Korang mesti perasan ada satu piramid dalam kalangan tiga piramid di Giza yang berlubang. Persoalannya, kenapa piramid ini berlubang, siapa yang buat?
Sebelum tu, elok kita imbau balik sejarah piramid ni. Piramid yang korang nampak berlubang itu dibina oleh Firaun Menkaure dari Dinasti ke-4. Manakala dua lagi piramid yang lebih besar itu milik moyang dan ayahanda baginda iaitu Firaun Khufu dan Firaun Khafre.
Berbalik pada piramid Menkaure. Kerosakan yang kita lihat itu sebenarnya tak berlaku masa zaman Mesir Purba. Bukanlah orang Mesir Purba yang gatal tangan nak rosakkan piramid itu. Sebaliknya, ia dilakukan oleh orang Islam ribuan tahun selepas itu.
Secara tepatnya, pada tahun 1196 M, seorang Sultan Mesir bernama Al-Aziz Uthman (العزيز عثمان) telah menitahkan agar piramid-piramid di Giza itu diruntuhkan. Ini kerana, baginda melihat piramid itu sebagai perkara yang bertentang dengan ajaran Islam.
Al-Aziz Uthman merasakan bahawa simbol-simbol ini tidak sejajar dengan prinsip-prinsip Islam dan berusaha untuk menghilangkannya dari muka bumi. Walau bagaimanapun, tindakan baginda itu menghadapi halangan yang sangat besar!
Baginda pilih untuk mula dengan Piramid Menkaure oleh kerana saiznya yang kecil. Malangnya, kecil-kecil cili padi. Bukan mudah nak robohkan piramid ini. Para pekerja hanya mampu cabut 1 ke 2 ketul blok batu setiap hari oleh kerana jisim dan kekukuhan piramid itu yang luar biasa.
Disebabkan proses meroboh yang terlalu sukar, setelah 8 bulan berhempas pulas, projek ini ditinggalkan. Baginda sedar, merobohkan monumen gergasi ini adalah perkara yang mustahil sama sekali!
Usaha ini bukan sahaja menonjolkan kekuatan struktur piramid itu sendiri, tetapi juga kebolehan kejuruteraan yang luar biasa dari zaman Mesir Purba. Batu-batu besar yang digunakan untuk membina piramid ini begitu kukuh dan sempurna diletakkan sehingga usaha manusia untuk meruntuhkannya menjadi sia-sia.
Kesannya, Piramid Menkaure tak runtuh pun. Hanya sekadar parut yang masih kekal hingga ke hari ini. Parut ini menjadi saksi kepada usaha sia-sia untuk memadamkan sejarah dan warisan kejuruteraan Mesir Purba.
Walaupun usaha merobohkan piramid ini tidak berjaya, ia menunjukkan betapa hebatnya teknik pembinaan dan keupayaan manusia pada zaman tersebut.
Piramid Menkaure, dengan lubang yang masih kelihatan, terus berdiri megah sebagai simbol keteguhan dan warisan lampau yang tidak mudah dimusnahkan.
Oleh: Fakhry Harraz
—-
Berminat untuk dalami sejarah Tamadun Mesir Purba?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.