Jika ada satu imej yang kuat melekat dalam ingatan kita tentang Mesir Purba, ia pastilah piramid. Bangunan batu yang menjulang, berdiri tegak di tengah padang pasir gersang, seakan melawan masa. Persoalannya: kenapa orang Mesir sanggup habiskan berpuluh tahun, kerah puluhan ribu tenaga kerja, hanya untuk mendirikan makam batu gergasi untuk seorang firaun?
Jawapannya terletak pada tiga perkara utama: kepercayaan agama, kuasa politik, dan simbol keabadian.
Bagi orang Mesir Purba, firaun bukan saja raja di dunia. Mereka anggap firaun itu sebagai jelamaan dewa. Firaun juga adalah perantara antara manusia dan dewa-dewi seperti Ra, Osiris dan Horus. Bila seorang firaun mangkat, jasadnya mesti diawet dan di-mumiakan, lalu ditempatkan di dalam piramid.
Menarinya, piramid bukan sahaj berdiri sebagai makam, tetapi juga sebagai tempat yang dipercayai membantu roh firaun menempuh perjalanan ke alam akhirat. Batu-batu gergasi yang disusun rapi itu dianggap sebagai tangga ke alam sana. Reka bentuk piramid ini menjadi simbol naiknya roh ke langit untuk berstau dengan dewa-dewi.
Piramid juga adalah propaganda politik terbesar zaman itu. Dengan membina piramid, firaun dapat mempamerkan kuasanya kepada seluruh rakyat dan musuh. Piramid adalah tanda bahawa Mesir diperintah oleh raja yang mampu menggerakkan sumber negara, dari petani, tukang batu, hingga jurutera untuk melaksanakan projek gergasi.
Jelasnya, piramid adalah monumen kuasa, seolah-olah firaun nak bagitahu: “Selagi piramid ini berdiri, nama aku tidak akan lenyap.”
Yang menarik, kajian moden membuktikan pembinaan piramid bukan semata-mata kerja yang dijayakan oleh golongan hamba. Ramai pekerja adalah rakyat Mesir sendiri, diberi makanan, tempat tinggal dan upah. Bagi mereka, menyumbang tenaga membina piramid adalah sebahagian daripada bakti kepada negara. Mereka percaya membantu firaun juga membawa keberkatan kepada diri dan keluarga mereka.
Pencapaian terbesar piramid bukan hanya pada saiznya, tetapi pada mesejnya. Ia berdiri sebagai monumen abadi bahawa manusia, bila digerakkan oleh kepercayaan dan kuasa, sanggup mencabar dan melakukan perkara yang dianggap mustahil.
Akhirnya, piramid Mesir Purba menjawab soalan zaman: mengapa manusia membina sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka? Kerana mereka tidak membinanya hanya untuk hari ini, tetapi untuk keabadian. Firaun sudah tiada, empayar Mesir sudah tumbang, tetapi piramid masih berdiri sebagai saksi bahawa Mesir Purba pernah mencipta keajaiban dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





