Kajian terbaru daripada Universiti Stanford yang mendedahkan Malaysia adalah antara negara paling malas berjalan kaki di dunia. Kita bernasib baik kerana duduk tempat ketiga dengan 3963 setiap hari dibelakang Indonesia dan Arab Saudi. Paling mengejutkan sekali adalah kajian tersebut turut mendedahkan semakin malas rakyat sesebuah negara itu jalan kaki, semakin besar kadar obesiti dalam kalangan penduduk.

Jangan terperanjat kerana di negara yang rakyatnya malas berjalan, wanita didapati lebih malas berbanding lelaki. Kalau di negara yang rajin berjalan pula, jumlah antara kedua-dua jantina adalah seimbang. Nak membuktikan kajian tersebut, kita perlu lihat kadar obesiti di Malaysia. Hasilnya sebanyak 50.1% populasi dewasa di Malaysia mengalami masalah gemuk. Paling teruk sekali adalah 60% ataupun 6.9 juta daripada populasi dewasa gemuk Malaysia adalah wanita. Patutlah susah betul nak jumpa wanita kurus di negara kita.

Persoalannya sekarang kenapa rakyat Malaysia malas nak jalan kaki?

Keluar rumah je terus highway

Cuba lihat bandar-bandar utama di Malaysia, memang mustahil nak jalan kaki walaupun arah tujuan itu terlalu dekat. Sebagai contoh nak berjalan kaki ke stesen LRT ataupun MRT memang agak payah kerana sesetengah daripadanya terletak betul-betul didepan jalan besar. Mahu tak mahu memang kena nak kereta untuk ke sana.

Jadi kerana memang tak bina bandar yang mesra pejalan kaki dan kalau kita cuba juga memang sangat bahaya. Tapi mesti ada yang cakap, kerajaan sudah berusaha membina laluan pejalan kaki tapi masalah lain timbul. Banyak laluan pejalan kaki tidak diselenggara dengan baik sehingga berlaku pelbagai kerosakan. Malah siap ada pokok yang tumbuh di tengah-tengah laluan pejalan kaki sampai jubin pecah.

Bukan setakat itu sahaja, laluan pejalan kaki juga telah dihijack oleh golongan peniaga tepi jalan sehingga kita semua sukar nak laluinya. Apabila kita pergi report dekat majlis, terus kena tuduh nak menjatuhkan bangsa sendiri. Itu belum cerita tentang golongan angkasawan yang suka melepak di laluan pejalan kaki sehingga kita rasa tidak selesa.

Sebagai ganti ada yang lebih selesa berjalan di kaki lima kedai tapi tetap miliki masalah juga. Antaranya adalah kebanyakan kaki lima kedai agak kotor dan longkangnya sering kali tersumbat sehingga berbau busuk. Jika ada bengkel motosikal ataupun kereta memang lagi susah nak lalu sebab takut pakaian kotor terkena minyak hitam.

Senang cerita segala halangan ini memang menyukarkan kita nak berjalan kaki tapi kerajaan sajakah yang bersalah?

Sebenarnya sifat dan sikap kita juga turut menyumbang kepada kemalasan rakyat nak berjalan kaki. Buktinya untuk kedai yang berjarak sekitar 300 meter hingga 1km pun kita lagi gemar naik kenderaan. Lepas itu kalau boleh memang nak parkir kereta betul-betul depan kedai supaya senang nak beli barang katanya. Apabila tiada parkir yang terdekat, mulalah double park sehingga menyusahkan semua orang.

Ada juga yang mendakwa bahawa dekat Malaysia tak sesuai nak berjalan kaki sebab panas dan cuaca tidak menentu. Kalau cuba nak berjalan juga memang berpeluh teruk sehingga membuatkan badan berbau. Sekarang ini cuba lihat jiran kita di seberang tambak, suhu dan iklim mereka sama sahaja dengan kita. Kajian menunjukkan purata rakyat Singapura berjalan sebanyak 5674 langkah setiap hari. Mereka tidak panas dan berpeluh ke?

Macam ni baru best nak jalan

Jawapannya adalah bandar Singapura dibina mesra pejalan kaki. Malah laluan berbumbung disediakan untuk memudahkan rakyat berjalan kaki. Bagi laluan tidak berbumbung pula, pokok ditanam bagi memastikan suhu sekitar dalam keadaan nyaman. Jadi tidak timbul masalah panas dan hujan di sana kerana laluan pejalan kaki sangat selesa. Apa yang boleh kita buat adalah cuba contohi mereka agar kadar obesiti di negara kita menurun dengan kerap berjalan.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya, kerajaan dan sikap kita sendiri menyebabkan rakyat Malaysia tidak gemar untuk berjalan kaki. Jadi kita kena ubah dulu diri untuk kerap berjalan dan terus memaksa kerajaan membina laluan pejalan kaki yang elok. Semuanya perlu bermula dengan diri kita terlebih dahulu.

RUJUKAN:

A Murad Merican. (2018, September 28). Pedestrians, second-class citizens. New Straits Times. Dipetik daripada https://www.nst.com.my/education/2018/09/415037/pedestrians-second-class-citizens

Ahmad Shaherman Shamsuri. (2022, Januari 22). 6.9 juta wanita Malaysia gemuk. Kosmo! Dipetik daripada https://www.kosmo.com.my/2022/01/24/6-9-juta-wanita-malaysia-gemuk/

Malaysia Today. (2017, Julai 27). Why I hate to walk. Dipetik daripada https://www.malaysia-today.net/2017/07/27/why-i-hate-to-walk/

Nor ‘Asyikin Mat Hayin. (2022, April 10). Obesiti semakin serius. Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/sihat/2022/04/830304/obesiti-semakin-serius


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply