagi keperluan sanitasi.

Namun satu keperluan lagi yang masih belum disebut. Alat pencegah kehamilan pun diborong habis juga.

Mungkin daripada perspektif jauh, ini merupakan sifat kiasu dan seolah-olah takut sangat dengan kem4tian. Namun perlu ingat Malaysia pun berdepan juga dengan 2019-nCoV yang disahkan berada dalam 16 tubuh.

Warganegara Malaysia pertama yang positif telah berhubung dengan 74 orang. Sampel daripada 35 daripadanya telah diambil (Bernama, 2020). Bersorak atau berlaku prejudis terhadap jiran sekangkang kera antara Selat Johor boleh mendatangkan padah juga.

Buat masa sekarang Singapura masih belum berdepan dengan gangguan bekalan. Namun pembelian panik yang dibuat jika berterusan bakal menunjukkan kesan jua, sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat (gangguan bekalan petrol) dan Qatar (pertelingkahan diplomasi Saudi) masing-masing pada tahun 2016 dan 2017. Jika kedua-dua ini tidak cukup untuk melanjutkan sentimen kecem4san, tahun 2008 wajar diambil contoh.

Pada masa itu Barack Obama disahkan memenangi pilihanraya. Dan ramai dalam kalangan rakyat membeli senj4t4 api atas persepsi Republican yang mengatakan Obama akan melarang jualan.

Dalam situasi ini, tidak salah jika Malaysia panjangkan doa kepada Singapura. Di sana terdapat 5.612 juta orang yang 15% ialah Melayu Islam. Selebihnya juga berupaya untuk menjadi pengantara yang membawa 2019-nCoV ke Malaysia.

RUJUKAN:

Ai-Len, C. & Khalik, S. (2020, February 7). Coronavirus: Singapore ups outbreak alert to orange as more cases surface with no known links; more measures in force. Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/coronavirus-outbreak-alert-upped-to-orange-as-more-cases-surface-with-no-known-links-more

Bernama. (2020, February 5). 74 people identified for having contact with first Malaysian 2019-nCoV patient. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/02/562868/74-people-identified-having-contact-first-malaysian-2019-ncov-patient

Goh, T. (2020, February 7). Coronavirus: No need to suspend school, says Ong Ye Kung, after some parents express concern about children’s safety. Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/health/coronavirus-all-external-and-inter-school-activities-suspended-till-end-of-march

Mohan, M. & Jalelah, A.B. (2020, February 7). Coronavirus outbreak: Singapore raises DORSCON level to Orange; schools to suspend inter-school, external activities. Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/wuhan-coronavirus-dorscon-orange-singapore-risk-assessment-12405180

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.