Antara perubahan kerana koronavirus mempunyai perkaitan rapat dengan sistem. Koronavirus tidak merosakkan sebarang sistem.
Sebaliknya ia mendedahkan kerosakan dalam sebuah sistem. Dan banyak sistem didedahkan kepincangannya yang perlu dibaiki.
Dalam dunia ini ada banyak sistem, melibatkan agama, bangsa, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Dan Indonesia sedang menunjukkan kepincangan besar yang barangkali boleh membawa padah.
M4ngsa-m4ngsa yang m4ti kerana koronavirus perlu dikebvmikan dengan cara yang terperinci.
Senang kata, hanya kubur saja yang boleh dilihat keluarga selepas semua selesai.
Dan bukan semua orang boleh terima protokol rumit ini. Kerana pada 3 Jun 2020, ratusan orang meny3rbu Hospital Dadi di Makassar untuk membawa balik m4yat yang dibawah pemantauan.
Individu terbabit telah meningg4l dunia dua hari selepas dikejarkan ke hospital. Pihak hospital pun tidak berani berbuat apa-apa kerana gerombolan ini membawa senj4ta tajam.
Juga di Makassar, 150 orang meny3rbu Hospital Stella Maris untuk mengeluarkan m4yat wanita dalam pemantauan yang menunjukkan simtom koronavirus.
Beberapa kes di daerah Semampir – juga satu kes di Hospital Dr Soetomo turut melaporkan kejadian sama. Setakat ini sekurang-kurangnya 33 orang telah diberk4s polis untuk berdepan dengan hvkuman tujuh tahun (AFP, 2020).
Jika berterusan beberapa kejadian tidak diingini semestinya berlaku. Hospital mungkin tidak akan membenarkan sesiapa pun berada di perkarangan – cukup hanya untuk menghantar pes4kit dan pulang.
Dan pihak keselamatan pun akan bertindak dengan lebih tegas lagi, yang hanya akan mengeruhkan keadaan bagi sebuah republik padat dengan penduduk dan peny4kit.
Maka keruntuhan sistem di Indonesia ini telah menunjukkan taring dan rahangnya melalui budaya sendiri. Ramai berpegang bahawa kem4tian itu sangatlah suci dan protokol koronavirus yang terlalu pantas tidak menghormati m4yat itu sendiri (NST, 2020).
Sehingga 18 Jun 2020, seramai 42,762 orang disahkan positif dengan kem4tian melebihi 2,339 orang.
Virus Wuhan yang bermula di Indonesia dari Kemang telah menular di 34 wilayah. Dan kes masih aktif berlegar melebihi 21,553 – dengan suspek mencecah 56,000.
Amatlah mengejutkan kerana kr1sis sebesar ini asalnya diperlekehkan kerajaan Indonesia.
Joko Wdodo sendiri mengakui bahawa kerajaan enggan berkongsi maklumat tertentu kepada orang awam kerana ingin elakkan panik (Pangestika, 2020).
Semasa mengendalikan koronavirus pun, Indonesia juga ialah negara paling sedikit membuat ujian.
Bagi setiap sejuta rakyat, hanya 1,000 orang sahaja mendapat saringan. Jauh berbeza dengan Malaysia dan Amerika Syarikat iaitu masing-masing 19,000/1 juta dan 63,000/1 juta.
Bererti dalam populasi keseluruhan, hanya 267,700 orang sahaja diuji.
Dalam situasi ini, Jakarta telah melonggarkan syarat pergerakan yang seperti biasa dianggap terlalu cepat.
Indonesia ditenggelami koronavirus pun kerana sindrom Itali iaitu ramai orang lari daripada Jakarta ke tempat-tempat lain (Tarigan, 2020).
Indonesia tidak mampu tahan jika koronavirus berulangan. Setakat ini pun negara tersebut telah menguncup dengan jutaan kehilangan kerja (Akhlas, 2020).
Melihat negara-negara Asia Tenggara semakin pulih, Indonesia berdepan dengan status mencabar untuk mencontohi perkara sama.
Bagi negara yang kadar saringannya masih rendah, perkara ini sukar dicapai yang mana statistik rendah boleh bererti kekurangan dari segi pengetahuan sektor kesihatan.
Risiko sangatlah besar jika kerajaan tidak dapat tahu seramai mana yang terdedah dengan koronavirus. Hanya masa saja boleh menunjukkan hasil kerja Indonesia sekarang ini.
RUJUKAN:
AFP. (2020, Jun 12). Covid-19: Indonesia battles wave of ‘body snatching’ by grieving relatives. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/world/world/2020/06/600085/covid-19-indonesia-battles-wave-body-snatching-grieving-relatives
Akhlas, A.W. (2020, April 15). Millions to lose jobs, fall into poverty as Indonesia braces for recession. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/04/14/millions-to-lose-jobs-fall-into-poverty-as-indonesia-braces-for-recession.html
NST. (2020, Jun 11). Mobs start to snatch c0rpses in Indonesia. Retrieved from https://www.nst.com.my/world/region/2020/06/599764/mobs-start-snatch-corpses-indonesia
Pangestika, D. (2020, Mac 14). ‘We don’t want people to panic’: Jokowi says on lack of transparency about COVID cases. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/03/13/we-dont-want-people-to-panic-jokowi-says-on-lack-of-transparency-about-covid-cases.html
Tarigan, E. (2020, Jun 10). Easing restrictions in Indonesia’s capital triggers concerns. ABC News. Retrieved from https://abcnews.go.com/Health/wireStory/indonesian-capitals-reopening-triggers-concerns-2nd-wave-71167785
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih