Sebelum emas diletakkan pada gigi sebagai gigi palsu, orang Maya melakukan lebih daripada itu. Mereka meletakkan batu-batu berharga seperti jed, batu firus dan emas pada gigi bukan atas sebab kecantikan dan spiritual semata-mata. Sebaliknya, ia juga dapat mengekang isu kereputan gigi, mengurangkan bengkak dan jangkitan pada mulut.

Muncul sekitar 1000 SM, Tamadun Maya mula maju dan mencapai kegemilangannya sekitar 300 hingga 900 Masihi. Mendominasi tenggara Mexico dan negara-negara Amerika Tengah (Guatemala, Belize, Honduras dan El Salvador), ratusan negeri-negeri kota agraria bertanggungjawab menguruskan kota-kota upacaranya yang besar. Selain itu, orang Maya juga mampu membina infrastruktur hebat seperti kuil-piramid, balai cerap dan istana-istana besar buat pemerintahnya.

Ramai pengkaji arkeologi percaya pengubahsuaian gigi yang dibuat orang Maya dibuat atas sebab spiritual. Tetapi satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Archaeological Science mendedahkan kehebatan teknik pergigian tamadun itu sehingga dapat menjamin kesihatan gigi orang Maya.

Contoh gigi orang Maya yang bertatahkan batu permata.

Pasukan pengkaji menganalisis sampel gigi orang Maya yang diambil dari beberapa tapak di Guatemala, Honduras dan Belize. Pemerhatian mereka mendapati gigi-gigi ini bukan milik individu bertaraf bangsawan atau kerabat diraja Maya. Analisis pada tampalan gigi mendedahkan lebih 150 molekul organik dengan kebanyakan bahan terdiri daripada resin pokok. Bergantung kepada lokasi sampel gigi diambil dari Semenanjung Yucatan, resepi penampal hampir sama dengan sedikit variasi berbeza.

Antara bahan yang digunakan sebagai penampal gigi Maya ialah tar pokok pain yang mengandungi ciri anti-bakteria. Dua daripada lapan sampel gigi yang dianalisis mengandungi sclareolide, sejenis bahan tumbuhan yang mempunyai ciri anti-fungus dan anti-bakteria. Ia juga kerap digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi kerana mempunyai bau yang nyaman.

Analisis sampel gigi yang menjadi subjek kajian. Sumber: Gloria Hernandez Bolio/Journal of Archaeological Science

Satu lagi bahan yang ditemui ialah minyak dari tumbuhan keluarga pudina. Ia juga banyak digunakan sebagai penampal gigi orang Maya. Minyak sebegini sentiasa digunakan sebagai penampal gigi kerana ia mengandungi ciri anti-keradangan.

Mungkin ada menganggap perkara ini sebagai satu perkara mengejutkan. Tetapi orang Maya sememangnya menitikberatkan soal kebersihan – jauh mengatasi aspek kebersihan orang Eropah pada Zaman Pertengahan, Renaissance dan Revolusi Perindustrian. Bukan satu rahsia orang Maya amat menjaga kebersihan gigi. Sekiranya ada gigi mereka menunjukkan tanda kereputan, gigi tersebut akan segera dicabut.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dari segi spiritual, orang Maya melihat gigi mereka sebagai penghubung kepada dewa-dewi mereka. Justeru, bagi memastikan gigi mereka sentiasa bersih secara ritual, ia akan digilap, dikorek dan ditampal. Dan dalam sesetengah kes, batu-batu berharga turut diletakkan pada gigi sebagai cara menambah kecantikan gigi mereka.

Doktor-doktor gigi Maya akan menggunakan sebatang tiub kuprum nipis dan menggunakannya sebagai gerudi pada gigi. Proses penggerudian dibantu dengan serbuk kuartza yang dicampur dengan air yang berperanan sebagai ejen pelelas. Setelah berjaya menghasilkan lubang, batu-batu berharga pilihan pesakit akan diletakkan pada lubang sebelum ia ditampal. Kebiasaannya, ritual ini menandakan permulaan fasa dewasa bagi setiap orang Maya.

Bagi memperlihatkan kelebihan gigi permata orang Maya ini, kita hanya perlu membandingkan kadar kematian di England pada abad ke-16 dengan orang Maya. Selepas London Bills of Mortality diterbitkan pada abad berkenaan, salah satu punca utama kematian warga England ketika itu ialah gigi. Malah, gigi diletakkan sebagai lima punca utama kematian rakyat ketika itu. Ini sama sekali berbeza di Mexico dengan gigi bukan punca utama kematian warganya pada abad sama!

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

RUJUKAN

Cowie, A. (2022, 22 Mei). Ancient Maya Tooth Bling Was Also Good for Oral Hygiene!. Ancient-Origins.

Cassella, C. (2022, 23 Mei). Ancient Maya Practice of Gluing Gemstones Onto Teeth May Have Been For More Than Bling. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply