Rama-rama ni antara serangga yang cantik dan kerap kali menjadi inspirasi dan juga simbol manusia tentang kecantikan. Rama-rama ni ramai kenal dia sebagai serangga yang terbang perlahan mencari bunga untuk diminum nektarnya, tapi tak ramai tahu bahawa rama-rama ni pun suka minum darah bangkai.
Jadi, untuk tahu kenapa mereka ni kadang-kadang minum darah, kita kena faham satu konsep ni. Sekiranya kita duduk dekat hutan, kita akan perasan sebenarnya nak dapatkan zat makanan penuh ni susah, terutamanya zat seperti garam dan zat besi. Sebab tu sekiranya kita terkandas di hutan mahupun pulau, kita digalakkan memakan ataupun minum air rebusan tulang dan organ haiwan untuk dapatkan zat berkenaan.
Untuk sesetengah haiwan, ada yang mampu mencari zat-zat sebegini seperti gajah yang mampu mencari tanah bergaram. Sebab itu gajah bergading – sebab nak korek tanah berzat ini. Bekas tanah bergaram yang dikorek ini kemudiannya menjadi lubuk garam bagi haiwan-haiwan lain seperti harimau dan rusa yang mahukan zat garam. Lubang ini kita panggil sebagai jenut ataupun salthole. Benda yang sama juga kita dapat temukan di ladang lembu dan kuda yang selalunya diletakkan sebongkah garam untuk mereka jilat.
Benda yang sama juga berlaku pada rama-rama. Rama-rama juga kadang-kadang akan meminum nutrien yang terkandung pada tanah berlumpur, tapi kadang-kadang susah nak dapatkan tanah berlumpur ini. Oleh itu, mereka akan hinggap ke mata haiwan besar seperti lembu dan gajah untuk meminum air mata haiwan yang bergaram. Hal yang sama juga berlaku pada bangkai. Sebab bangkai ni pun kaya dengan zat, maka rama-rama ini akan hinggap ke bangkai tersebut dan minum nutrien yang terkandung pada darah dan juga cecair bangkai yang busuk. Najis haiwan juga kadang-kadang menjadi pilihan rama-rama untuk hal ini. Nama perangai ini dikenali sebagai mud-puddling.
Jadi, ya, walaupun rama-rama ni cantik, mereka ni juga kuat minum cecair bangkai yang kotor. So kalau korang ada kawan yang suka main dengan rama-rama, boleh jadi tangan dia tu dah kena cecair najis dan bangkai yang diminum rama-rama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih