Kita sememangnya terbiasa mendengar perkataan Siam Perut Hijau terutamanya bagi masyarakat Melayu di Kedah yang menggambarkan keganasan dan kejahatan orang Siam yang telah membunuh orang Melayu ketika Perang Musuh Bisik (1821-1838). Sebenarnya, nenek moyang Melayu di Kedah tidak salah menggunakan perkataan tersebut kerana Perut Hijau yang dimaksudkan ialah tatu yantra yang dicacah pada badan askar-askar Siam yang mempunyai unsur mistik dan ilmu kebal yang disifatkan berunsur syirik dan pemujaan syaitan oleh masyarakat Islam.

Persoalannya, adakah Siam sahaja mendapat gelaran tersebut?, Menurut pembacaan penulis sendiri, orang-orang Siam turut menggelar negeri-negeri jiran mereka seperti orang-orang Tai Lanna di utara Siam sebagai Kaum Perut Hitam atau Phung Dam, dan kerajaan-kerajaan kecil Lanna seperti Chiang Mai, Phrae, Lampang dan sebagainya turut digelar sebagai Negeri-Negeri Perut Hitam. Manakala orang-orang Tai Isan di barat laut Siam pula digelar sebagai Kaum Perut Putih atau disebut Phung Kao. Nama-nama Perut Hitam dan Perut Putih digelar sedemikian bersempena dengan warna tatu yantra yang dicacah pada bahagian perut kaum mereka.

Tatu yantra atau sak yant ialah sejenis tatu tradisional yang berasal dari Kemboja dan tersebar ke Siam, Laos dan Myanmar. Dipercayai mempunyai unsur mistik, dan perlindungan yang kuat, sering dikaitkan dengan ajaran Buddhisme Theravāda dan kepercayaan animisme tempatan. Tatu ini diukir menggunakan jarum khas atau batang logam tajam oleh sami Buddha atau Ajarn yang telah menjalani latihan tertentu. Motifnya terdiri daripada mantra suci (Khata), imej dewa, haiwan mitologi, dan simbol-simbol suci.

Antara reka bentuk terkenal ialah unalom, ong phra, dan paet-thit . Orang yang mempunyai sak yant percaya ia memberikan perlindungan, kekuatan, dan keberuntungan. Namun, pemiliknya harus mematuhi pantang larang tertentu untuk memastikan kekuatan magisnya tidak pudar, seperti menghindari perbuatan jahat atau makanan terlarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.