Kira-kira 1,100 dahulu, negara matahari terbit digegakgempitakan oleh letusan Gunung Berapi Fuji (paling terkini berlaku pada 1707 M). Laharnya tersebar jauh berbatu-batu. Sebahagiannya mengubah rupa bumi menjadi hutan belantara yang berkeluasan 13 batu persegi, dikenali sebagai Hutan Aokigahara. Hutan ini terletak di sebelah barat Gunung Fuji.

Sejak sekian lama, masyarakat tempatan melihat Hutan Aokigahara sebagai sebuah tempat yang keramat. Menurut legenda, ia kononnya menjadi persemayaman naga dan dewa-dewi air. Sememangnya, rupa kejadian Hutan Aokigahara cukup indah – ia kaya dengan pepohonan yang besar lagi tinggi. Akar-akarnya berselirat nan memikat. Batu-batuannya diselimuti lumut sambil gua-guanya pula mengujakan.

Tarikan Hutan Aokigahara menggamit kunjungan ramai, baik daripada kawasan setempat mahupun dari kejauhan. Namun, bukan semua yang datang ke sana berkongsi tujuan yang sama. Rata-rata mereka yang menjejakkan kaki ke Hutan Aokigahara cuma punyai dua maksud; sama ada mahu menamatkan riwayat hidup sendiri ataupun melihat bekas-bekas tinggalan mereka yang melakukan hal sedemikian.

Keadaan ini membuatkan Hutan Aokigahara lebih dikenali sebagai salah satu lokasi pilihan untuk membu.nuh diri. Purata bilangan mereka yang membu.nuh diri di sini mencecah lebih 100 orang setahun, angka yang hanya dapat ditandingi oleh Jambatan Gerbang Emas di San Francisco.

Jumlah kes bu.nuh diri yang tinggi di Aokigahara mencerminkan keruncingan yang dialami negara Jepun. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar bu.nuh diri di Jepun adalah 25.8 per 100,000 orang, sekali gus menjadikannya negara yang mempunyai kes bu.nuh diri paling tinggi di antara kesemua negara maju lain.

Berbalik kepada Hutan Aokigahara, ia telah lama dikaitkan dengan legenda-legenda rakyat yang sedikit gelap. Sebahagiannya menyatakan yang hutan ini menjadi tempat pembu.angan orang-orang tua. Amalan sebegini disebut sebagai ubasute, di mana warga ditinggalkan di tempat-tempat terpencil sehingga ma.ti seorang diri – sama ada kebu.lur, dehidrasi, atau dimakan binatang bu.as.

Antara legenda  yang menyelubungi Hutan Aokigahara adalah ia menjadi tempat pembu.angan orang-orang tua

Legenda-legenda gelap sebegini kemudian meresap ke dalam budaya popular sebagaimana Barat dengan dongengan Grimm Bersaudara. Pada tahun 1960 misalnya, sebuah novel berjudul Kuroi Jukai (Samudera Hutan Hitam) nukilan Seicho Matsumoto mengisahkan tentang pasangan kekasih yang membu.nuh diri di Aokigahara.

Sedekad kemudian, hutan tersebut semakin kerap muncul dalam pelbagai medium – novel, filem, dan drama televisyen. Kesemuanya mencirikan Aokigahara sebagai latar tempat berlakunya kejadian bu.nuh diri.

Keadaan ini mengundang kesan yang menggusarkan; secara tidak langsung Aokigahara dipopularkan sebagai lokasi bu.nuh diri yang romantis. Hari ini, kehadiran media sosial bagaikan mencurah gasolin ke dalam api dan ibarat menabur garam pada luka.

Dua tahun lepas misalnya, seorang Youtuber bernama Logan Paul mengunjungi Hutan Aokigahara sambil merakam dan memuat naik video yang memaparkan jasad mangsa bu.nuh diri yang baru sahaja terkujur kaku beberapa jam lalu. Wajah mang.sa memang dikaburkan. Namun, jasadnya terpampang jelas sekali gus menayangkan pada dunia sisi pilu Hutan Aokigahara.

Sebelum video tersebut diturunkan kerana menerima ke.caman hebat (Paul dikri.tik kerana menunggang kejadian bu.nuh diri ini demi meraih populariti), ia sempat menarik 6 juta tontonan.  Dalam erti kata lain, Paul secara tidak langsung ‘mempromosikan’ Hutan Aokigahara.

Ramai pelancong mula berkunjung ke sana dan meminta penduduk tempatan menunjukkan lokasi ma.yat-ma.yat mang.sa bu.nuh diri. Tentunya hal ini kurang disenangi masyarakat setempat kerana bagi mereka, ia sesuatu yang sensitif.

Paul Logan ketika mengunjungi Hutan Aokigahara

Bagi mengurangkan angka bu.nuh diri di Aokigahara, banyak papan tanda digantungkan di laluan masuk. Antaranya memaparkan tulisan, “Ingatlah, nyawa anda adalah karunia indah yang dihadiahkan daripada ibu bapa anda” dan “Mintalah bantuan polis sebelum anda putuskan untuk bu.nuh diri”.

Ramai juga sukarelawan pemban.teras kejadian bu.nuh diri yang membuat rondaan di Hutan Aokigahara tanpa mengenal siang malam. Semuanya demi menyelamatkan walau satu nyawa sebelum terlambat.

Pengusaha kedai dan penduduk setempat juga prihatin untuk tidak membiarkan mana-mana individu masuk ke dalam hutan berkenaan dengan membawa niat membu.nuh diri. Kyochi Watanabe misalnya, tidak canggung memujuk mereka sepanjang lapan tahun berada di sana, yang adakalanya cukup dengan mainan muzik dari teratak kecilnya yang terletak di hujung hutan.

Usaha sebegini mungkin kecil jika dilihat daripada sudut individu. Namun, siapa tahu keprihatinan dan kesedaran sebegini mampu mengalihkan tanggapan terhadap Hutan Aokigahara daripada lokasi bu.nuh diri nombor wahid kepada destinasi rekreasi yang menenangkan. “Nothing is too small to know, and nothing is too big to attempt.”

Jaket mangsa bnuh diri yang dibiarkan tergantung di dahan sebatang pokok di Hutan Aokigahara

TERJEMAHAN
Joanna Gillan. (16 September 2020). The Aokigahara Forest of Japan: Many Enter, But Few Walk Out Alive. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.