Jika anda melawati halaman-halaman facebook sejarah atau patriotik Turki, samada ia dikendalikan dalam bahasa Turki mahupun Inggeris, anda pasti akan mendapati terdapat pengguna yang daripada satu negara ini boleh dikatakan sebagai pengikut paling tegar dan teramai yang meninggalkan komen berbaur pujian dan kata-kata semangat terhadap Turki (hingga kadang kala membuat kita rasa geli).

Ia tidak lain dan tidak bukan, satu bangsa dari sebuah negara yang menganggap diri mereka sebagai penerus kegemilangan Empayar Uthmaniyyah, bahkan sebolehnya mereka sanggup memiliki dua kewarganegaraan. Mereka adalah dari Pakistan.

Penulis kadang kala rasa ingin tahu, mengapa hubungan kedua-dua bangsa ini amat rapat sekali selain daripada faktor saudara seagama? Pasti ada sejarah silam di sebaliknya.

Baik, sebelum itu penulis menjejak sejarah peradaban yang melibatkan dua bangsa ini dari zaman silam dahulu.

Dinasti-dinasti Muslim yang memerintah sub-benua (Pakistan, India, Afghanistan) kesemuanya adalah pemerintahan bangsa Turk atau sekurang-kurangnya telah berasimilasi dengan bangsa Turk bermula sejak abad ke-10 dan seterusnya.

Atas kejayaan penakl*kan oleh empayar-empayar Muslim secara berturut-turut di sekitar wilayah sub-benua itu, populasi penduduk adakala nya berubah dengan peningkatan migrasi sejumlah besar bangsa Turk dan Iranik dari pelbagai geografi seperti Asia Tengah dan Parsi.

Orang-orang Parsi mula membuka penempatan terutamanya di wilayah Punjab hari ini. Ini mengakibatkan pertembungan populasi yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat dengan latar belakang campuran (kebanyakannya orang Turk, Parsi dan Afghan).

Penduduk Muslim dari negara Turki dan Pakistan masing-masing beraliran Sunni dan berpegang kepada mazhab yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifa.

Semasa zaman kebangkitan Empayar Uthmaniyyah, Maharaja Dinasti Mughal membentuk pakatan dengan Uthmaniyyah.

Pakatan dua kuasa ini adalah berlaku secara semula jadi. Ia menjadi teras simpati rakyat Pakistan hari ini (ketika itu India Utara) terhadap kedaulatan Sultan-sultan Uthmaniyyah.

Memasuki zaman moden, semasa Per*ng Dunia Pertama, ketika Uthmaniyyah menunjukkan tanda-tanda akan mengalami kekalahan setelah sekutu mereka Jerman telah kalah per*ng.

Atas dasar kebimbangan pihak Uthmaniyyah akan menerima layanan kejam dari pasukan sekutu, satu protes bantahan besar-besar berlaku di India Utara yang bakal menjadi Pakistan. Protes itu dilaksanakan atas nama “tehrek-a-Khalifat”, yang bermaksud martabat khalifah Islam.

Tunjuk perasaan itu mula tersebar luas hingga ramai yang diseksa di tangan tentera Inggeris. Bendera bulan sabit bintang putih berlatar belakang warna merah digantung disetiap penjuru kota, dikibar oleh semua orang Islam yang menyokong Turki Uthmaniyyah.

Duta yang menjadi perwakilan untuk orang Pakistan pergi ke Turki untuk bertemu dengan bapa kemerdekaan Turki, Mustafa Kamal Ataturk yang ketika itu masih sedang merancang pemberontakan melawan penjajah barat.

Perwakilan itu memberi jaminan akan sokongan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan bangsa Turki. Dua perkara telah berlaku selepas pertemuan ini.

Pertama, sejumlah besar wang yang dikumpulkan oleh orang Pakistan disampaikan kepada Mustafa Kamal untuk digunakan sebagai usaha memer*ngi musuh dan mempertahankan Turki.

Namun dikatakan kemudian, wang itu telah digunakan untuk membuka bank nasional Turki yang pertama (Is Bankasi).

Kedua, satu kontinjen pasukan tentera / sukarelawan dari Pakistan tiba di Turki untuk berper*ng berdampingan bersama-sama para pejuang Turki yang sedang menentang Greece.

Pusara mereka masih boleh ditemui di Turki pada hari ini. Mereka mengatakan ini bukan satu bentuk bantuan kerana mereka benar-benar percaya bahawa per*ng Turki juga adalau per*ng mereka bersama.

Kini kita melangkah ke tahun 1976. Semasa krisis Cyprus, tentera Pakistan tidak hanya secara terbuka menyokong Turki, tetapi juga menawarkan untuk menghantar pasukan tenteranya untuk membantu saudara-saudara mereka dari Turki dalam pertemp*ran.

Sekali lagi, tawaran dan sokongan ini tidak dianggap sebagai satu bentuk bantuan, malahan sokongan tanpa syarat ini ke atas Cyprus yang memihak kepada Turki masih diteruskan hingga sekarang.

Tidak hairanlah jika bendera kedua-dua negara ini hampir serupa. Perkara yang sama turut berlaku dipihak Turki. Orang Turki tidak pernah menganggap Pakistan sebagai negara yang mereka tidak ambil peduli atau mempunyai perasaan negatif.

Bagi orang-orang Turki, pihak mereka telah membuktikan pada setiap waktu bahawa mereka juga sentiasa berdiri bersama negara Pakistan samada ketika masa aman damai, krisis ekonomi, bencana alam, atau per*ng.

Kerajaan Republik Turki sentiasa konsisten menyokong Pakistan dalam isu Kashmir (menentang India).

Gempa bumi pada tahun 2006 di Pakistan Utara menyebabkan kerosakan besar. Doktor dan bantuan sukarelawan Turki adalah benda pertama yang tiba di Pakistan dan yang terakhir meninggalkan negara itu.

Rakyat kedua-dua negara ini tidak perlu risau bila tiba masanya mereka perlu menghadapi masalah serius di kedua-dua negara, kerana kedua-duanya akan segera menghulur sebarang keperluan bantuan dengan sokongan tanpa syarat, kemanusiaan atau ketenteraan.

Angkatan Tentera Turki adalah yang terkuat di dunia Islam dan di rantau itu manakala Tentera Pakistan adalah yang terkuat di dunia Islam sebagai negara yang memiliki kuasa nuklear.

Turki menjalin hubungan diplomatik sejurus Pakistan mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1947, dan hubungan dua hala kedua negara menjadi sangat erat kerana hubungan sejarah, budaya, agama dan geopolitik mereka.

Pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah, menyatakan kekagumannya terhadap bapa kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Atatürk dan menyatakan hasrat untuk membangunkan Pakistan berdasarkan model modenisasi dan sekularisme Turki.

Jinnah.

Jinnah dihormati sebagai pemimpin yang hebat di Turki, dan sebatang jalan utama di ibu kota Turki Ankara, Cinnah Caddesi, adalah dinamakan bersempena dirinya, sementara jalan di Islamabad, Karachi, Lahore dan Peshawar, dinamakan sempena nama Atatürk sebagai simbol persaudaraan dan keterikatan yang dimiliki oleh kedua-dua negara antara satu sama lain.

Sentimen persaudaraan yang dimiliki oleh Pakistan untuk rakyat Turki berakar umbi dalam sejarah. Sejarah hubungan Pakistan-Turki ini adalah kisah tentang keprihatinan dan kerjasama.

Mereka telah lama saling menyokong. Kisah persahabatan dua negara ini berkekalan hampir lebih dari satu abad.  Institusi Khilafah telah menduduki tempat yang sangat penting dalam sejarah umat Islam termasuk kedua-dua tamadun Uthmaniyyah dan Mughal.

Semoga penerangan yang ringkas ini dapat membantu memahami mengapa adakalanya satu jemaah itu tidak boleh dipecah belahkan walau berbagai-bagai sempadan negara bangsa telah dibina penjajah.

Akhirnya ikatan hubungan pemerintah dengan pemerintah antara kedua-dua negara kembali bertaut sama seperti nenek moyang mereka dahulu sebagai dua kuasa dalam satu negara.

RUJUKAN:
Ottoman True History


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.