Masih terkenang muka seorang kanak-kanak bernama Adrian Farrington, Jr. Umurnya baru lima tahun ketika Taufan Dorian membadai. Dia sedang berteduh dengan bapanya yang tercederα di bahagian kaki. Paras air semakin naik dan tiba-tiba bapanya ternampak sirip-sirip jerung timbul dan tenggelam.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Jadi mereka berpindah ke bahagian bumbung. Belum sempat bapanya naik, angin begitu kencang melambungkan Adrian yang dihαηyυtkan arus deras.

Bapanya masih teringat macam mana Adrian sempat hulur tangan sambil jerit “Daddy!” Kejadian berlaku di Pulau Abaco pada tahun 2019.

Adrian Farrington Jr. bersama bapanya.

Sampai hari ini Adrian tidak ditemui sama ada hidup atau sudah pergi buat selamanya.

Taufan sama menyebabkan kerugian pada Amerika Syarikat tetapi tidak setanding untuk dibandingkan dengan Taufan Katrina. Persoalannya, kenapa sampai setiap tahun boleh kata mesti jadi taufan di bumi ini?

Hukum Alam Semulajadi

Kalau perasan, taufan selalu kena Amerika Syarikat di sebelah Timur. Asal berita taufan saja, mesti negeri-negeri timur (East Coast) punyalah. Jangankan rakyat marhaen – penguasa dalam White House pun sama. Semasa Taufan Dorian melanda, Donald Trump menciapkan yang negeri Alabama akan teruk dipυkυl taufan – padahal maklumat daripada Pusat Taufan Kebangsaan cakap Alabama takkan kena (Wu, 2019).

Salah tweet. Tetapi masih mempertahankan.

Persepsi tentang kawasan Timur sudah terpahat habis. Puncanya adalah kerana laluan angin. Sebenarnya taufan berlaku di Timur dan Barat Amerika Syarikat.

Maksudnya negeri California (West Coast) pun boleh kena taufan. Tetapi laluan angin East Coast menolak taufan daripada Lautan Atlantik ke arah darat Amerika. Manakala laluan angin West Coast pula menolak taufan daripada pesisiran pantai ke arah Lautan Pasifik.

Jawapan pasal laluan angin macam mudah sangat. Seolah-olah membazir masa pembaca saja. Cakap sajalah awal-awal. Berlaku sebab laluan angin. Jadi sekarang kita berbincang pula faktor yang mempengaruhi laluan angin itu sendiri. Faktor ini adalah kerana suhu air yang berbeza antara East Coast dan West Coast.

East Coast (merah). West Coast (biru).

Di bahagian East Coast, ada sejenis arus dipanggil Gulf Stream yang membawa air panas Mexico ke arah Canada melalui Florida. Suhu air ini adalah 26.5°C, manakala suhu air sebelah West Coast pula dibawah 20°C.

Memahami Gulf Stream.

Faktor suhu mungkin nampak remeh. Tetapi kerana suhulah, angin menjadi kuat disebabkan tenaga haba yang cukup untuk mengekalkan kekuatan taufan (Price, 2009).

Suhu air East Coast seolah-olah paling kondusif untuk menjana taufan – tambah pula dipengaruhi laluan angin. Maka lagi mudahlah angin dibawa ke arah darat.

Punca Angkara Manusia Juga

Kerajaan zaman sekarang sudah mempunyai nilai kesedaran tinggi tentang tanggungjawab pentadbiran pada khayalak ramai. Taufan Katrina memυkυl Amerika Syarikat dengan angin kencang kelajuan 280 kilometer sejam, lebih rendah untuk dibandingkan dengan Taufan Dorian (295 kilometer sejam).

Walau bagaimanapun, Taufan Katrina menyebabkan kerosαkan sebanyak AS$125 bilion (manakala Taufan Dorian tidak sampai AS$10 bilion pun).

Puncanya adalah kerana kegagalan infrastruktur pada tahun 2005, yang menconteng arang pada pentadbiran George W. Bush. Kerajaan Amerika Syarikat memang membina benteng tebing (embankment) dan benteng banjir (floodwall). Tetapi air melimpah habis sampai menenggelamkan 80 peratus bandar New Orleans yang terletak di Louisiana (Pruitt, 2020).

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Jadi dua golongan wajar disembur kerana terlalu bangang. Pertama sekali, pentadbiran Amerika Syarikat yang sembang lebat bawa demokrasi ke persada dunia. Padahal infrastruktur sendiri tidak terpelihara.

Golongan kedua adalah penganut-penganut konspirasi yang percaya pada HAARP. Jangan koyαk pula. Kata Amerika Syarikat boleh kawal cuaca. Turunkan suhu laut pun tidak boleh. Tolak sajalah angin melencong ke Mexico. Kata ada HAARP.

RUJUKAN:

Price, J. (2009). Metrics of hurricane-ocean interaction: vertically-integrated or vertically-averaged ocean temperature? Ocean Sci. 5, 351-368.

Pruitt, S. (2020, Ogos 27). How Levee Failures Made Hurricane Katrina A Bigger Disaster. History.

Wu, N. (2019, September 4). National Weather Service appears to correct Trump on Hurricane Dorian (ditapiskan) Alabama. USA Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply