Prayut Chan-o-cha mempunyai sejarah politik bertatahkan rampasan kuasa. Bermula tahun 2006, beliau terlibat di sebalik penggulingan Thaksin Shinawatra.
Dalam krisis politik 2013-2014 pula Prayut berusaha untuk menyatukan parti-parti lawan. Setelah gagal beliau melancarkan rampasan lagi terhadap Yingluck Shinawatra pula.
Rampasan kuasa sedemikian mengesahkan pencalonan dan pentadbirannya sebagai Perdana Menteri bagi Thailand.
Pada 24 Mac 2019 Thailand menganjurkan pilihanraya umum pertama yang disertai Prayut.
Tiada parti yang mendapat majoriti mudah iaitu 251 kerusi, sekaligus mewajibkan pengasasan kerajaan minoriti dengan Prayut sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Prayut meletakkan sasaran supaya Thailand dikeluarkan daripada perangkap sosioekonomi. Selama ini Thailand mempunyai tiga Rancangan Ekonomi (RE):
- RE Pertama: Pengukuhan ekonomi pertanian.
- RE Kedua: Kepelbagaian ekonomi yang melibatkan perindustrian kecil dan pemprosesan makanan.
- RE Ketiga: Kemajuan industri pesat dan tenaga.
Prayut memperkenalkan RE Keempat iaitu sebuah ekonomi dipacu industri teknologi tinggi berasaskan inovasi. Barangan mentah perlu dibuat produk akhir supaya boleh dijual kepada dunia.
Itulah pendekatan yang dibuat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Tetapi RE Keempat berdepan dengan masalah birokrasi begitu kritikal kerana melibatkan beberapa kementerian yang diurus secara gopoh dan tidak efektif (Apornrath, 2017).
Status ekonomi sedia ada juga diusahakan lagi. Setiap tahun lebih kurang 40 juta pelancong mengunjungi Thailand untuk melepaskan stres di pantai dan disko sedia ada (The Economist, 2020).
Bangkok, Krabi, Pattaya dan Phuket sentiasa dikunjungi orang ramai, yang menjana AS$109 bilion pada tahun 2018.
Bila tiba giliran koronavirus pula untuk melancong, kesannya jelas. Semua ekonomi Thailand menemui kebuntuan. Dan apabila Prayut bersiaran secara langsung, beribu-ribu reaksi amarah dilontarkan.
Ramai yang menyentuh tentang manfaat sosial sebanyak BHT 5,000 (RM660) sebulan yang dikatakan tidak langsung mencukupi (Reuters, 2020).
Prayut telah mengesahkan rangsangan ekonomi sebanyak BHT 1.9 trilion (RM250.5 bilion) untuk mengurangkan implikasi kerana penutupan semua pintu.
Walaupun nampak banyak, ia sekadar 4.18% sahaja daripada KDNK keseluruhan sekaligus menggusarkan rakyat seramai 70 juta di Thailand.
Ada yang bertanya jika Prayut boleh hidup dengan BHT 5,000 sahaja. Di sebalik penggantungan dan pembuangan kerja, kemarahan rakyat memang boleh difahami.
Langkah-Langkah Pencegahan
Kerajaan Thailand bermula membendung koronavirus dengan imbasan terhadap pelancong-pelancong daripada China di enam lapangan terbang utamanya.
Perintah kerajaan juga menghalang pelabuhan MS Westerdam yang bergelumangan dengan kes-kes koronavirus.
Salah seorang daripada penumpang MS Westerdam disahkan positif di Malaysia, sekaligus mengukuhkan pandangan mereka terhadap semua kapal-kapal persiaran kecuali MV Seabourn Ovation dan Quantum of the Seas.
Pada 21 Mac, Thailand mendapati penularan koronavirus masih belum dikawal. Bangkok telah diisytiharkan suatu perintah seakan-akan kawalan pergerakan selama 22 hari.
Hanya pasaraya, farmasi dan restoran saja yang dibenarkan buka. Sementara itu sektor-sektor bukan penting dikehendaki tutup.
Jadi pelancong tidak lagi diterima di tarikan-tarikan utama. Impaknya dijangka berlarutan selama dua tahun (Pichayada, 2020).
Krisis yang bakal melanda juga disebut lebih teruk berbanding 1998 pun (Prakash, 2020), dengan ramalan perkembangan diturunkan daripada -0.8% ke -4.3%.
Jika perkara tersebut berlaku, nescaya Thailand bakal berdepan dengan pemberhentian kerja besar-besaran dalam pelbagai sektor industri.
Semestinya rancangan ke arah RE Keempat berdepan dengan kesukaran. Dan memandangkan rakyat Thailand sudah biasa dengan pertukaran kerajaan melalui rampasan kuasa, Prayut menghadapi risiko sedemikian.
Sementara itu Raja Maha Vajiralongkorn pula berkuarantin diri di Jerman bersama 20 orang gundiknya (Norman, 2020).
RUJUKAN:
Apornrath, P. (2017, January 2). Thailand 4.0: Are we ready? The Bangkok Post. Retrieved from https://www.bangkokpost.com/business/1173133/thailand-4-0-are-we-ready-
The Economist. (2020, April 2). Thailand’s economy was suffering before the virus. Retrieved from https://www.economist.com/asia/2020/04/02/thailands-economy-was-suffering-before-the-virus
Norman, G. (2020, March 31). Thailand’s king self-quarantining in Germany with 20 women, servants: reports. Fox News. Retrieved from https://www.foxnews.com/world/thailand-king-self-quarantining-from-coronavirus-with-women
Pichayada, P. (2020, March 19). COVID-19 outbreak could last 2 years in Thailand but there is still time to limit impact: Expert. Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/asia/coronavirus-covid19-outbreak-thailand-limit-impact-12553516
Prakash, S. (2020, April 1). Thailand: It’s going to be the worst since the 1998 Asian crisis. ING. Retrieved from https://think.ing.com/articles/thailand-its-going-to-be-the-worst-since-the-1998-asian-crisis/
Reuters. (2020, April 7). Thailand approves $82.5b plan to mitigate coronavirus impact. Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/thailand-announces-825b-plan-to-mitigate-coronavirus-impact
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih