Bagi setiap dekad yang berlalu, masa bagaikan telah dipendekkan. Sekarang ini satu tahun boleh hilang pergi sekelip mata. Dan menariknya kesan yang sama boleh dilihat dalam unsur-unsur lain. Koronavirus pun tergolong dalam unsur tersebut.

Yersinia pestis sebelum ini pernah melututkan seluruh dunia, sehinggakan ada yang menyangka kiamat telah menjelma. Dari Mekah ke Bandar Vatican hinggalah Eropah, bakteria tersebut telah meragut segala harapan.

Namun dalam suatu penularan, Yersinia pestis bermula dari Lembah Rusia sekitar tahun 1346. Ia membadai sebahagian daripada Tanah Syam sebelum memasuki Anatolia dua tahun kemudian.

Sambil itu ia menembusi sempadan bayangan ke arah Eropah – dan menjelang 1350, nama Great Pl4gue atau the Pestilence telah diberikan.

Tujuh tahun diperlukan untuk menumbangkan Yersinia pestis. Kemuncaknya berlaku empat tahun selepas penularan awal.

Koronavirus walaubagaimanapun tidak perlu bertahun-tahun. Hanya dalam masa beberapa bulan selepas menjerut Wuhan dan Hubei, koronavirus telah melemaskan dunia.

Globalisasi telah memudahkan penularan suatu virus sehingga rangka masa (time frame) bertahun menjadi berhari.

Disebabkan itulah Amerika Syarikat yang mempunyai berminggu-minggu untuk bersedia mengekori Itali yang berkemungkinan boleh menurunkan lekuk epi-curve tidak lama lagi. Sehingga 26 Mac 2020, pukul 3.00 petang:


Tetapi perasan tidak –
mana Rusia dalam carta?

Apakah Rusia Tidak Terkesan?

Pada masa yang sama jadual disediakan, Rusia hanya mencatatkan 658 kes, dengan 13 kematian dengan 29 sudahpun sembuh. 

Koronavirus yang keluar daripada Wuhan telah menggetarkan jiwa Kremlin dengan kes pertama di Tyumen dan Chita.

Tetapi kedua-dua kes ini ialah warga China (Reuters, 2020). Warga Rusia hanya disahkan positif selepas terjebak dengan kapal persiaran mewah Diamond Princess.

Untuk satu negara begitu besar yang pelbagai negara bergantung dengan minyak serta gas aslinya,  658 kes positif ialah pencapaian yang baik.

Purata lekuk epi-curve Rusia pun dalam keadaan pengstabilan/menurun:

 

Kejayaan Rusia dalam menebat kehangatan koronavirus bermula pada tahun 2015.

Pada masa itu pentadbiran Barack Obama telah mengetuai delegasi Amrika Syarikat-Kesatuan Eropah untuk menyekat ekonomi Rusia atas apa yang dibuat terhadap Ukraine. Penutupan pintu ini tidak membuahkan hasil:

  1. Crimea masih milik Rusia.
  2. Ekonomi Rusia mengharungi sekatan dengan kemandirian sendiri
  3. Sosioekonomi Rusia terasing daripada globalisasi.

Apabila terasing daripada globalisme, koronavirus pun perlu membuat dua kerja untuk tersebar di Rusia.

Sekatan terhadap Rusia telah meledakkan p3r4ng perdagangan berkaitan bahan api mentah yang harga rendah memufliskan perusahaan rekahan bumi (Reed, 2020). Walaupun ekonomi teruk dipukul dan diterajang, Rusia tetap bangun semula.

Syarikat-syarikat besar Rusia bebas daripada hutang. Sektor pertanian Rusia menjaminkan makanan kepada republik tersebut.

Ini bermakna kurang bebanan perdagangan yang sebuah negara perlu mengimport makanan. Selain jaminan makanan, ketaatan Rusia kepada kerajaan telah memudahkan Vladimir Putin untuk bersedia dengan sebarang kejutan ekonomi.

Apabila semua tutup pintu untuk membendung koronavirus, Rusia tiada masalah dengan makanan.

Rizab makanan tidak langsung disentuh, dikurangkan untuk memastikan tidak luput sahaja. Sektor perubatan pun sedang mengeluarkan 100,000 alat ujian diagnostik sehari (Kramer, 2020).

Dengan 55,000 katil hospital dan 40,000 alat bantuan pernafasan, Rusia mampu menguruskan tahap kritikal seperti Itali sebenarnya. Bersamaan dengan rizab emas AS$600 bilion, tiada apa perlu dirisaukan.

Putin telah bersedia dengan jelas. Jaminan makanan dan kemandirian ekonomi ialah rahsia agungnya. Dan memandangkan kadar penularan koronavirus sedang mendap, Rusia tidak perlu risau langsung.

RUJUKAN:

Kramer, A.E. (2020, March 20). Thanks to Sanctions, Russia Is Cushioned From Virus’s Economic Shocks. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/20/world/europe/russia-coronavirus-covid-19.html

Reed, S. (2020, March 9). How a Saudi-Russian Standoff Sent Oil Markets Into a Frenzy. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/09/business/energy-environment/oil-opec-saudi-russia.html

Reuters. (2020, February 12). UPDATE 1-Russia discharges second Chinese national to recover from coronavirus. Retrieved from https://ru.reuters.com/article/idUKL8N2AC16V


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.