Apabila bercakap tentang ketakutan terhadap nombor 4, pasti orang Cina kena petik. Tapi sebenarnya benda ni dikongsi oleh bangsa lain di Asia Timur terutamanya Korea.
Maknanya orang Korea pun takut jugalah dengan nombor. Persoalannya kenapa deme takut?
Dalam bahasa Korea sebutan bagi nombor 4 kedengaran sama dengan kematian walaupun memiliki aksara yang berbeza. Oleh sebab itu orang Korea mula menganggap nombor 4 ni bawa nasib malang.
Jangan terkejut sebab orang Korea juga tak letak tingkat empat dekat bangunan deme. Biasanya deme gantikan nombor 4 dengan huruf F.
Bukan setakat tu, orang Korea punya takut dengan nombor 4 boleh dikatakan agak hardcore. Sebab nak bagi hadiah pun deme tak bagi 4 barang. Jika boleh kena bagi 3 ataupun 4 hadiah.
Selain tu, orang Korea juga tak kan sesekali menggunakan angkat 4 dalam urusan duit. Sebagai contoh, deme nak buat lucky draw ataupun cabutan bertuah. Hadiah kemenangan tak boleh letak 40,000 won. Kena lebih ataupun kurang daripada angka 4 tu.
Bagi yang jenis suka lepak, deme tak digalakkan duduk berempat dalam satu meja. Katanya boleh bawak nasib kurang baik. Kalau dah memang 4 orang je yang nak lepak tu, apa boleh buat memang kena duduk asing-asing 2 meja.
Generasi tua dekat Korea pulak, deme memang tak nak langsung nombor 4 ada dekat nombor telefon. Orang muda tak peduli sangat benda ni. Tapi bab bangunan tak ada nombor 4 tu deme tetap peduli.
Apa-apapun, ketakutan terhadap nombor ni memang satu perkara yang dikongsi oleh orang-orang Asia Timur. Bezanya cuma kita boleh tengok kepada cara deme untuk elakkan diri daripada menggunakan nombor 4.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.