Banyak benda menarik ada di bumi Mesir. Salah satu daripadanya adalah piramid. Seni bina ini bertebaran habis di sebalik hembusan debu padang pasir.

Setakat ini Mesir mempunyai 118 buah piramid yang kekal mengharungi denai masa.

Selama ribuan tahun, piramid menjadi mercu tanda keagungan seorang firaun… dan juga tempat pengebumian mereka.

Sekitar 4,700 tahun yang lalau, Firaun Netjerykhet membina piramid bertingkat-tingkat (step pyramid).

Sebut nama pun berbelit. Senang panggil Netjerykhet dengan nama Djoser saja. Kalau tengok pada rancangan, step pyramid Djoser patutnya berbumbung rata.

Keagungan seni bina Djoser.

Tetapi struktur ini kemudian dinaik taraf dengan enam lapisan sampailah siap the Step Pyramid of Djoser.

Sejak zaman Djoser, bangsa Mesir Purba tanpa henti membina piramid. Dan piramid terakhir dibina semasa pemerintahan Ahmose I di Abydos.

Masalahnya, baginda Ahmose mangkat pada tahun 1525 S.M. Sistem kefiraunan (pharaonic system) berterusan sampailah Nectanebo II tewas pada tahun 343 S.M.

Raja terakhir yang digelar firaun adalah Maximinus Daia, yang mangkat 656 tahun selepas kekalahan Nectanebo II.

Maksudnya, piramid terakhir dibina ribuan tahun sebelum sistem kefiraunan terkubur. Apa puncanya?

Dewa Yang Kudung

Sistem kefiraunan sebenarnya pincang daripada awal lagi. Kerana sistemnya dibina atas prasangka yang nampak saja gah. Padahal isinya penuh dengan dusta.

Cuba bayangkan, Firaun merupakan imej dewa-dewi yang menjulang hukum Maat.

Tradisi menentukan firaun perlu berkahwin dengan adik perempuan sendiri, untuk menuruti contoh Osiris sebagai nilai Maat.

Jadi firaun hidup dan mati dikebumikan dengan harta. Saban zaman, harta ini menjadi punca tarikan.

Memandangkan firaun dikebumikan dalam piramid berasingan (dengan harta), banyak pihak buat keputusan untuk pecah masuk dan rompak.

Apabila piramid menjadi sasaran utama perompak, para firaun mula mengambil langkah pencegahan.

Mereka tidak mahu “tempat abadi” diaibkan sebegitu rupa. Macam-macam mereka usaha, sampai letak amaran dan perangkap… tidak berjaya.

Gambaran dalaman piramid.

Akhirnya, mereka sendiri berputus asa dengan tradisi pengebumian dalam piramid.

Makam Ahmose sebenarnya terletak 500 meter jauh daripada piramid di Abydos (Jarus, 2021).

Memang boleh kata firaun bertatih habis untuk memutuskan tradisi ini. Ambil masa selama mungkin… kerana piramid ikut kepercayaan mereka merupakan tempat untuk “bangkit (dari maut) dan menjadi sebahagian” daripada alam barzakh.

Jadi piramid tanpa makam ibaratkan bid’ah, silap-silap murtad di sisi agama mereka. Cuma kalau ikut tradisi, silap-silap firaun boleh dibogelkan perompak.

Masalah rupanya bila jadi seorang firaun. Berkuasa bagai nak rak, tetapi otak boleh tahan semput juga.

Gadaikan Adat, Jangan Gadaikan Aib

Naratif alam barzakh bertambah rumit saban zaman. Kerumitan ini adalah kerana perubahan pada kepercayaan mereka. Sekitar tahun 1550 S.M., Mesir Purba mendirikan sebuah ibu negara baru di bandar Luxor.

Kawasan topografi Luxor jauh berbeza untuk dibandingkan dengan bandar Thebes misalnya. Jadi mereka tidak mampu mendirikan piramid sesuka hati.

Tidak pasti jika perkara ini mengundang perubahan pada kepercayaan. Atau perubahan ini berlaku secara semulajadi dalam mentaliti masyarakat.

Yang pasti, wujud konsep baru yang mana firaun perlu bergerak dalam alam barzakh. Maka mereka perlu membina makam sedalam mungkin.

Konsep ini memberi laluan kepada projek besar iaitu Dzeme, atau dalam bahasa Arab: Wadi al-Muluk (Valley of the Kings).

Dzeme adalah sebuah lembah yang selama 500 tahun menjadi tempat pengebumian para firaun dan bangsawan dalam Mesir Purba.

Lebih mudah jaga sebuah kompleks makam daripada piramid tunggal.

Ia menjadi popular selepas penemuan makam Tutankhamun (Winstone, 2006), yang disangka seorang raja sangat agung (rupa-rupanya raja bermasalah sampai buah zakarnya menghasilkan hormon wanita).

RUJUKAN:

Jarus, O. (2021, November 26). Why did ancient Egyptian pharaohs stop building pyramids? Live Science.

Winston, H. (2006). Howard Carter and the Discovery of the Tomb of Tutankhamun. Barzan. Halaman 141-166.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply