1. Pertama, angka 75 peratus yang dipersembahkan oleh kerajaan Singapura adalah meliputi salah satu daripadanya ialah industri pelancongan dan penerbangan memandangkan industri perlancongan Singapuralah paling terjejas teruk selepas berbillion pelaburan yang diperbuat oleh kerajaan.
2. Kedua, angka yang lebih tepat ialah daripada 25 peratus sehingga ke 75 peratus bergantung kepada sektor-sektor terpilih sahaja, bukan semuanya semua sektor. Maaf kasar, kenapa ye geng-geng macam ni suka sangat bawak fakta half-truth gini? Munafik atau jahil?
3. Ketiga, Malaysia sebenarnya cover SME-SME di Malaysia pada kadar 15-50% tidak kira datang daripada sektor-sektor apa apa pun macam Singapura. Kenapa tak bawakan fakta ni? Kenapa sengaja hidangkan fakta separuh masak macam ni macha? Itu tak kira lagi dengan segala jenis pinjaman-pinjaman kredit yang kerajaan sekarang dah sediakan untuk SME.
4. GST di Singapura mencecah 7 peratus tau. Itu pun pelan nak naikkan jadi 9 peratus dalam beberapa tahun ni. Kita di Malaysia baru sahaja menghapuskan GST, dan tahu tak berapa besar pendapatan GST yang negara kita hilang? RM21 bilion sahaja hilang masa tahun 2018 sahaja tau macha. Tu tak pilih angka 2019 dan 2020 lagi macha macha sebab 2018 tu kita sempat ber-GST selama 4 bulan awal. Berapa puluhhh billiunnnn pendapatan negara hilang pada tahun seterusnya bila takde GST?
5. Malaysia kembali menjadi negara yang bergantung pada sektor minyak dia masing-masing tau bila kerajaan hapuskan GST. Tahu tak betapa bergantungnya kita pada minyak, tahun lepas sahaja kita dah jarah RM82 bilion daripada Petronas? Dengan harga minyak yang tengah jatuh menjunam macam air terjun, apa nasib Malaysia bila GST takde?
6. Dengan keadaan yang macam tu pun, kerajaan bagi RM1600, RM 800, RM 500, diskaun bil api, tanggung sewa PPR dan Flat selama 6 bulan dan banyak lagi angka-angka serta pelbagai faedah yang kerajaan dok bagi sekarang. Tak bersyukur ke macha lepas kita dah jarah kekayaan negara, jual aset kita merata-rata, pi kasi hapus GST, tapi kita masih dapat JAUHHHH lebih banyak berbanding kebanyakan kawasan di dunia.
7. Lain kali tengoklah populasi jugak macha. Singapura tu dalam 5.6 Juta jer rakyat dia manakala Malaysia pulak 31 Juta. Tapi saiz KDNK kedua-dua negara ni takde banyak beza. KDNK kita ialah dalam sekitar 365.30 billion USD untuk 2019 ni manakala Singapura pulak 372.807 billion USD pada tahun 2019. Angka KDNK sama, tapi populasi berbeza. Kalau rakyat Malaysia 5 juta macam Singapore, nescaya kita dapat lebih tau!
9. Macha bayangkan dua buah negara dengan populasi berbeza, dengan sumber pendapatan stabil macam GST dan yang tak stabil macam Malaysia yang kembali bergantung pada minyak semata-mata, rasanya adil tak perbandingan ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih