John F. Kennedy mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 1961. Ketika itu ramai dalam kalangan rakyatnya berpendapat Kesatuan Soviet semakin menang dalam Perlumbaan Angkasa.

Sudahlah berjaya menghantar Sputnik 1, mereka dikejutkan lagi dengan pencapaian Yuri Gagarin. Maka Lyndon B. Johnson diminta menggunakan kapasiti sebagai Pengerusi Majlis Angkasa Kebangsaan untuk mengenalpasti strategi baru.

Amerika Syarikat mesti menjadi kuasa angkasa yang paling dominan.

Kennedy bertanya tentang kebolehan Amerika Syarikat untuk mencapai salah satu daripada berikut:

  1. Membuat makmal angkasa pertama.
  2. Mengorbit di keliling Bulan.
  3. Mendarat di Bulan.

Hanya pilihan ketiga sahaja yang paling relevan, tetapi dijangka menelan perbelanjaan AS$22 bilion (AS$153 bilion hari ini).

“Kita pilih untuk pergi ke Bulan.”

Apabila rancangan ini dibentangkan, majoriti rakyat yang disoal menentang. Tetapi Kennedy menggunakan karisma dan kebolehan berucap untuk membuka minda rakyat.

Pendaratan Bulan bagi beliau ialah takdir Amerika Syarikat yang takkan boleh dielakkan, membawa panji kebebasan kerana pilih untuk memenuhi takdir tersebut.

Dan Projek Apollo menjadi warisan paling agung yang memperingati cita-cita Kennedy. Selepas itu lebih banyak misi-misi manusia mendarat di bulan berlaku. Malangnya, beliau tidak sempat melihat kejayaan Apollo 11, 12, 14, 15, 16 dan 17.

Dan dalam misi ini, seramai 12 angkasawan NASA telah menikmati permandangan daripada Bulan, sesuatu yang gagal dicapai Kesatuan Soviet. Program Apollo walau bagaimanapun berhenti selepas pendaratan Apollo 17 pada 19 Disember 1972. Sejak hari itu, Bulan tidak lagi menerima kunjungan manusia.

Teknologi Semakin Maju Tetapi…

Keengganan NASA untuk kembali ke Bulan menimbulkan persoalan daripada segelintir yang musykil terhadap kebenaran Program Apollo. Hujah mereka tentang teknologi sememangnya tepat. Antara 1972 hingga 2020, teknologi penerbangan dan aeroangkasa sudah berubah dengan ketara.

Saturn V sudah tidak lagi digunakan. Amerika Syarikat sedang membangunkan Space Launch System sebagai roket utama.

SpaceX pula berusaha untuk menyempurnakan Starship yang khabarnya boleh diguna semula.

Roket angkasa.

Namun Bulan sekarang ini ialah suatu impian yang ketinggalan zaman. Seorang remaja mungkin teruja kalau mimpi berkahwin. Tetapi buat seorang warga emas, mimpi tersebut hanyalah mimpi sahaja.

Bulan pula ialah sebuah destinasi yang berhampiran – tetapi sekalipun dekat, misi pendaratan masih menghadapi satu kesukaran (yang tidak berubah sejak Program Apollo).

Dalam sebuah kajian diterbitkan Scientific Reports, angkasawan-angkasawan yang menyertai Program Apollo telah terdedah pada radiasi merb4h4ya.

Dan kesannya, mereka menghadapi masalah jantung. 43 peratus daripada angkasawan Apollo yang sudah men1ngg4l dunia menghadapi masalah sama, yakni empat kali ganda lebih tinggi untuk dibandingkan dengan angkasawan lain.

Biologi manusia masih sama. Terlalu lama di ruangan angkasa boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik untuk angkasawan.

Sistem imunisasi angkasawan juga boleh berubah, dengan kadar pengeluaran sel d4r4h merah berkurangan secara ketara.

Kekurangan sel ini akan menyebabkan anemia, yakni anggota badan tidak menerima oksigen secukupnya. Peredaran darah turut menghadapi masalah, dengan ancaman risiko darah beku. Belum lagi otot tulang yang turut terjejas.

Maka di sini jelas yang pendaratan Bulan ialah sebuah matlamat politik berlandaskan pencapaian saintifik.

Tentu sekali banyak lagi tentang Bulan yang belum diketahui. Dan pendaratan manusia bukanlah cara paling efisyen, kerana had seorang manusia yang terkekang kerana perlu makan, minum dan bernafas.

Alternatif yang lebih baik memandangkan kemajuan industri robotik dan komunikasi adalah menghantar rover. Kalau boleh menghantar prob dan rover ke bulan, kenapa manusia harus memilih opsyen yang membu-nuh seperti menghantar manusia ke bulan, malahan lebih membawa kos?

Marikh wajar dijadikan contoh. Tanpa baju angkasa, seorang manusia akan m4t1 serta-merta. Penghantaran manusia ke Marikh pula dijangka menelan perbelanjaan sebanyak AS$500 bilion, 200 kali ganda lebih mahal daripada program Curiosity.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.