Pernah satu ketika dulu, Song Ji-a, pelakon K-drama dikecam sebab pakai barang jenama mewah yang fake.
Kalau kat Malaysia mungkin benda ni biasa je bagi kita, tapi diorang pantang nampak benda-benda gini.
Di Korea, ramai orang menggunakan produk berjenama, dari pakaian, beg hingga ke kasut. Semuanya mewah-mewah belaka.
Sampaikan masa era Covid dulu, permintaan untuk barangan mewah yang dijangka terbantut sebenarnya makin melonjak di Korea.
Yang membelinya pun bukan takat orang-orang yang dah bekerjaya. Tapi menurut kajian oleh Korea Economic Daily dan Shinhan Card Big Data Center, mereka dalam kumpulan umur 20 hingga 39 ada lagi banyak membeli barang mewah berbanding mereka dalam kumpulan umur 40 hingga 69.
Semasa pandemik COVID-19, nak melancong tu susah, jadinya diorang pilih nak buang duit dengan beli barang-barang branded.
Selain itu, disebabkan kos perumahan yang terlalu tinggi, orang ramai dah tak mampu nak simpan duit untuk beli rumah sendiri.
Daripada cuba berjimat sebab nak beli rumah yang sampai mati pun belum tentu dapat, ramai yang pilih untuk manjakan diri mereka dengan beg mewah.
Bagaimanapun, apabila pasaran barangan mewah berkembang, masalah seterusnya pula datang iaitu barangan palsu dan tiruan.
Menurut Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO), bilangan barangan palsu yang dijual dalam talian meningkat lebih daripada 204.4 peratus dari Januari hingga Ogos 2020.
Kebanyakan produk tiruan berasal dari China je dah cecah jumlah 97.8% berbanding negara-negara lain.
Kalau banyak sangat import barang fake, maknanya mesti ada yang beli kan?
Permintaan terhadap barangan tiruan di Korea diramalkan akan terus meningkat. Tak semua orang ada duit berjuta-juta won nak beli barang branded.
Walaupun ia palsu, ramai yang puas hati beli tiruan ni dengan harga yang rendah dan masih merasa seperti menggunakan beg tangan yang mahal.
Tapi orang-orang Korea ramai yang berasa malu bila diorang kantoi pakai barang fake. Malah isu ni lebih serius apabila selebriti pula ditangkap menggunakannya.
Oleh: Azizul Farhan
___
Apa pendapat korang kalau beli barang-barang fake ni? Tak ke nanti dah macam tutup periuk nasi orang lain?
Bersempena #TPSEBELAS, dapatkan KITAB TAMADUN KOREA dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER. Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.