Buta warna sememangnya satu masalah bagi sesetengah penduduk dunia dengan kadar seorang bagi setiap 30,000 orang. Tetapi di Pingelap, sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada negara Micronesia, 10% populasinya mengalami masalah buta warna total atau akromatopsia – kesan daripada polisi perkahwinan yang bermula ratusan tahun sebelumnya.

Mengikut legenda penduduk tempatan, Pingelap pernah dilanda satu ribut kuat pada 1775. Ribut tersebut mengakibatkan hampir semua penduduk ketika itu terbunuh atau hilang. Hanya 20 orang sahaja yang terselamat termasuk Raja Pingelap ketika itu, Doahkaesa Mwanenihsed. Pengkaji genetik percaya baginda membawa gen yang menjadi pencetus akromatopsia atau maskun dalam Bahasa Pingelap.

Bagaimanapun, masalah ini hanya dikesan pada generasi keempat penduduk pulau itu pasca-ribut 1775. Apabila generasi keenam muncul di Pingelap, angka tersebut meningkat kepada 4.9% disebabkan oleh kehilangan variasi genetik dalam kalangan populasi baru pulau berkenaan dan pembiakbakaan dalam.

Semua penduduk yang mengalami akromatopsia mengetahui kesan ciri genetik itu daripada pembawa asalnya iaitu Raja Doahkaesa Mwanenihsed. Kajian terbaru berkenaan aktomatopsia ini muncul dalam jurnal American Jurnal of Human Genetics baru-baru ini.

Disebabkan bekalan elektrik Pingelap berasaskan tenaga suria, penduduk perlu menggunakan lampu suluh pada waktu malam sekiranya mahu ke mana-mana. Sumber: Sanne de Wilde/Noor

Disebabkan keadaan mereka ini, amat sukar bagi penduduk melihat pada siang hari. Tetapi pada waktu malam, ia memberi kelebihan besar terutama kepada golongan nelayan dan pemancing. Tidak diketahui apa sebabnya tetapi mereka dapat melihat dengan jelas pada waktu malam. Ada yang berpandangan ia disebabkan oleh bahagian otak yang sepatutnya berfungsi mentafsir cahaya waktu siang bagi membantu penglihatan malam mereka.

Justeru, tidak hairanlah ada yang menggunakan kesempatan ini untuk menangkap ikan terbang pada waktu malam. Sebaik tiba di kawasan yang disasarkan, mereka akan menggantung obor dengan tujuan menarik perhatian ikan sasaran mereka. Dan selalunya, mereka akan meraih hasil tangkapan yang banyak sekaligus membantu menyara kehidupan harian mereka. Kebiasaannya, ikan ini dimakan mentah dan berkongsi nama hidangan sama di Jepun, sashimi.

Tidak mustahil pertempuran sengit Jepun-pihak Bersekutu di Pingelap seperti yang berlaku di Guadalcanal semasa WWII menyumbang kepada jangkitan penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk tempatan.

Situasi akromatopsia juga tidak dibantu oleh satu tempoh paling berdarah dalam sejarah manusia: Perang Dunia Kedua (WWII). Semasa WWII, Jepun menggunakan pulau tersebut yang diduduki sejak 1914 sebagai pangkalan bekalan mereka sebelum menjadi sasaran tentera Bersekutu. Kehadiran tentera asing di Pingelap mencetuskan jangkitan penyakit berjangkit seperti gonorea, tuberkulosis dan disentri dalam kalangan penduduk tempatan.

Akibatnya, bilangan mereka berkurangan daripada 1,000 orang kepada 800 orang pada akhir perang. Ini juga mengakibatkan kadar kesuburan penduduk ketika itu berkurangan secara signifikan. Tetapi hari ini, disebabkan pertumbuhan bilangan penduduk yang pantas, 10% populasinya masih lagi mengalami akromatopsia. Sementara 30% lagi tidak terjejas akibat masalah sama.

Kisah penduduk Pingelap mengalami akromatopsia menarik perhatian ramai pihak dari pengkaji genetik hinggalah penulis buku. Kisah mereka diabadikan dalam buku yang dikarang sejarawan sains British, Oliver Sacks yang bertajuk The Island of the Colorblind pada 1997.

Selain buku Sacks, buku bergambar milik jurugambar Belgium Sanne de Wilde yang berkongsi judul sama turut menarik perhatian. Ini kerana kebanyakan gambar yang diambil beliau di Pingelap pada 2015 merupakan gambar hitam putih. Bagi gambar berwarna dalam buku tersebut, ia diwarnakan oleh penduduk yang mengalami akromatopsia bagi melihat persepsi warna mereka terhadap dunia yang dilihat.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

RUJUKAN

Felton, J. (2022, 26 Mei). The Island Where 10 Percent Of The Population Can Only See In Black And White. IFLScience.

Mallonee, L. (2017, 13 Julai). Explore a Tropical Paradise Through the Eyes of the Colorblind. Wired.

Mosley, M. (2015, 28 September). The island of colour blindness. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply