Dalam kita memperkatakan mengenai betapa angkuhnya Sajad ke tanah suci Mekah, memakai telekung lalu berpakaian persis wanita di sana, kita tidak boleh terus menyalahkan Sajad seorang sahaja, tetapi semoleknya kita mengenal pasti sebab-musabab Sajad tidak lagi gentar hatta pada kemurkaan ALLAH.

Jawapan kepada persoalan dan permasalahan ini sebenarnya kembali kepada tangan kita sebenarnya. Kita mendakwa bahawa kita seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu yang penuh dengan budaya ketimuran, tetapi kita sebenarnya tanpa sedar sedang menormalisasikan seorang Transgender di negara ini. Aik? Tak percaya?

Macam mana Sajad boleh menjadi seorang kaya raya dengan segala harta dunia berlimpah ruah mengitari dirinya? Ini tak akan jadi kalau tak ada rakyat Malaysia diluar sana yang begitu bersungguh-sungguh membeli setiap keluaran Sajad. Tanpa harta yang mengaburi matanya, Sajad tak akan begitu angkuh di hadapan Kaabah ALLAH dengan penampilan mengubah fitrahnya.

Harta yang melimpah ruah ini bukankah suatu masa dahulu pernah mengaburi mata Qarun sehinggakan dia tidak mahu mengeluarkan zakat? Untuk hari ini, bagi kes Sajad, hartanya yang melimpah ruah telah mengubah Sajad menjadi angkuh pada ajaran Islam, ulama yang menegur dan juga masyarakat yang mengecamnya. Berdoalah wahai sesiapa yang pernah menyumbang fulus anda untuk insan seperti Sajad agar tidak berkongsi sekali saham dosa mengotorkan tanah suci Mekah. Seperti mana Qarun, kekayaannya membuatkan mata Sajad kabur.

Dalam masa yang sama, jumlah pengikut yang dimiliki oleh Sajad itu sebenarnya mengaburi matanya. Buka sahajalah instagram milik seorang hamba ALLAH berjantina lelaki yang telah menukarkan jantinanya. Saya hanya mampu geleng kepala melihat warga instagram yang bagi saya terlalu mementingkan perkara materalistik berbanding akidah sebagai seorang Islam. Asalkan seorang itu cantik, kaya-raya, tak kisahlah apa bentuk kemaksiatan yang dia lakukan, seluruh warga IG akan berbondong memuja mereka seperti mana dewa-dewi.

Daripada al-‘Urs bin Umairah ( r.a ), daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Apabila satu dosa dilakukan di muka bumi ini, maka orang yang melihatnya serta membencinya (Baginda bersabda pada ketika yang lain: dan mengingkarinya) maka dia sama seperti orang yang tidak melihat kemungkaran itu berlaku dihadapan matanya, tetapi redha dengannya, samalah seperti orang yang menyaksikannya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud

Bukankah dalam Islam memberitahu kita bahawa redha dengan maksiat itu juga sebuah kemaksiatan? Nauzubillahiminzalik! Tanpa sedar, kita, kita baru sahaja melakukan sebuah dosa.

Ada lebih kurang 1.4 juta pengikut yang setia membontoti Sajad walau ke mana sahaja dia pergi. Kalau Sajad menaikkan gambarnya, mesti ada muka-muka yang tak malu yang komen “cantik sis”, “bergaya sis” dan seumpama dengannya. Pujian-pujian ini menjauhkan Sajad jauh daripada TUHAN, sekaligus menjadikan Sajad sangat angkuh dihadapan rumah ALLAH.

Tidak ingatkah kita pada musuh azali Nabi Musa A.S? Betapa rakyat Firaun terlalu memuja Ramses II, bahkan ke sampai satu tahap Firaun begitu angkuh pada TUHAN, terus mengarahkan sebuah binaan dibina sebelum dia sendiri memanah ke langit untuk membuktikan bahawa TUHAN MUSA tidak wujud. Pujaan rakyat-rakyat firaun inilah yang membuatkan firaun lupa diri sampai Iblis sendiri hairan melihatkan Firaun mengaku TUHAN sedangkan dia sendiri tidak pernah berbuat demikian.

Sekarang sematkan dalam situasi Sajad. Sajad dipuja laksana dewi… errr dewa. Pujian demi pujaan dari anda wahai netizen di media sosial membuatkan Sajad semakin yakin untuk kekal dalam identiti perempuannya sedangkan dia diciptakan ALLAH menjadi seorang lelaki. Akhirnya, pujaan dan pujian anda wahai manusia di media sosial sebenarnya membuatkan keangkuhan mamat ni sampai kemuncaknya. Dia menjejaki Tanah Haram seolah-olah mencabar kekuasaan TUHAN, seperti mana Firaun mencabar kekuasaan ALLAH. Akhirnya dia lupa diri, lupa fitrahnya sebagai seorang lelaki, dia pun tanpa rasa malu langsung depan TUHAN, berpakaian seperti seorang perempuan! Semuanya bermula dengan sebuah pujaan!

Lagilah golongan seperti Sajad ini berani mencabar hukum TUHAN kerana Menteri Agama negara kita suatu masa dahulu pula menunjukkan toleransi tidak ada tempatnya pada golongan transgender, siap bergambar sambil bersalam tangan dan menyeru tidak ada diskriminasi pada golongan ini. Keberanian yang diraih oleh individu seperti Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ini tidak akan tercetus kalau pada awalnya, Mujahid tidak mengambarkan Malaysia Baru ini lebih terbuka kepada LGBTQ. Dari dulu lagi kami dah beri amaran kesan snowballnya, sekarang baru kita nampak kan?

Saya cuma mampu mendoakan semoga mereka yang saya maksudkan dalam penulisan ini tidaklah terpalit sekali dengan dosa kerana tangan-tangan anda jugalah yang membentuk siapa Sajad hari ini. Anda yang pernah membeli barang-barang keluaran Sajad, buanglah barang itu, mulalah boikot barang keluarannya, tanda masih tersisa lagi iman anda sebagai seorang Muslim. Anda yang dulu memuja Sajjad seperti dewi purba yang turun dari kayangan, cepat-cepatlah unfollow mamat ini, dan mula bermusahabah diri atas kerosakan yang anda dah lakukan dengan jari-jari anda.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.