Bila kita sebut tentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan orang akan bayangkan organisasi yang hantar bantuan kemanusiaan, buat rundingan damai atau selesaikan konflik antarabangsa.
Tapi tahu tak satu ketika dulu, PBB sendiri pernah terlibat dalam perang secara langsung, dengan tentera dan senjata, bukan sekadar jadi orang tengah.
Dan perang itu berlaku di Semenanjung Korea pada tahun 1950. Persoalannya, kenapa?
[Korea Selepas Perang Dunia Kedua]
Sebelum kita faham peranan PBB di Korea, kita kena faham latar belakangnya dulu.
Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Korea yang dijajah Jepun sejak tahun 1910 akhirnya bebas. Tapi malangnya, kebebasan itu tidak membawa penyatuan, sebaliknya menjadi permulaan kepada perpecahan.
Dua kuasa besar dunia masa tu, Amerika Syarikat dan Soviet Union membahagikan Korea kepada dua zon pengaruh. Di sepanjang garisan lintang 38° Utara (38th Parallel):
Utara Korea di bawah pengaruh Soviet dan ideologi komunis.
Selatan Korea pula di bawah pengaruh Amerika dan sistem kapitalis.
[Perang Meletus, PBB Bertindak]
Pada 25 Jun 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan secara mengejut. Dalam masa beberapa hari, tentera Utara berjaya mara jauh ke selatan, hampir menawan keseluruhan semenanjung.
Amerika anggap serangan ini sebagai satu bentuk pencerobohan terang-terangan oleh komunisme. Tambah pula ia berlaku ketika Perang Dingin sedang memuncak. Jadi Washington segera bertindak.
Amerika membawa isu ini ke Majlis Keselamatan PBB. Biasanya Soviet akan guna kuasa veto untuk halang. Tapi waktu itu Soviet boikot PBB sebab tak puas hati dengan status China.
Jadi resolusi pun lulus: PBB putuskan untuk ambil tindakan ketenteraan.
[Perang Pertama PBB]
Ini kali pertama PBB lancarkan misi ketenteraan berskala besar. Amerika mengetuai operasi, tapi atas nama dan mandat PBB.
Lebih 15 negara hantar askar, termasuk United Kingdom, Australia, Turki, Perancis dan beberapa negara lain. Pasukan ini dikenali sebagai United Nations Command.
Misi utama mereka ialah mempertahankan Korea Selatan daripada jatuh ke tangan komunis.
[Konflik Korea Adalah Cerminan Perang Dingin]
Perang Korea sebenarnya bukan perang antara dua negara kecil semata-mata. Ia adalah konflik yang lebih besar. Nntara blok kapitalis dan blok komunis. Antara Amerika Syarikat dan Soviet.
Korea jadi medan tempur dalam geopolitik global.
Dan PBB yang pada asalnya ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan terseret ke medan perang, sebab dunia ketika itu sedang dibahagi kepada dua kuasa besar yang saling bersaing untuk pengaruh.
[Penghujung dan Kesannya]
Perang Korea tamat pada tahun 1953 dengan satu gencatan senjata, bukan perjanjian damai. Korea kekal terbahagi dua hingga ke hari ini. Satu di bawah rejim komunis, satu lagi jadi sekutu Barat.
Dan sejak itu, Korea menjadi antara wilayah paling tegang dalam dunia moden.
PBB mungkin kembali kepada peranannya sebagai pengantara damai, tapi kenangan Perang Korea kekal sebagai detik bersejarah. Saat di mana dunia hampir sekali lagi tenggelam dalam perang besar, dan PBB sendiri angkat senjata atas nama keamanan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.