Orang Jepun sayangkan kucing. Lihat sahaja buku-buku mereka, komik, kafe kucing, malah ada sebuah pulau yang khas buat kucing di Jepun! Jadi, apa sebabnya mereka terlalu sukakan kucing ini?
Kecintaan Jepun terhadap kucing sebenarnya bermula lebih lama daripada yang anda fikirkan! Sebagai salah satu tamadun tertua di dunia, Jepun telah berkurun lamanya mempunyai kisah mitologi dan cerita rakyat mereka yang tersendiri.
Dalam semua kisah ini, ada satu makhluk yang sentiasa muncul, iaitu yokai iaitu istilah luas yang digunakan untuk menggambarkan mana-mana makhluk ghaib dalam cerita rakyat Jepun, daripada hantu, kepada raksasa, kepada pari-pari. Yokai tidak semestinya semuanya baik atau jahat, mereka hanya ditakrifkan sebagai “ghaib”.
Di antara banyak yokai dan cerita tentang mereka, terdapat juga yokai seperti kucing. Dua daripada yang paling berpengaruh antaranya ialah bakeneko dan maneki neko yang ikonik.
Maneki neko contohnya adalah simbol nasib baik dan tuah bagi masyarakat Jepun. Kisah maneki neko ini ada kaitan dengan seekor kucing yang telah menyelamatkan seorang samurai daripada dipanah petir dengan berlindung di kuil.
Selain itu, kesukaan orang Jepun terhadap kucing ada kaitan dengan kemasukan agama Buddha ke tanah itu. Malah, sewaktu sami Buddha datang ke Jepun dari China, mereka turut membawa kucing bersama.
Terdapat hubungan simbiotik antara kucing dan sami Buddha. Kucing akan tinggal di dalam dan sekitar kuil Buddha (seperti dalam kisah maneki neko di atas) untuk membantu menghalang populasi perosak dan melindungi makanan serta kitab suci yang disimpan. Sebagai balasannya kucing menerima makanan dan tempat tinggal.
Kucing juga dilihat oleh sami Buddha sebagai makhluk yang prihatin yang boleh membantu mengajar seseorang tentang cara agama Buddha. Ini kerana kucing, sebahagian besarnya, makhluk yang tenang, pemerhati, yang dikatakan menguasai semua “zen” – kualiti yang dicari oleh seorang sami sepanjang hidupnya.
Hari ini kucing ada di mana-mana dalam budaya popular Jepun. Ada Kirara dari Inuyasha, robot futuristik kucing Doraemon, Luna dari Sailor Moon, The Catbus dari My Neighbor Totoro, Meowth dari Pokemon, maskot pengembaraan Nyalan, dan Station Master Tama, yang mengalu-alukan puluhan ribu pelancong ke Jepun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih