Dulu, planet kerdil Pluto dipanggil dengan nama ‘Planet X’ yang ditemui seawal tahun 1909 oleh penulis balai cerap Lowell iaitu Percival Lowell dengan bantuan seorang ahli astronomi bernama William H. Pickering.

Waktu ni tiada siapa tahu yang Planet X ini adalah planet kesembilan yang dinanti-nantikan par ahli astronomi. Selepas Lowell meninggal dunia, pencarian Planet X diteruskan pada tahun 1929.

Akhirnya Planet X ditemui semula oleh saintis bernama Clyde Tombaugh setelah hampir setahun mencari. Mereka mencari nama yang sesuai untuk planet kesembilan ini dan nama ‘Pluto’ diambil sempena nama dewa Rom.

Pengetahuan astronomi yang semakin bertambah menghasilkan sebuah sistem kelihatan bersepadu. Semakin lama, orang mengenali perbezaan antara objek angkasa, seperti planet lengkap, planet kerdil, bulan, asteroid, komet dan sebagainya.

 

 

Perbincangan mengenai status Pluto mula timbul pada Ogos 2006, apabila pengesahan planet ini dipersoalkan dalam kalangan saintis.

Menurut Kesatuan Astronomi Antarabangsa atau IAU, sebuah objek perlu menepati tiga prasyarat untuk menjadi planet:

1. Planet mesti mengelilingi Matahari,

2. Planet tersebut berjisim cukup untuk ada graviti sendiri, yang mempengaruhi bentuk sferanya dan,

3. Kawasan sekeliling planet mesti bersih dari sebarang objek angkasa.

Pluto memang mengelilingi Matahari dengan jisim yang mencukupi. Walau bagaimanapun, Pluto tidak menepati prasyarat ketiga kerana orbitnya berada hampir dengan Lingkaran Kuiper, iaitu jalur objek angkasa terdiri dari ais.

Jadi Pluto lebih wajar diklasifikasikan sebagai planet kerdil kerana sekeliling planet ini tidak bersih dari objek angkasa. Tapi, jatuh ‘pangkatnya’ Pluto tidak melunturkan semangat saintis kerana mereka masih tekun dan percaya planet kesembilan akan muncul!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply