Apa yang best pasal Game of Thrones? Dan kenapa world leaders seperti Jokowi, Donald Trump dan Xi Jinping pun nak follow cerita GOT?

Sebab tema cerita GOT ialah ‘realpolitik’ – realiti politik yang dicirikan oleh persaingan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh. Berbeza dengan ‘idealpolitik’ yang perjuangkan ideologi dan fahaman.

Cerita GOT bermula dengan kejatuhan Raja Aerys II, pemerintah terakhir Dinasti Targaryen yang memerintah ‘Westeros’ selama 300 tahun. Targaryen berasal dari ‘Essos’ di seberang laut Westeros. Dengan adanya naga yang boleh melepaskan api, Targaryen dapat menakluk Westeros dan menundukkan pemerintah-pemerintah asal Westeros seperti House of Stark, House of Lannister, House of Baratheon dan sebagainya.

Wangsa-wangsa (‘great houses’) ini menjadi pembesar di bawah Targaryen. Namun akibat perangai Aerys II yang zalim, dan anaknya buat hal usik awek Robert Baratheon (ketua House of Baratheon), maka Robert dan rakan-rakannya termasuk Ned Stark (ketua House of Stark) memberontak. Aerys II dibunuh, dan Robert menggantikan Aerys II sebagai raja di atas ‘Iron Throne’, simbol kekuasaan atas alam Westeros.

Selepas Robert mangkat, konflik meletus antara House of Stark dan House of Lannister akibat Ned Stark mengetahui rahsia bahawa pewaris Robert iaitu Joffrey dan adik-adiknya bukan anak Robert, tapi hasil perzinaan permaisuri Robert, Cersei Lannister dan kembarnya Jaime Lannister. Ned kena pancung, dan House of Stark mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan pusat yang dikuasai oleh House of Lannister.

Memandangkan Joffrey bukan pewaris yang sah, maka adik-adik Robert (Stannis dan Renly Baratheon) juga menuntut takhta Iron Throne. Selepas Stannis, Renly, dan anak-anak Cersei sendiri (Joffrey dan Tommen) semua mati, Cersei menjadi pemilik takhta Iron Throne.

Selain konflik untuk menguasai Iron Throne (‘game of thrones’), sempadan utara Westeros juga diancam oleh zombi bernama ‘White Walkers’ yang dipimpin oleh The Night King. Sementara itu, pewaris Dinasti Targaryen, Daenerys Targaryen dan naga-naganya juga buat comeback untuk menawan semula Westeros yang dianggap sebagai hak keluarganya.

Dalam Musim ke-7, ketua House of Stark, Jon Snow berjaya memujuk Daenerys untuk melawan White Walkers, mendahulukan mudarat yang lebih besar. Sebenarnya ‘game of thrones’ antara wangsa-wangsa Westeros lebih menarik berbanding cerita melawan zombi. Mujur The Night King dah mampus dalam episod semalam, so sekarang Daenerys dapat menyambung balik misi untuk menuntut balik Iron Throne dari Cersei.

Jon Snow juga merupakan pewaris sah takhta kerana dia sebenarnya ialah anak Rhaegar Targaryen (abang Daenerys) dan Lyanna Stark (awek Robert Baratheon yang mencetuskan pemberontakan). Jadi mungkin akan berlaku konflik di antara Jon dan Daenerys untuk merajai Iron Throne.

Tak seperti cerita fantasi lain yang menonjolkan pertembungan antara ‘baik’ dan ‘jahat’ dan kebaikan akan mengatasi kejahatan, watak-watak baik dalam GOT selalu jadi mangsa watak-watak jahat. Orang yang berjaya survive sehingga ke musim terakhir – seperti Jon Snow dan Daenerys – bukan watak hero/heroine yang tipikal. Mereka buat apa yang ‘necessary’ untuk mencapai tujuan, itu yang dikatakan sebagai ‘realpolitik’ seperti yang diajar oleh Niccolo Machiavelli dan Otto von Bismarck.

Kalau kita pakai pengelasan moral yang dipopularkan oleh permainan ‘Dungeons and Dragons’, kita boleh bahagikan watak-watak GOT kepada 9 kategori berdasarkan paksi baik-jahat dan ‘lawful-chaotic’. Baik/jahat itu diukur dari segi sikap mereka terhadap orang lain. Yang sanggup menzalimi orang lain tu jahat. Lawful/chaotic pula diukur berdasarkan sikap mereka terhadap norma dan peraturan masyarakat. Yang persetankan nilai dan pandangan orang ramai tu kira ‘chaotic’.

Watak seperti Ned Stark dan anaknya Robb Stark kira ‘lawful good’. Mereka ni orang yang baik-baik, tak sanggup menipu dan bermuslihat. Watak seperti Ramsay Bolton dan Joffrey Baratheon pula kira ‘chaotic evil’. Mereka ni jenis jahat tambah psiko, suka menyeksa orang dan tengok orang menderita.

Kalau ikut Machiavelli, kedua-dua jenis manusia ni tak sesuai jadi pemimpin. Ned dan Robb mati awal sebab mereka tak pandai bermuslihat dan membaca muslihat orang. Orang seperti Ramsay pun tak hidup lama sebab dibenci orang ramai. Kalau nak jadi pemimpin yang berkesan, kena jadi ‘chaotic good’ seperti Jon Snow dan Daenerys, atau ‘lawful evil’ seperti Tywin Lannister.

Perjuangan Daenerys adalah mulia: mengembalikan pemerintahan Targaryen dan menewaskan perampas takhta iaitu Lannister. Tapi pada masa yang sama, Daenerys bukan jenis yang baik-baik. Dia tak pernah teragak-agak untuk guna kekerasan atau ugutan untuk mencapai tujuannya. Siapa yang mengancam dia, dia akan bakor guna naga dia. Jadi dia seorang yang ‘good’ tapi pada masa yang sama ‘chaotic’ (tidak patuh kepada moral konvensional).

Tywin Lannister, ayah kepada Cersei Lannister dan Jaime Lannister ialah ‘mastermind’ kepada kekacauan di Westeros. Dia sanggup membunuh sesiapa saja demi mengukuhkan kuasa dan pengaruh keluarga Lannister. Memang jahat. Tapi dia bukanlah seorang yang jahat demi kejahatan semata-mata. Dia tak minat nak seksa musuhnya atau main bunuh sesiapa sahaja. Kalau dia nak bunuh, dia nak mengehadkan kesannya, dan kalau boleh, dia tak nak nama Lannister terpalit. Bagi dia, adalah penting untuk menjaga reputasi dan legasi Lannister, sebab itu dia kata ‘a Lannister always pay his debt’. Jadi dia seorang yang ‘evil’ tapi ‘lawful’.

Mereka ni bertentangan: kalau ‘chaotic good’ ialah ‘matlamat halalkan cara’, maka ‘lawful evil’ ialah ‘cara halalkan matlamat’.

Lihat pada sejarah dan juga realiti dunia, pemimpin yang berkesan sentiasa datang dari kalangan ‘lawful evil’ atau ‘chaotic good’. Contoh lawful evil ni macam diktator yang membangunkan negara dengan baik sekali. Cao Cao ialah ‘lawful evil’. Mustafa Kamal Ataturk ialah ‘lawful evil’. Kim Jong-un ialah ‘lawful evil’. Kalau jadi ‘chaotic evil’ seperti Nguema (diktator Equatorial Guinea) dan Pol Pot (diktator Cambodia) memang hidup tak lama, sekejap je rakyat bangkit menggulingkan mereka.

‘Chaotic good’ susah sikit nak jumpa. Tapi aku akan kata Erdogan adalah seorang ‘chaotic good’. Manakala Mohamed Morsi ialah seorang ‘lawful good’ yang kena makan dengan Abdel Fattah as-Sisi, seorang ‘neutral evil’.

Di antara ‘good’ dan ‘evil’ ni terdapat gologan ‘neutral’. Mereka ni jenis yang objektif dan tak mahu ambil side dalam konflik. Jadi mereka tak sesuai jadi pemimpin, tapi sesuai jadi pengikut dan pembantu. Tyrion Lannister ialah pembantu kepada Daenerys. Varys pernah berkhidmat untuk Targaryen dan juga Lannister, alasan dia, dia tak berkhidmat untuk raja ini raja itu, dia hanya berkhidmat untuk rakyat. Fuh penjawat awam teladan gitu.

Siri GOT membuktikan kerelevenan realpolitik. Sebab itu, pemimpin-pemimpin tertinggi layan GOT. Plot cerita terlalu dekat dengan kehidupan sebenar mereka, dan mereka juga boleh mengambil inspirasi dari cerita untuk mencatur langkah mereka yang seterusnya.

Dan kalau nak tahu, penulis GOT (George R.R. Martin) banyak merujuk sejarah Perang Mawar (War of the Roses) yang berlaku di England dari tahun 1455 hingga 1487 semasa bikin cerita novel ‘A Song of Ice and Fire’ yang menjadi asas skrip GOT. Sebab itu cerita dan watak dia real sangat.

Perang Mawar ialah perang saudara yang berlaku di antara House of York dan House of Lancaster untuk merebut takhta raja England. Perasan tak persamaan nama York dan Lancaster dengan Stark dan Lannister? Watak Daenerys juga diilhamkan oleh Henry Tudor yang memakai lambang naga. Henry Tudor menamatkan Perang Mawar dan mendirikan Dinasti Tudor yang memerintah England sehingga tahun 1603. Cuma kita tak pasti samada Daenerys akan jadi pemenang terakhir dalam GOT, atau ada plot twist.

Kalau nak faham realpolitik, tontonilah GOT. Risau dengan adegan tak senonoh? Benda boleh tundukkan pandangan, buat apa nak kalut?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.