Marseille terletak di bahagian Perancis yang menghadap Laut Mediterranean. Bandar ini berada di antara sempadan Itali dan Sepanyol, berhampiran juga dengan bandar raya Monaco. Ia juga terletak 775 kilometer daripada Paris. Faham-faham sajalah apa yang ada di Paris; sebuah kelab yang memanjang rugi setiap tahun dan menang UEFA Champions League sekali pun tidak pernah. Di Marseille, ada sebuah gua ditemui pada tahun 1985. Gua ini dinamakan sempena orang yang menemuinya, iaitu Henri Cosquer. Penemuan ini walau bagaimanapun tidak diumumkan sampai tahun 1991, iaitu selepas kematian tiga penyelam yang sesat dalam gua tersebut (Nelson, 2016).

Dari sini semua boleh bayangkan pintu masuk Gua Cosquer – tenggelam 37 meter dalam air masin Laut Mediterranean. Hanya penyelam saja boleh masuk. Itu pun kena menyelam sejauh 175 meter sebelum sampai ke bahagian dalaman gua.

Gambaran keadaan gua.
(Jespa/CC BY-SA3.0).

Berdasarkan gambar di atas, Gua Cosquer sebenarnya selari saja dengan permukaan air laut. Cuma pintu masuknya tenggelam jauh di bawah. Kematian tiga penyelam tidak menjadi penghalang untuk misi-misi penjelajahan yang lain. Masing-masing ingin tahu apa yang ada di dalam. Dan mereka ingin tengok rahsia prasejarah dengan mata kepala sendiri.

Rahsia Prasejarah Dalam Gua

Henri Cosquer bukan orang pertama yang masuk gua. Penyokong-penyokong Manchester United pun bukan. Gua Cosquer  sebenarnya sudah lama diguna manusia sejak Zaman Prasejarah Paleolitik lagi. Segelintir dalam kalangan orang Melayu sekarang bergelut dengan kekeliruan konsep. Ada yang mendakwa pembahagian zaman seperti Paleo-, Meso-, Neo- dan Kalkolitik adalah penipuan Barat yang ingin memesongkan umat daripada pemurnian Islam. Bahawasanya tiada zaman-zaman seperti yang didakwa. Yang ada cuma zaman-zaman nabi. Inilah dikatakan kekeliruan konsep. Apa yang disangka penipuan Barat itu sebenarnya pembahagian zaman mengikut teknologi. Zaman Batu Awal adalah Paleolitik. Zaman Batu Akhir adalah Neolitik. Zaman Kuprum pula adalah Kalkolitik.

Zaman-zaman ini dijadikan sandaran saintis kerana barangan kegunaan manusia zaman dahulu. Andai kata saintis terjumpa barangan besi yang digunakan contohnya 50,000 tahun lalu; sudah pasti definisi “Paleolitik” akan didebat semula. Sambung cerita: Gua Cosquer sebenarnya menyembunyikan banyak seni manusia prasejarah pada permukaan batunya (Krebs, 2003). Ada yang bentuk lakaran kasar. Ada yang bentuk menyerupai haiwan. Yang lakaran saintis jangka berusia antara 25,000 tahun hingga 26,000 tahun. Lukisan haiwan pula mungkin dibuat sekitar 10,000 tahun yang lalu.

Lakaran tangan dalam Gua Cosquer.

Mungkin ada yang pelik – takkan manusia prasejarah masuk dalam gua melalui pintu yang sama? Jawapan mudah: ya. Mereka masuk melalui pintu sama penyelam guna untuk masuk dalam Gua Cosquer. Namun yang bezanya, pintu masuk ini terletak 10 kilometer jauh daripada kawasan pantai pada masa itu. Macam mana saintis tahu? Sebab mereka hidup pada Zaman Ais dan gua ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat tinggal. Semasa Zaman Ais pula, paras laut dianggarkan 135 meter lebih rendah berbanding keadaan sekarang (AFP, 2022).

 Video penjelajahan dalam Gua Cosquer.

Ini yang menarik tentang sains. Dapatan sains sentiasa konsisten walaupun pengkajinya berbeza. Namun konsistensi ini sedang menakutkan saintis sekarang. Paras laut rendah pada Zaman Ais. Paras laut semakin meningkat pada zaman ini. Jadi saintis sangat bimbang jika satu hari Gua Cosquer akan tenggelam sepenuhnya. Kenaikan paras laut akan membawa air bersisa pencemaran plastik yang akan merosakkan habis hasil seni prasejarah dibuat penghuni terdahulu. Bayangkan pada tahun 2011, saintis mengesahkan air naik lima inci di Gua Cosquer. Setiap tahun air naik.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Awal tahun ini, saintis masuk dalam Gua Cosquer untuk membuat pemetaan secara digital (digital mapping). Pemetaan ini adalah untuk membina Gua Cosquer secara 3D satu hari nanti di Marseille.

RUJUKAN:

AFP. (2022, Mei 30). Race to save undersea Stone Age cave art masterpieces. France 24.

Krebs, R., & Krebs, C. (2003). Groundbreaking Scientific Experiments, Inventions and Discoveries of the Ancient World. Greenwood Publishing. Halaman 87.

Nelson, M. (2016). The French Riviera: A History. Troubador Publishing Ltd. Halaman 3.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply