Tengok berita ternampak nama Putera Andrew jadi sensasi. Katanya baginda diseru ke Istana Windsor baru-baru ini. Ketika itu beliau berada di Royal Lodge.

Perjalanan antara dua istana ini tidak jauh pun – dalam lingkungan beberapa kilometer sahaja.

Sampai saja di Istana Windsor, baginda bertemu dengan Ratu Elizabeth yang baru saja bersidang dengan Putera Charles dan Putera William.

Pertemuan ini sekejap saja. Tetapi impaknya memang jelas: Andrew dilucutkan gelaran “His Royal Highness” (Nathan, 2022). Setakat ini jawatan Duke of York masih milik Andrew.

Kawad sampai dada ketat.

Jujurnya, situasi ini sama saja dengan Putera Harry. Kedua-dua bangsawan ini adalah putera yang bukan His Royal Highness. Harry adalah Duke of Sussex. Andrew adalah Duke of York.

Masalah sekarang, cuba bandingkan pengumuman istana berkaitan dua putera ini:

Semasa Harry keluar daripada istana, Ratu Elizabeth bertitah, “kami semua sedih tetapi (Harry) dan (Meghan) kekal ahli keluarga yang kami cukup sayang.”

Semasa Andrew keluar istana pula, baginda tidak keluarkan titah. Pihak istana yang membuat pengumuman, “darjat ketenteraan dan darjat diraja Duke of York telah dirampas Ratu.”

Apa maknanya? Mak dah marah. Itu maknanya.

Kenapa Andrew Dihalau Keluar?

Keputusan Ratu Elizabeth dibuat selepas pihak hakim New York menolak permohonan Andrew. Ceritanya begini. Pada tahun 2001, seorang remaja berusia 17 tahun (Virginia Giuffre) dibawa untuk berjumpa Andrew.

Tiga kali mereka bertemu, katanya untuk mengamalkan hubungan syahwat. Kalau ikut undang-undang, hubungan ini adalah rogol walaupun jika mangsa merelakan.

Siap ada gambar berpegang ketat lagi.

Orang dewasa tidak boleh berhubung dengan warga bawah umur 17 tahun. Cerita ini disembunyikan sampailah seorang broker bernama Jeffrey Epstein diheret ke muka pengadilan kerana berurusan dengan anak-anak gadis bawah umur.

Kes Epstein bertambah sensasi pada Disember 2014 kerana Virginia mula bersuara dan petik nama Andrew. Dalam dokumen mahkamah, memang jijik betul: Virginia diseludup untuk berjumpa dengan Andrew di pulau Little Saint James.

Di situ Andrew mendatangi Virginia dalam bilik bersama beberapa anak gadis lain (Michot & Brown, 2018).

Apa lagi – Istana Buckingham bertambah pening sejak hari itu. Andrew sekadar membuat penafian. Tetapi data penerbangan mengesahkan Andrew dan Virginia berada di tempat yang sama (Sykes, 2019).

Pelik benar, seorang remaja 17 tahun boleh tahu keberadaan putera diraja. Memang pelik. Proses mahkamah pun bertambah rumit, kerana Andrew tidak langsung mahu bekerjasama dengan pihak penyiasatan di Amerika Syarikat. Kalau ikut strategi Andrew, jangan kerjasama dan buat permohonan “suit dismissal” (pengguguran kes).

Masalahnya, hakim New York sudah tolak permohonan ini.

Jadi Andrew kena naik mahkamah jawabnya. Dan Andrew perlu membela diri tanpa mengheret keluarga diraja British sekali. Memang dasar British betul. Kawan buat hal, lempar awal-awal.

Apa Akan Berlaku Sekarang?

Jujurnya Andrew dari tahun 2019 lagi sangat takut untuk pergi ke Amerika Syarikat. Beliau takut diberkas dan tidak dibenarkan pulang ke United Kingdom (Keogh, et al., 2019).

Ini dengan permohonan beliau ditolak, lagilah beliau takut keluar rumah. Baru-baru ini wartawan istana sendiri mengutuk strategi undang-undang Andrew, katanya tidak terurus dari awal lagi.

Pihak pembelaan seolah-olah mahu main “hide and seek” dan bertindak secara tengok keadaan terlebih dahulu. Jadi Andrew memang betul-betul bimbang.

Kalau ikutkan, beliau tidak boleh diberkas dan dibawa ke Amerika Syarikat. Kerana pihak pendakwa raya tahu beliau tidak perlu jawab apa-apa pun. Kalau di mahkamah, beliau sekadar petik akta perundangan itu ini.

Kerana Perlembagaan Amerika Syarikat ada klausa yang melindungi orang daripada soalan-soalan self-incriminatory (membawa masalah pada diri sendiri).

Jadi ikut aturan, tindakan mahkamah baru-baru ini telah meruntuhkan benteng terakhir yang melindungi Andrew. Sekarang tunggu tarikh perbicaraan sebenar sahaja.

RUJUKAN:

Keogh, G., et al. (2019, November 20). Prince Andrew is advised not to fly to America ‘in case he is unable to return’ as he confirms he WILL speak to FBI and Buckingham Palace ‘braces for subpoena’. The Daily Mail.

Michot, E., & Brown, J. (2018, November 26). How teen runaway Virginia Roberts became one of Jeffrey Epstein’s victims. Miami Herald.

Nathan, S. (2022, Januari 13). Queen Elizabeth personally told Prince Andrew that he was no longer HRH. The New York Post.

Sykes, T. (2019, Ogos 20). Flight logs reportedly link Prince Andrew to alleged Jeffrey Epstein victim Virginia Roberts. The Daily Beast.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply