Baru-baru ni, tular pula pasal taman interaktif air di Tun Razak Exchange yang baru dibuka dah rosak.
Mana tak rosak, ada ibu bapa yang membiarkan anak diorang berkubang dalam saluran air yang bukan dikhaskan untuk berendam.
Berbalik kepada persoalan kita tadi, kenapa selalu macam ni?
Sebenarnya ia bukan tertakluk dalam Malaysia je. Bukan sesetengah negeri, orang seluruh dunia ada je yang berperangai pelik-pelik ni.
Asasnya datang dari pembentukan dari rumah.
Tempoh 5 tahun pertama kehidupan anak-anak sangat penting nak tentukan diorang jadi “orang” di masa hadapan.
Jadi ibu bapa pun kena tunjuk teladan yang baik. Semua ni untuk bentuk mentaliti anak kelas pertama.
Kalau dari kecil pun diorang tengok, dilepaskan dekat mana-mana boleh main, ibu bapa cop parking, tak bayar maintenance dan suka tayang harta, jangan terkejut mereka ikut perangai sama.
Pantang ditegur, mengamuk. Memang itu sikap budak-budak. Tapi kalau dibiasakan, sampai bila baru nak jadi orang?
Pasti anda semua pun masa kecik dulu selalu main dekat luar sampai maghrib. Balik-balik, bapa anda tunggu nak sebat je sebab tak dengar kata jangan balik lepas maghrib.
Benda-benda macam ni mendidik kita untuk jadi orang sekarang. Ya, bukannya mak bapak kita tu kurang bagi kasih sayang. Tapi kalau dibiar lagi kurang kasih sayang.
Sila pastikan anak-anak tak mewarisi sifat bebal dan mentaliti anda agar negara kita dapat lahirkan masyarakat kelas pertama.
Selain daripada tu, pergaulan sesama sendiri sahaja dalam bangunan yang sama pun kadang buat kita kurang berkembang.
Dari sinilah mentaliti rendah tersebar sedikit demi sedikit. Hasilnya anda boleh lihat sendiri.
Lebih-lebih lagi budak-budak. Pengaruh rakan sebaya tu lagi kuat pada diorang.
Dah diorang pun takde komitmen apa-apa.

Vandalisme berleluasa, rosakkan lif, rosakkan taman-taman awam. Benda ni selalu berlaku sebab tak ada pemantauan dan tanggungjawab dari mak bapak sendiri.
Itu yang kadang-kadang perangai tu dibawa sampai ke besar. Bukan semua, segelintir yang tak nak berubah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pelik-pelik perangai manusia ni. Tapi memang itulah lumrahnya, nak faham psikologi manusia dengan lebih mendalam? Dapatkan The Human’s Complex segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply