Ya, betul, awalnya artikel ini memang tentang Kdrama yang sedang sohor kini, iaitu When Life Gives You Tangerines. Tapi, anda tahu kenapa Pulau Jeju yang jadi latar kepada drama ini boleh mempunyai banyak pokok limau tangerin?

Limau tangerin yang terkenal di Pulau Jeju memenuhi kawasan luar bandar dari Seongsan ke Seogwipo. Terdapat banyak jenis limau tangerin yang tumbuh di seluruh Jeju dengan pelbagai rasa, saiz, dan warna.

Sebagai hasil tempatan utama di pulau itu, buah limau ini adalah cenderahati yang menarik bagi para pengunjung.

Mengikut sejarah, pokok limau telah mendiami Jeju selama berabad-abad lamanya. Dokumen purba dari Kerajaan Silla (57-1935), Goryeo (918-1392) dan Joseon (1392-1897) semuanya mengesahkan kehadiran pokok limau tangerin di Jeju, walaupun masa yang tepat ia mula diperkenalkan ke pulau itu tidak diketahui.

Pada zaman dahulu, limau ini jarang ditemui dan hanya digunakan terutamanya untuk acara istimewa sahaja seperti penyembahan nenek moyang dan upacara kuil untuk keluarga diraja.

Rakyat biasa tak dibenarkan untuk memetik, apa lagi untuk merasai limau tangerin yang berjus serta manis ini. Namun, hari ini, terdapat beratus-ratus jenis pokok tangerin di Pulau Jeju.

Daripada pelbagai jenis yang berbeza ini, pokok Onju adalah yang paling biasa ditemui. Onju didermakan dari Jepun dengan bantuan Paderi Perancis Katolik bernama Esmile J. Taquet yang menanam hanya 15 pokok Onju di Pulau Jeju sekitar tahun 1911. Daripada 15 pokok itu, industri limau tangerin berkembang di Jeju.

Keperluan yang mendesak telah melahirkan industri limau tangerin di Jeju ini. Pada tahun 1960-an, kebanyakan penduduk tempatan Jeju adalah sangat miskin, menganggur, dan tidak mampu membayar walaupun untuk keperluan yang paling asas.

Penduduk tempatan Jeju, cukup bernasib baik kerana memiliki salah satu daripada beberapa ladang tangerin tinggalan era pendudukan Jepun, lalu memperoleh banyak wang.

Penanaman limau akhirnya menjadi pekerjaan yang menarik untuk diceburi oleh golongan miskin dan dengan itu, profesion itu berkembang pesat dan dalam masa beberapa tahun pulau itu penuh dengan petani limau yang membesarkan keluarga daripada wang yang diperoleh dengan menjual buah limau manis mereka.

Disebabkan industri limau di Jeju ini, maka Muzium Sitrus Seogwipo dibuka yang menampilkan pameran dan video tentang limau Jeju, termasuk sejarah limau sitrus, spesies, dan kaedah penanaman.

Ia menjadi tempat terbaik untuk pelawat mengetahui lebih lanjut berkaitan limau Jeju, yang telah dianggap sebagai salah satu produk keistimewaan pulau itu selama bertahun-tahun.

Jadi, pernahkah anda merasa limau Jeju yang terkenal ini?

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.