Apabila bercakap tentang flat pasti banyak perkara negatif akan berlegar-legar di kepala kita. Antaranya adalah gejala cop parkir, buang sampah dari tingkat atas, extend rumah tanpa kebenaran dan bermacam lagi. Flat juga seringkali dikaitkan dengan kegiatan jenayah seperti merompak, isap gam dan dadah sehingga digelar sebagai flat Columbia.

Hal itu telah membuatkan ramai yang memandang serong terhadap flat. Malah ada yang beranggapan penduduk flat adalah jahat-jahat belaka dan bermentaliti sangat rendah. Mengapa semua ini terjadi?

Apa kaitan cermin pecah dengan flat?

Sebenarnya masalah ini ada kaitan dengan teori broken windows. Teori ini mula-mula muncul pada tahun 1982 setelah James Q. Wilson dan George L. Kelling memerhati satu keadaan di sebuah kejiranan di Amerika Syarikat. Ketika itu, pihak polis telah diminta untuk meronda secara berjalan kaki kerana rondaan menggunakan motosikal agak kurang efektif.

Langkah ini disambut baik oleh penduduk kerana mereka beranggapan akan lebih selamat. Walau bagaimanapun, kes jenayah di kawasan tersebut tidak berkurangan malah terus meningkat biarpun polis sentiasa meronda. Setelah disiasat, rupa-rupanya kes jenayah tidak pernah turun kerana penagih dan pemabuk tidak dibanteras sehabisnya. Ini kerana kedua-dua golongan masih lagi dibenarkan bergerak bebas dan minum arak tetapi dengan syarat tidak mengganggu orang lain.

Jadi James Q. Wilson dan George L. Kelling berpendapat kehadiran dua golongan itu akan membuatkan orang lain ingin jadi sedemikian rupa lantas membuatkan kes jenayah meningkat.

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

Nak lagi mudah faham sekarang ini cuba bayangkan, di kawasan tempat tinggal anda terdapat rumah kosong yang sudah hilang beberapa tingkapnya. Seminggu lepas itu, anda datang kembali ke rumah kosong itu dan mendapati keseluruhan tingkapnya telah hilang. Inilah yang cuba dimaksudkan oleh teori broken windows.

Contoh lagi senang adalah anda terlihat satu keluarga ini makan KFC dan membiarkan sahaja tray bersepah selepas habis makan. Datang pula 5 keluarga yang lain dan mereka melakukan perkara sama. Akhirnya sehingga ke malam hari, setiap pelanggan yang datang telah membiarkan tray bersepah begitu sahaja. Maksudnya di sini setiap tindakan salah itu jika tiada yang cuba menegur ataupun melarang, pasti akan diulangi oleh orang lain. Senang cerita, kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh.

Penyakit inilah yang sedang melanda kebanyakan flat di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, terdapat penduduk flat yang mendakwa kawasan flat menjadi kotor kerana kegiatan membuang sampah dari tingkap. Penduduk itu juga menyatakan ketiadaan ketua blok semakin merumitkan keadaan kerana tiada siapa yang mampu mengawal tindakan penduduk lain. Biarpun, gotong-royong telah dianjurkan tetapi program itu mendapat sambutan dingin.

Sekarang ini cuba fikirkan kenapa penduduk flat tersebut terus membuang sampah dari tingkap tanpa rasa bersalah? Jawapannya adalah mereka melihat itu merupakan satu tindakan yang cool dan hebat. Semuanya bermula setelah seorang penduduk buat kepala dengan buang sampah dari tingkap. Apabila tiada yang sudi menegur, penduduk lain anggap tindakan itu dibenarkan. Kesannya nanti adalah hampir kesemua penduduk flat akan membuang sampah dari tingkap.

Budak flat bangun!!!!!

Itu baru cerita tentang buang sampah dari tingkap. Bagaimana pula dengan tindakan lain seperti cop parkir dan extend rumah, pasti perkara sama yang akan terjadi. Sekarang ini bayangkan pula jika rompakan sering berlaku di sesebuah flat dan tidak diatasi dengan cepat. Apa yang akan terjadi adalah orang lain pun akan turut merompak kerana mereka tidak akan ditangkap. Sama juga seperti gejala isap gam dan jenayah-jenayah lain. Kemuncaknya flat akan menjadi sarang jenayah dan memerlukan pihak penguasa menghantar skuad khas yang agak ramai untuk membersihkan kembali flat tersebut.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kesimpulannya, kita harus mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan flat tidak lagi dikaitkan dengan jenayah. Pertama sekali kita perlu atasi masalah bodoh seperti cop parkir dan buang sampah dari tingkap. Jika masalah itu dapat diatasi, kita dapat mendidik penduduk agar tidak bertindak mengikut kepala lutut. Jadi penduduk akan miliki lebih common sense dan ideologi “kalau kau boleh buat, kenapa aku tak boleh” akan terhapus.


Hidup di rumah flat bukan suatu benda untuk kita rasa malu. Benda yang patut dimalukan apabila otak tepu dengan maklumat entah apa-apa tanpa sebarang nilai ilmu. Kami menyediakan pelbagai jenis dan genre buku yang mungkin kalian minat. Kalian dipelawa kunjungi Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

RUJUKAN:

Kelling, G., & Wilson, Q. (1982). Broken windows: The police and neighborhood safety. The Atlantic. Dipetik daripada https://www.theatlantic.com/magazine/archive/1982/03/broken-windows/304465/

Longley, R. (2019, Julai 3). What is the broken windows theory? Thought Co. Dipetik daripada https://www.thoughtco.com/broken-windows-theory-4685946

Mary Victoria Dass. (2022, April 26). Flat ‘dalam’ sampah! Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/836074/flat-dalam-sampah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply