Dua hari yang lepas, Thailand dikejutkan dengan pengumuman Ubolratana Rajakanya untuk bertanding dalam PRU Thailand yang dijadualkan pada 24 Mac 2019 sebagai calon PM bagi Parti “Thai Raksa Chart”. Ubolratana ialah kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang memakai gelaran Rama X.

Maha Vajiralongkorn mengecam tindakan kakaknya itu “tidak wajar” (ไม่เหมาะสม, mai mosom) bagi seseorang anggota institusi raja, yang seharusnya dipandang sebagai simbol perpaduan yang “above politics” (เหนือการเมือง, nuea kanmueang).

Tetapi Ubolratana cuba justify tindakannya: Ubolratana melihat dirinya berhak untuk berpolitik macam orang biasa kerana dia telah pun melepaskan gelaran puteri sejak tahun 1972 selepas mengahwini lelaki US bernama Peter Ladd Jensen. Namun Ubolratana akhirnya akur dengan perintah adiknya, after all, dia tak boleh lawan titah adiknya yang disanjung sebagai “separuh dewa” dalam masyarakat Thailand.

Sebenarnya, yang menjadi masalah bukan Ubolratana mahu berpolitik tapi atas platform apa dia mahu berpolitik. Ubolratana mahu bertanding atas tiket Thai Raksa Chart, sebuah parti serpihan Pheu Thai iaitu parti yang memperjuangkan agenda Thaksin Shinawatra, bekas PM Thailand dari 2001-2006. Dan itu yang sebenarnya triggered Maha Vajiralongkorn.

Thaksin berjaya memimpin parti Thai Rak Thai memenangi PRU tahun 2001 dan 2004. Selepas tahun 2004, Thaksin dicabar oleh gerakan “Yellow Shirt” yang dilancarkan oleh Sondhi Limthongkul untuk mendesak Thaksin meletak jawatan atas tuduhan korupsi. Mereka tiap hari berhimpun di Bangkok dengan memakai t-shirt berwarna kuning yang melambangkan Raja Thailand. Penyokong Thaksin pula berhimpun sebagai “Red Shirt” untuk counter Yellow Shirt.

Pertembungan antara Yellow dan Red ini mengancam ketenteraman masyarakat Thailand dan akhirnya tentera bercampur tangan pada September 2006 dengan menggulingkan Thaksin. Thai Rak Thai turut diharamkan pada tahun 2007.

Namun itu tidak bermaksud the end of Thaksin. Ahli Thai Rak Thai berhijrah ke Parti People’s Power, dan People’s Power berjaya memenangi PRU 2007 dan menubuhkan kerajaan di bawah Samak Sundavarej dan Somchai Wongsawat. Kedua-dua Samak dan Somchai ialah orang Thaksin, malah Somchai ialah adik ipar Thaksin.

Jadi musuh Thaksin sekali lagi bertindak. Mahkamah melucutkan kelayakan Somchai, membubarkan People’s Power dan melantik Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat (sekutu Sondhi) menjadi PM. Sekali lagi, PRU diadakan pada tahun 2011, dan kali ini penyokong Thaksin menubuhkan Pheu Thai. Pheu Thai menang, dan adik Thaksin, Yingluck Shinawatra menjadi PM wanita Thailand yang pertama.

Untuk PRU 2014, Abhisit tahu tak boleh menang, jadi awal-awal dah boikot PRU. Sekali lagi, tentera melancarkan kudeta dan membuang Yingluck dari jawatan PM. Seperti abangnya, Yingluck juga melarikan diri pada tahun 2017 untuk mengelak tuduhan berjela-jela oleh mahkamah yang dikawal tentera.

Selepas desakan demi desakan, akhirnya tentera bersetuju untuk mengadakan PRU pada tahun 2019. Dan kali ini kejutannya lagi besar dengan penampilan Ubolratana sebagai calon pro-Thaksin. Walaupun Ubolratana dah melepaskan gelaran puteri, namun dia ialah seorang pelakon popular yang disanjung oleh semua lapisan masyarakat. Jadi dia berpotensi menang dan sekali gus memulihkan kuasa adik-beradik Shinawatra.

Jadi kalau kita lihat pada kronologi, politik Thailand pada 2 dekad yang lepas adalah basically sebuah showdown antara puak pro-Thaksin dan anti-Thaksin. Apa yang membuat Thaksin begitu dibenci oleh tentera sehingga tentera berkali-kali menggulingkan dia dan kerabatnya? Kalau Thaksin teruk sangat, bagaimana dia dan kerabatnya dapat memenangi setiap PRU sejak 2001?

Sebenarnya intipati drama politik di Thailand ini ialah konflik antara dua kumpulan berkepentingan (interest groups): satu ialah “The Establishment” yang terdiri daripada “orang kaya lama” (old money); satu lagi ialah “orang kaya baru” (new money / parvenu) yang ingin mencabar Establishment tersebut.

Orang Kaya Lama di Thailand diwakili oleh golongan elit yang berpusat di Bangkok seperti Sondhi yang merupakan media mogul. Mereka telah pun membina hubungan baik dan jaringan dengan golongan profesional seperti birokrat kerajaan dan tentera. Mereka inilah yang memegang “sistem” ekonomi-politik di Thailand.

Orang Kaya Baru pula orang seperti Thaksin. Thaksin pun kaya, tapi dia latecomer, berasal dari keluarga biasa-biasa tapi jadi kaya raya dengan tangan sendiri. Dan selepas kaya dia nak mencabar “sistem” pula dengan menceburi politik.

Untuk mencapai tujuan, Thaksin menemui dia punya “leverage” iaitu menjadi “pejuang marhaen” (people’s champion). Thaksin mewujudkan skim subsidi bagi golongan petani, skim perubatan 30-Baht bagi orang miskin dan macam-macam skim bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Oleh sebab itu, Thaksin menjadi extremely popular di kalangan golongan marhaen terutamanya golongan petani dari kawasan utara di Chiang Mai dan Isan. Populasi petani Thailand dah ada dalam 40%. Apa-apa PRU, sure win.

Yang tak happy dengan kepopularan Thaksin tentulah golongan Orang Kaya Lama di mana kepentingan ekonomi mereka tergugat dengan dasar “populis” Thaksin. Jadi Orang Kaya Lama ini cuba menonjolkan diri sebagai pembela institusi raja dan mempotret Thaksin sebagai “Caesar” yang mahu memperguna rakyat sebagai power base untuk mencabar kewibawaan Orde Lama.

Maha Vajiralongkorn sebenarnya agak rapat dengan Thaksin. Namun beliau harus kekal “neutral” dalam konflik antara pro-Thaksin dan anti-Thaksin. Maha Vajiralongkorn tidak mempunyai prestij dan kewibawaan yang tinggi di kalangan rakyat seperti ayahnya Bhumibol Adulyadej (Rama IX) kerana sejarah masa silamnya yang hedonis. Jadi kedudukan Maha Vajiralongkorn bergantung pada sokongan tentera semata-mata.

Oleh sebab itu, Maha Vajiralongkorn dengan tegasnya menghalang tindakan kakaknya yang berpotensi melagakan hubungan tentera dan institusi raja. Jika ia berlaku, maka faktor kestabilan Thailand selama ini yang terbina atas “kontrak” raja-tentera-rakyat akan hancur, dan Thailand akan jadi kucar kacir.

Kalau kita lihat pada negara lain, episod yang sama juga berlaku sebenarnya. Contoh yang paling mudah ialah di US, di mana Donald Trump menjadi populis yang mencabar “The Establishment” yang terdiri daripada elit politik di Washington DC dan elit ekonomi di Wall Street. Namun keagresifan Trump hanya membuat “The Establishment” yang dia cuba lawan itu melawan balik, dan masyarakat US bertambah divisive.

Di mana-mana saja, pertarungan antara Old Money dan New Money ini telah memecah-belahkan rakyat. Rakyat basically menjadi “bidak catur” untuk memajukan agenda masing-masing. Tapi dalam kes Thailand, bukan rakyat saja yang diporak-perandakan dengan Yellow Shirt Red Shirt, malah kerabat diraja pun hampir berpecah dan di-hijack untuk agenda politik.

Such is the pity of modern liberal democracy. Apa yang dipanggil sebagai demokrasi, dalam realiti hanyalah oligarki.

Dalam gambar: barisan belakang – Maha Vajiralongkorn, kakaknya Ubolratana dan abang iparnya Jensen.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.