Siapa saja tak kenal dengan Samurai? Mereka adalah kelas pahlawan yang pernah mendominasi Jepun selama berabad-abad. Namun, itu semua kini hanya tinggal sejarah.
Samurai terkenal sebagai pejuang yang setia, berpegang kepada kod Bushido, iaitu etika yang menekankan kehormatan, kesetiaan, dan keberanian. Namun, kenapa golongan yang begitu hebat ini boleh lenyap dari Jepun?
Punca utama kepupusan samurai adalah perubahan politik dan sosial yang berlaku dalam era moden Jepun.
Pada abad ke-19, Jepun alami perubahan besar dengan berakhirnya pemerintahan keshogunan Tokugawa. Selama lebih dua abad, Jepun berada dalam keadaan tertutup di bawah dasar sakoku yang menghalang pengaruh asing.
Namun, pada tahun 1853, armada Amerika Syarikat yang diketuai Komodor Matthew Perry memaksa Jepun membuka pintunya kepada dunia luar. Pembukaan Jepun kepada perdagangan asing membawa kepada perubahan drastik dalam ekonomi dan politik Jepun.
Pada tahun 1868, berlaku Restorasi Meiji yang menumbangkan keshogunan dan mengembalikan kuasa kepada Maharaja Meiji. Di bawah pemerintahan baharu ini, Jepun mula laksanakan pemodenan secara besar-besaran, termasuk dalam hal ehwal ketenteraan dan pentadbiran.
Salah satu langkah utama dalam pemodenan Jepun adalah pembubaran sistem feudal. Samurai, yang selama ini mendapat sokongan daripada daimyo (tuan tanah feudal), mula kehilangan sumber pendapatan mereka apabila sistem wilayah feudal dihapuskan.
Sebagai ganti, kerajaan perkenalkan sistem ketenteraan moden yang mencontohi Barat. Samurai, yang selama ini menjadi kelas pejuang eksklusif, tidak lagi diperlukan kerana Jepun mula merekrut tentera daripada rakyat biasa.
Perubahan ini menimbulkan kemarahan golongan samurai. Samurai merasakan identiti dan status mereka kini terancam. Akibatnya, beberapa pemberontakan berlaku, termasuk Pemberontakan Satsuma pada tahun 1877 yang diketuai oleh Saigō Takamori. Namun, pemberontakan ini gagal dan menandakan berakhirnya zaman samurai sebagai kuasa tentera yang hebat.
Selain perubahan ketenteraan, pemodenan budaya dan perundangan Jepun juga menyumbang kepada kepupusan samurai. Pemakaian pedang katana mula diharamkan di tempat awam, dan sistem kasta yang membahagikan masyarakat kepada samurai dan rakyat biasa dimansuhkan. Samurai terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan moden. Ada yang menjadi pegawai kerajaan, usahawan, atau menyertai angkatan tentera moden.
Akhirnya, samurai tidak pupus sepenuhnya dalam erti kata fizikal, tetapi peranan mereka sebagai kelas pejuang istimewa dalam masyarakat Jepun telah berakhir. Warisan mereka bagaimanapun masih hidup dalam budaya Jepun, melalui filem, kesusasteraan, dan nilai-nilai Bushido yang masih dihormati dalam dunia korporat dan kehidupan harian rakyat Jepun.
Kisah kepupusan samurai adalah peringatan bahawa tiada kuasa yang kekal selamanya. Walau sehebat mana sesuatu golongan atau sistem, mereka tetap akan lenyap jika tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.