Tahukah anda, apabila seseorang itu pekak, maka secara automatiknya dia akan menjadi bisu. Sebab apa? Sebab percakapan terbentuk melalui pendengaran. Kalau dia tak dengar, dia mahu cakap apa? Dia ada suara, tetapi dia tak kenal apa itu perkataan.
Aku teringat satu aliran falsafah yang dipanggil sebagai ‘fonosentrism’, iaitu idea di mana suara dan percakapan adalah lebih superior dan lebih utama daripada penulisan dalam aspek komunikasi. Pandangan ini telah memberikan impak persepsi terhadap bahasa isyarat yang sering digunakan oleh orang pekak dan bisu. Antara ahli falsafah yang mempopularkan idea ini adalah Plato dan Jean Jacques Rousseau.
Plato sangat skeptik dengan nilai yang terdapat pada penulisan. Dia lebih gemar bercakap daripada menulis seperti gurunya, Socrates yang tidak pernah menulis sebarang karya dan menyampaikan ilmu hanya melalui oral (percakapan). Tetapi perkara ini agak kontradik dengan pencapaian Plato yang telah menulis banyak karya dalam bidang falsafah.
Rousseau pula berpendapat, percakapan adalah bentuk komunikasi yang lebih ‘tulen’ dan semula jadi berbanding penulisan yang dia lihat sebagai satu bentuk komunikasi yang tidak sihat relatif dengan percakapan.
Seorang lagi ahli falsafah, Walter Ong, agak seimbang dalam perkara ini. Dia berpendapat percakapan adalah sumber utama dalam ilmu pengetahuan sebab apabila bercakap, apa yang terkandung dalam otak separa sedar turut diluahkan menunjukkan seluruh fabrik ilmu dalam diri manusia itu diluahkan. Ia tidak sama macam penulisan, penumpuan terhadap penulisan menyebabkan minda sedar saja yang diberikan tumpuan dan diluahkan.
Alexander Graham Bell, pencipta telefon pertama dunia telah mempelopori aliran oralism, iaitu beliu berpegang orang pekak sepatutnya berkomunikasi dengan percakapan, bukan dengan tulisan ataupun bahas isyarat. Usulan aliran ini adalah untuk menghentikan bentuk ‘penindasan’ terhadap orang pekak yang telah bermula sejak zaman pertengahan.
Di Amerika Syarikat ketika kurun ke-19 hingga ke-20, ramai doktor dan guru menggalakkan ibu bapa mengajarkan anaknya yang pekak untuk berkomunikasi dan melarang belajar bahasa isyarat. Bagaiman teknik oral diajar untuk orang pekak panjang pula ceritanya dan pernah menjadi isu antarabangsa dalam lapangan pendidikan.
Jacques Derrida, seorang ahli falsafah melihat fonosentrism sebagai satu bentuk self-expression yang autentik dalam diri manusia. Walau bagaimanapun, Derrida tidak melihat percakapan lebih baik daripada penulisan tetapi ia lebih utama dalam masyarakat kerana eksperisnya yang transendental. Walaupun ramai mengkritik penulisan sebagai satu bentuk korupsi yang menimbulkan pelbagai penfasiran, Derrida juga beranggapan percakapan pun boleh jadi hal yang sama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih